Tuesday, March 24, 2009

ulat yang macam udang-gulp


aku tak akan makan benda alah macam ni walaupun dia halal--gulp...the truth is : aku tak tau plak ulat ni haram :)

Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut
sedikit perkongsian. Mohon sebaran
Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3
minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd
Kitab "Sabilal Muhtadin" .

Ulat Mulong


Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum
makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah
sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau
buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan
bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan
sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan
ulatnya ikut termakan sekali".

Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut
kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah
hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh
mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132
serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal
Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat,
dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul
Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya
memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar
beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada
penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah
haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan
kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya
seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.
Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin Mohon sebaran

taken from an email from my fren : munie

15 comments:

Anonymous said...

eeeyarrrkkkk......!!!!

nuna_sarah said...

mg penah makan ke bos?

Anonymous said...

gler..!!
mn penah..!!
mcm mg jgk..
andai kte mnde ni halal pn aku xkn mkn..
huhuhu..!

nuna_sarah said...

gile mg
dk wok wek wok wek dlm mula
meremang bulu roma aku

Anonymous said...

aku tringat dlm explorace..
xpsti season brp..
de episod mkn bnde alah ni..
aduh..
jejek ah..!!

nuna_sarah said...

YER
aku igt gop episod tuh
perghhhh

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

euwwww..tp bukan dia leh sembuhkan penyakit ke..
klu leh sembuhkan penyakit pun haram jugak ke makan...

Anonymous said...

sy pn tak lalu nk telan ulat ni,
samaada ia halal mahupn haram. :)
hukumnya satu hal. tak lalu @ lalu, satu
hal yg lain plk. :)

sllunya, makanan yg Allah haramkn
trdapat tujuan2 ('maqosid') khusus dan
faktor2 trtentu, demi kbaikn mnusia.
faktor2 ini, kdg2 dpt dijangkau akal dg
cara mgkaji, mbuat ujikaji dll-cntohnya, spt
kes pgharaman babi (baca: khinzir, lebih lembut
nadanya) oleh Allah. ada kajian
yg mengatakan trdapat kuman tertentu yg
amat berbahaya dlm daging babi.

pgharaman ssuatu pkara tu, mstilah trdapat
dalil n nas sandarannya yg jelas.
atau dnyatakan kayu ukur yg mjd sumber hukumnya. sbg contoh, dadah. tiada nas (hadith @ ayt quran) yg nyata ttg pgharaman dadah.
namun, dadah dikiaskan kpd arak, krna sifat
arak n dadah sama, iaitu mabuk, xsedarkn diri. hal ni lah yg mbawa kpd pgharaman dadah.

dlm kes ulat ni, sy duk tcari2 jgk apa kayu ukur
pgharaman ulat ni dlm fekah yg dgunakan
oleh sheikh al-banjari. klu ada ssiapa
yg tahu, tlg lah crita sket ttg kayu ukur
pgharaman ulat ni (contoh: beracun ke,
mudarat ke, dll).tq.

nuna_sarah said...

muhammad..bercakap pasal halal haram ni kan..sya ade sumthing nk share@mushkil@heran plus 1st taim jgk dengar..aromaterapi tu haram? x tau plak

saya kebetulan terbaca disini

Anonymous said...

emm...ok..betul jugak kata muhammad tu..apa yang menjadi kayu pengukur nye...
emmm bagi la info klu ada org yang tahu lagi...

Unknown said...

slm nuna, edi ni. yg link nurul iman tu, bukan skolah sayerla. yg lain tuu, skolah sy yg nih tpinuruliman.blogspot.com he3.

Unknown said...

slm nuna, tar1979 nih. yg link nurul iman tu bukan skolah sy la, skolah sy yg ni tpinuruliman.blogspot.com he3

nuna_sarah said...

waalaikummussalam
laaa..ye ke?
salah link..hahaha
ingat2..klu awak tulis edi sya igt..
xpe2 t sya tkar

Anonymous said...

emm, :) bismillah..
aromaterapi = aroma + terapi
= terapi aroma
= rawatan bau2an
= bau yg mnyenangkn hidung + jiwa :)

sy pesan kpd diri sy n teman2
sidang internet smua,
marilah kita smua berhati2
dlm mjatuhkn hukum haram
trhadap ssuatu pkara.
jgn tlalu mudah mgharamkn ssuatu,
mlainkn dh jelas2 pgharamannya.
sy bimbang org2 yg tburu2 dlm
mgharamkn sstu trmasuk dlm firman ALlah:

"Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu haramkan benda-benda
yang baik-baik yang telah dihalalkan
oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang
telah ditetapkan halalnya itu);
kerana sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang melampaui batas."


*sy katakan: antra org2 yg mlampaui batas
dlm ayat ini, ialah org2 yg 'memandai2'
mgharamkn sstu yg asalnya Allah telah halalkn.

bg sy, isunya bukn aromaterapi.
isu sbnarnya ialah kandungn@mksud@tujuan
penggunaan aromaterapi tu yg mjd kayu ukur.
sptmana yoga, andai yoga smata2, maka
takde la salahnya(sptmana wushu, kugfu dll).
yg salahnya, bila yoga diiringi dg bacaan
mantera@jampi trtentu, dg upacara khusus
trtentu, pd masa trtentu, mksudnya, ada
upacara khas, cntohnya pmujaan dll.
maka, yoga yg sbgini, barulah haram.
yoga yg sbegini lah yg dmaksudkn oleh
mjlis fatwa.
harapnya, pnjelasan psl yoga, dpt
dkaitkn dg isu aromaterapi tu. :)
wallahua'lam.

nuna_sarah said...

yerpp..stuju
ty

Click Me

Related Posts with Thumbnails