Wednesday, March 25, 2009

Ada Untukmu - Part V

maaf kerana lambat post ada untukmu yang seterusnya..sebenarnya telah lama siap..tapi ada yang sudah mula bertanya...rasa x elok org ternanti2..k la...klu ade yang canggung tu aku mintak maap...aku da reducekn senatural yang mungkin...dan aku sendiri sudah mula jatuh chenta ngan Rizki..hahahaha...HAPPY READING GUYS


Suri mencuba-cuba beberapa helai baju. Dirasakan semuanya tidak kena, padahal baju itulah yang dipakainya setiap hari. Dia merenung cermin, mukanya yang dicalit sedikit blusher dan lipstik dirasakan canggung. Macam nk pergi opera plak, bisiknya sendiri. Lantas dia ke tandas, mencuci bersih mukanya. Dicalit segaris lipstik agar bibirnya tidak kelihatan pucat. Ah, apa tak kena dengan aku ni, bisik Suri. Dikutuk dirinya sendiri kerana terlalu cemas. Dilihat penampilannya dihadapan cermin. Pass, bisiknya. Berulang-ulang kali dia mengingatkan dirinya sendiri, dia hanya keluar dengan Rizki, tiada niat lain-tiada perasaan lain, bisiknya.

Dia menguak pintu rumahnya. Kelihatan Rizki telah bersandar di hadapan rumah dengan volkswagen kuningnya. Rizki ringkas berkemeja putih dan berseluar jeans biru memandangnya sambil tersenyum. Seketika dia terpana dengan senyuman Rizki. Dia terpegun seketika. Dia cepat-cepat mematikan perasaannya. Dari jauh hidung Suri sudah disapa dengan haruman yang diigaunya saban malam.

“ehem-ehem...kenapa ni..saya hensem sangat ke hari ni?” ujarnya sambil tersenyum membuatkan Suri tersedar. Suri mencemikkan mukanya dan berjalan ke arah Rizki tanpa berkata apa-apa. Hati Rizki semakin berbunga-bunga. Dipandangnya Suri ke atas hingga ke bawah, hatinya begitu tertarik dengan penampilan Suri itu.

“hai pucatnya muka awak..kita nak g dating bukan nak pergi berperang...jangan la macam tu, saya bukan nak makan awak” kata Rizki sambil membuka pintu keretanya. Suri menarik muka. Pedih rasanya dia disindir Rizki sedemikian rupa. Memang nak pergi berperang pun, bisiknya sendiri.

Semalam dia menelefon Rizki, menyatakan dia bersetuju dengan tawaran Rizki. Dia terasa tercabar dengan kata-kata Firkan. Seolah-olah dia tidak berhak langsung untuk dicintai oleh sesiapa. Dia memandang Rizki di sebelahnya. Tidak mungkinkah orang seperti Rizki untuk mencintainya. Suri membuang pandangan ke luar tingkap.

Rizki disebelah sedari tadi menjeling Suri dengan ekor matanya. Jauh disudut hatinya terbit perasaan kurang senang bila melihat Suri termenung begitu. Seolah-olah menampakkan sisi sunyi Suri. Dia sedar, Suri bukan orang yang pandai menyorok perasaannya. Semakin dia berusaha menyembunyikan perasaannya, semakin jelas jelas tergambar diwajahnya. Rizki mengatur-ngatur ayat di fikirannya, tidak mahu Suri terus termenung.

“Awak diam ni cari modal nak mengata saya la tu? selalu awak yang cakap lebih-lebih”kata Suri memecah sunyi.

Rizki tersenyum. nampaknya aku tak payah susah-susah, bisiknya sendiri.

“apa senyum-senyum. Jangan ingat saya terima tawaran awak, awak menang. Saya tetap tak suka awak tau tak” ujar Suri geram

“ye..ye..i know, even i’m the last man on earth” ujar Rizki. Dia tersenyum. Dia tahu apa yang mengubah keputusan Suri. Namun dia lega Suri bersetuju. Dia sendiri masih bingung kenapa dia begitu bersungguh mahu menolong Suri. Dia hanya menurut kata hatinya, malah itulah yang selalu dilakukannya.

“Kita nak kemana Rizki?”Suri masih samar-samar arah tuju yang ingin dibawa Rizki. Yang pastinya kereta telah jauh meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur.

“kalau saya bawak awak kahwin lari, awak nak?” soal Rizki. Hati berbunga riang walaupun dia tahu jawapan yang bakal keluar dari mulut Suri. Sengaja diusiknya Suri kerana hatinya terhibur dengan berbuat demikian.

Berderau darah Suri. Sudahlah dia merasakan dirinya sudah cukup gila untuk keluar dengan Rizki. Dijelingnya Rizki. Malas mahu melayan usikan Rizki.

“jangan jeling saya macam tu Suri. Saya bawak awak betul2 kang” usiknya lagi. Dia tergelak kecil memandang Suri.

“awak tengok la bila sampai nanti”ujar Rizki, namun ia lebih menambah kerisauan Suri.

Setelah 45 minit memandu Rizki menghentikan kereta di bahu jalan. Suri melangkah keluar dari kereta. Dia tidak menyangka Rizki membawanya ke situ. Disangkanya Rizki akan membawanya ke pusat membeli belah, menonton wayang atau makan seperti yang sering dilakukannya dengan Firkan. Dia memandang Rizki meminta penjelasan. Di kiri dan kanannya hanya terdapat semak, beberapa buah kereta dan satu denai jalan. Tiada apa yang menarik di kawasan itu.

“Rizki, awak jangan nak mengarut. Kita nak ke mana ni?” ujarnya memandang Rizki. Rizki sedari tadi hanya tersenyum tanpa sebarang kata. Dia memandang gelagat Suri sejak sampai. Dia berjalan beberapa langkah melalui denai mendahului Suri.

“awak tak nak ikut ke? ke nak berdiri kat situ je”dia memandang Suri.

“kita nak kemana. Awak ni main-main la Rizki”Suri terasa ingin mengetuk kepala Rizki. Geram kerana masih berahsia arah tuju mereka. Dia masih tidak bergerak dari sisi kereta. Rasa geram, takut dan marah berbaur. Budak ni memang tak betul, bisiknya.

“kalau nak tahu ikutlah” Rizki mengangkat kening lantas berjalan meninggalkan Suri. Beberapa detik kemudian dia sedar Suri mengekori beberapa langkah di belakangnya. Dia tersenyum sendiri.

Suri bergerak beberapa langkah di belakang Rizki. Dia memandang ke kiri dan kanan. Hatinya masih bimbang dan takut. Dia memandang Rizki di hadapan. Dia kelihatan seolah-olah seperti sudah biasa dengan selok belok denai tersebut. Dalam hatinya tidak berhenti-henti memarahi dan mengutuk Rizki. Dia mula berkira-kira ini mungkin kali terakhir dia keluar dengan Rizki.

Namun setelah sepuluh minit berjalan mengharungi denai, telinga Suri mula dapat mendengar jelas bunyi aliran sungai yang membuatkan dia mempercepatkan langkahnya. Tidak lama kemudian dia dapat melihat dengan jelas air terjun di hujung denai yang dilaluinya dan Rizki. Terdapat beberapa keluarga yang sedang berkelah dan mandi manda di kaki air terjun. Suri terpegun dengan keindahan air terjun yang ditemuinya. Buat pertama kalinya dia melihat air terjun setinggi itu.

Rizki tersenyum melihat gelagat Suri. Hilang muka masamnya sejak dari tadi. Yang terbit hanya senyuman manis di ulas bibirnya. Itulah yang dicari Rizki. Dia mendaki beberapa langkah menyusuri air terjun yang agak berbukit itu.

“Suri, sini.” dia menguatkan suaranya melawan air terjun. Bimbang suaranya tenggelam disebalik deruan air terjun.

Suri menuruti langkah Rizki walaupun dia masih belum berpuas hati menikmati keindahan yang begitu memikat hatinya. Dipijaknya beberapa batu yang kelihatan licin dan laluan yang agak curam. Rizki menghulurkan tangan memberi bantuan. Namun dia hanya memandang sepi. Suri merasakan dia masih berupaya untuk mendaki batuan itu. Setelah beberapa minit mendaki mereka sampai di puncak.

Rizki memilih untuk duduk di atas sebiji batu besar. Suri berdiri membelakangi Rizki untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan yang terbentang dihadapan mata. Dari tempat mereka berdiri Suri dapat melihat dengan jelas aliran air terjun yang didakinya sebentar tadi. Setelah beberapa ketika, Suri memandang Rizki.

“kenapa awak bawak saya ke sini?”soal Suri kepada Rizki yang berada beberapa meter darinya.

“sebab ini langkah pertama untuk awak kalu nak jadi kekasih saya. Tinggalkan Firkan disini” ujar Rizki. Suri mengerutkan dahi. Tidak mengerti. Kadang-kadang dirasakan Rizki seorang yang penuh kejutan. Baik perbuatan atau tingkah lakunya. Itu yang membuatkan dia geram dengan Rizki.

“what do u mean by that?”Suri bertanya.

“hmmmm...dari saat ini hinggalah saat awak berjaya miliki Firkan, saya nak awak tinggalkan segala kenangan dengan Firkan disini. Bermula sebagai orang yang baru”Rizki bergerak menghampiri Suri.

Suri mengerutkan dahi. Mana mungkin dia boleh membunuh kenangannya bersama Firkan begitu mudah. Kalau ia sebegitu mudah, maka dia pasti sudah sudah berjaya melakukannya semenjak dulu lagi.

“kalau semudah itu. kalaulah semudah yang awak cakap.”Suri mengeluh. Membuang pandangannya kearah air terjun, cuba menyembunyikan riak mukanya.

“hmmm..awak tengok awak sekarang. Bila saya sebut pasal Firkan je, awak terus berubah. Selagi awak x buat macam tu, selagi tu u will be like this Suri. cry him a river. what did u get? nothing. Dia masih lagi macam tu. dan awak masih lagi macam ni. Awak puas hati ke macam tu je? kenapa awak tak luah marah awak tu. kenapa mesti awak pendam, menangis sorang diri” ujar Rizki. Suri diam memandang Rizki.

“Macam mana saya nak luah kalau saya marah pada diri saya sendiri Rizki?”Suri meninggikan suara pada Rizki. Dia tidak tahan dituduh begitu dengan Rizki.

“apa yang awak tahu pasal puas hati Rizki. What else can i do besides crying. Ya, memang saya marah, memang saya benci, tapi benci dengan silap saya, marah dengan diri saya sendiri. marah kerana terlalu percaya dengan diri saya sendiri. Marah kerana terlalu yakin yang satu hari nanti Firkan akan terima saya. Saya marah sebab saya masih sayangkan dia walaupun dia da buat saya macam ni. Marah sebab masih inginkan dia walaupun dia tak pernah sukakan saya. Marah sebab saya tak sesempurna yang diinginkannya. Saya marah sebab saya tak boleh cari sebab kenapa saya perlu marah Firkan. Saya marah dengan diri saya Rizki. Marah dengan diri saya” ketika itu, Suri sudah tidak dapat menahan esaknya. Dia sudah terduduk memeluk lutut. Tidak mempedulikan Rizki yang memandangnya.

Rizki seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Sangkanya, selama ini Suri membenci Firkan kerana tak dapat menerima cintanya. Walaupun dia tidak mengetahui sepenuhnya jalan cerita perhubungan Suri dan Firkan, namun itulah tekaannya selama ini. Ternyata sangkaannnya jauh meleset. Rupanya dia marahkan dirinya sendiri, bisik Rizki.

Rizki bergerak menghampiri Suri. Rizki melabuhkan punggungnya di tepi Suri. membiarkan Suri dengan esaknya untuk seketika. Dia melakar sesuatu di atas pasir di hujung kakinya. Dia menunggu sehingga tangis Suri reda dan kemudian dia bersuara.

“Awak ingat cerita bintang saya dulu. Selagi awak masih bermimpi awak tak akan dapat tengok bintang lain Suri. Perasaan awak tu akan bunuh awak Suri. Akan bunuh jiwa awak. Jiwa ada makanannya. If u stop feeding it, ia akan kurus Suri. We are what we eat rite?” Rizki tersenyum pada Suri. Mengintai wajah Suri.

Suri tersenyum menyerlahkan giginya yang tersusun rapi. Jiwa Rizki bergetar memandang senyuman itu. Mungkin selama ini dia tidak pernah melihat Suri sehampir itu. Di telitinya mata bundar Suri, hidungnya dan ulas bibirnya. Semuanya kelihatan sempurna dimatanya. Kemudian dia tersenyum memikirkan kebodohan Firkan menolak gadis seperti Suri. Di matanya, Suri tiada apa yang kurang, sempurna sifat dan perlakuannya. Dilarikan pandangannya, bimbang dengan mainan perasaannya sendiri. Dikuis-kuis kayu dihadapannya. Suri masih lagi membuang pandangan ke arah air terjun, tidak menyedari dirinya diperhati Rizki.

“Suri boleh awak janji sesuatu dengan saya.”Suri mengalihkan pandangannya ke arah Rizki. Direnungnya lelaki di sebelahnya itu. Apa lagi yang dimahunya.

“Tak kisah samaada awak menangis, suka, sedih, marah, ketawa, jangan sorokkan apa-apa dengan saya. Show me ur real feeling. Saya pun tak tahu kenapa saya suka tengok awak dalam apa-apa keadaan pun. “Ujar Rizki serius.

Suri terpana. Entah mengapa dirasakan tiba-tiba nada Rizki sungguh serius. Direnung wajah lelaki itu. Mencari keikhlasan disebalik wajahnya. Dia tidak menjawab, mendiamkan diri.

“tapi awak jangan menangis depan orang lain. Buruk rupanya”pecah ketawa Rizki. Suri mencemik, menjelirkan lidahnya ke arah Rizki. Semakin galak tawa Rizki. Dia menekan perutnya, tidak tertahan dengan lagak Suri.

“sampai bila kita perlu jadi macam ni. Maksud saya, saya perlu jadi errr er...” soal Suri. Lidahnya dirasakan kelu untuk menuturkan ayat seterusnya. Segan dengan Rizki.

“jadi apa?” soal Rizki sinis. Dia tahu maksud Suri. Sengaja dia ingin mengusik Suri. Suri mencemik, dia tahu Rizki mengusiknya.

“Da setuju lepas tu malu nak mengaku plak.”Rizki menggeleng-geleng kepalanya.

“Awak tak tanya pun syarat dan apa upah saya masa awak setuju tu kan. Kalau saya cakap sampai bila-bila macam mana? awak sanggup?” ujar Rizki mengangkat keningnya.

Berderau darah Suri. Dia memandang Rizki. Dia seakan-akan mahu mencekik Rizki ketika itu. Bongok mamat ni, bisiknya. Dia bingkas bangun. Malas untuk malayan usikan Rizki.

“Sampai masanya, bila awak dah tak perlukan saya, saya sendiri yang akan mengalah masa tu, we will know what to do when that time come Suri” Rizki bersuara, kali ini kedengan serius di telinga Suri. Kaki Suri bagai terkunci untuk bergerak. Dirasakan kata-kata Rizki megitu mengusik hatinya.

“Till then, let be a perfect couple. Ok?” katanya seraya bangun. Dia mengangkat keningnya ke arah Suri. Dan saat itu Suri terasa seperti permainan baru shaja bermula. Let it begin, bisiknya sendiri.

Suri mendail beberapa kali nombor yang tertera di telefonnya. Beberapa kali namun tiada jawapannya. Peluh mula merenik keluar dari dahinya. Disapunya dengan tisu. Dalam hatinya mula memarahi teksi yang berjanji untuk menjemputnya. Tidak mungkin dia sempat ke stesen putra jika menelefon teksi lain. Paling cepat teksi itu mungkin akan datang dalam masa 10 minit. Tu kalau cepat-kalau lambat, omelnya sendiri. Hatinya mula bimbang dengan kemungkinan dia ketinggalan bas. Jam ditangan menunjukkan pukul 9.30 malam. Tiket bas ditangan digenggamnya. Terngiang-ngiang pesanan maknya ditelinga.

“kak long balik tau. Semua orang balik. Tak elok tak balik kalau semua ada. Da la semua susah nak jumpa” pujuk ibunya di telefon semalam. Sebenarnya bukan dia tidak mahu pulang tapi kerja di pejabat membutuhkan dia untuk turut bekerja pada hari minggu. Minggu itu dicuba sedaya upayanya untuk menyiapkan semua kerja bagi mengelak untuk bekerja dihujung minggu. Kenduri arwah datuknya yang sudah dirancang semenjak bulan lepas oleh sanak saudaranya membuatkan diri sendiri terasa kurang sopan jika tidak menghadirkan diri. Sudah terbayang dikepalanya keriuhan rumah neneknya dengan sepupu-sepupunya seramai 30 orang tu. Dia tersenyum sendirian.

Seketika dia teringat dia masih belum punya jalan penyelesaian. Untuk berjalan ke jalan utama agak jauh dan mustahil dia dapat sampai tepat pada waktunya. Dia mengutuk sekali lagi teksi yang berjanji datang untuk menjemputnya. Kalau dia tahu perkara itu akan terjadi pasti dia menerima pelawaan Rizki untuk menghantarnya ke stesen Putra malam tadi. Rizki, bisiknya. Tiba-tiba di teringat pelawaan Rizki untuk menghantarnya malam tadi. Dia menolak lantaran tidak mahu menyusahkan Rizki serta tidak mahu terhutang budi lagi dengan Rizki. Kak ain pula tiada di rumah malam itu, kalau tidak pasti kak ain pasti menjadi drivernya malam itu.

Dengan langkah yang berat dia melangkah ke pintu rumah Rizki melaungkan salam dari luar. Beberapa kali dia memberi salam namun tiada sahutan dari dalam. Dia mendail nombor Rizki namun tidak mendapat jawapan. Dia membuka pintu pagar besi dan bergerak ke pintu. Diketuk-ketuk pintu rumah itu beberapa kali. Seberapa ketika Rizki keluar dengan rambut yang kusut. Kelihatan seperti baru bangkit dari tidur.

“waalaikummussalam. Suri, kenapa ni? Ada apa-apa ke?” ujar Rizki sambil menguap.

“awak tolong saya jab. Hantar saya ke stesen putra. Da lewat ni wak. Bas saya kol 10. Teksi yang nak amik saya tu x dtg. Awak kena tolong saya”rayunya pada Rizki.

“op-op..awak jangan kelam kabut. Jab saya tukar baju jab..saya hantar awak.”Rizki menghilang disebalik daun pintu sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan seluar khakis pendek paras lutut dan t-hirt hijau muda. Rambut sudah bersisir rapi. Suri sudah bersedia di tepi kereta Rizki.

“tak payah nek kete tu, jom nek kete ni” ujar Rizki membuka pintu kereta pokok. Suri bergegas menuju ke pintu kereta yang telah dibuka Rizki. Suri gelisah didalam kereta. Digenggam tiket bas di tangannya, dikerling jam ditangannya berkali-kali. Rizki menjeling, memahami kegelisahan Suri. Sebaik sahaja sampai Rizki menghentikan kereta di bahu jalan.

“Suri awak masuk dulu, saya cari parking nanti saya masuk dalam cari awak”ujarnya pada Suri. Suri bergegas masuk ke dalam stesen putra. Selesai memarkir kereta dia bergegas mendapatkan Suri. Matanya melilau mencari kelibat Suri. Diintainya ke dalam beberapa buah bas yang masih belum bergerak. Lupa pula untuk ditanya bas apa yang dinaiki Suri. Dia mengutuk kebodohannya sendiri. Mungkin sudah naik bas barangkali, bisiknya sendiri. Dia mengambil telefon, mendail nombor Suri. Namun tiba-tiba dia sedar deringan telefon Suri kedengaran di belakangnya. Dia menoleh kebelakang. Suri merenungnya.

“tak sempat awak” ujarnya lemah. Mukanya jelas sugul.

“kita try cari bas lain eh. Saya tanyakan”Rizki memujuk.

“tak payah la. Tiket ke Terengganu memang itu je yang ada. Saya da tanya td”ujarnya seraya duduk. Rizki tidak menghiraukan kata-kata Suri. Dia mengaturkan langkahnya ke beberapa kaunter jualan tiket. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan tangan kosong.

“x pe lah Rizki. Kita baliklah”Suri beredar mendahului Rizki. Jelas dari raut wajahnya, tergambar jelas kesedihannya. Suri mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Beberapa minit kemudian dia mendail seseorang di telefon bimbitnya.

“assalamualaikum. Mak, kakak ni. Kakak x dapat balik la mak. Maaf ye mak. Kirim salam pada semua ye mak. Assalamualaikum”dari kejauhan sayup-sayup Rizki mendengar sahutan salam dari telefon. Dia menjeling Suri di sebelah.

“pukul berapa kenduri tu esok?”ujar Rizki berbahasa basi.

“malam esok lepas isyak. Rizki, saya patut dengar kata awak semalam. Kesian mak saya harap saya balik”Suri bersuara menjawab soalan Rizki. Memarahi dirinya sendiri kerana tidak menerima pelawaan Rizki sebab kesombongannya. Rizki mendiamkan diri. Kepalanya sibuk memikirkan sesuatu. Sebaik sahaja sampai Rizki tidak mematikan enjin kereta. Dia menegah Suri daripada keluar dari kereta, memintanya menunggunya didalam kereta. Suri bingung, tidak mengerti permintaan Rizki namun dia menurut. Tidak lama kemudian Rizki masuk semula ke kereta bersama satu beg sandang.

“jom saya hantar awak balik”ujarnya memandang Suri. Suri bagaikan tidak percaya apa yang didengarnya.

“awak jangan main-main. Kampung saya bukan kat kuala Selangor ke, ipoh ke, Melaka ke. Kat Terengganu tau.”ketika itu kereta sudah bergerak menyuSuri jalan meninggalkan rumah mereka.

“pernah saya main-main dengan awak?”Rizki bersuara tegas.

“awak tak perlu buat macam tu.”ujarnya. nada suaranya mula kendur.

“yup. Ur face telling me that I have to do it. Do u think I can stand ur face rite now”

“mne ade sya buat muka. Rizki, esok hari jumaat, awak kerja kan. Mana sempat nak balik KL balik”ujar Suri bimbang. Rizki seperti biasa penuh dengan kejutan.

“let me worry about that”Rizki menyambut. Suri mengeluh. Dia tahu dia akan kalah dengan Rizki.

“kereta? Ni kereta pokok. Macam mana dia nak g kerja?”dia terus bertanya. Bimbang dengan tindakan Rizki.

“da. Saya da cakap kt dia. Lagipun dia outstation esok. Awak cuba duduk diam-diam, dengar cakap saya skali boleh tak” mata Rizki tidak mengalih pandangannya kearah Suri namun Suri tahu nadanya serius. Suri mendiamkan diri. Dirinya mula mencongak-congak apa yang bakal terjadi di rumahnya nanti melihat dia balik bersama Rizki. Matilah aku, bisiknya sendiri.

Suri mengecilkan mata, tidak tersedar bila dia terlelap. Dia melihat jam di tangan kemudian memandang Rizki ditepi tenang memandu. Sesekali dia menguap tanpa menyedari Suri sedang memandang. Suri tergelak kecil. Rizki mengalihkan pandangan tersedar dengan gelak Suri.

“kalau awak da ngantuk, berhentilah. Biar saya bawak plak. Awak tidur.”dia bersuara. Rizki tersenyum tanpa membalaskan kata-katanya. Dalam suasana kelam dengan hanya lampu jalan, Suri dapat melihat dengan jelas senyuman Rizki. Seketika hatinya bergetar. Dia menundukkan wajahnya. Bimbang Rizki terkesan dengan perubahan riak wajahnya.

“kenapa ni awak. Terharu ke?”Rizki mengusik.

“tak masa saya nak terharu. Awak jangan nak tuduh2. Awak yang nak hantar saya. Saya tak paksa, saya tak suruh. Nanti da sampai rumah, awak balik KL terus.”ujarnya masih tidak memandang Rizki.

Rizki tersenyum. Berkali-kali dia menguap menahan rasa mengantuk. Penat selepas seharian bekerja semalam masih belum hilang. Entah kenapa, dia tidak sampai hati untuk melihat wajah sedih Suri.

“awak tunjukkan jalan. Kita da sampai Terengganu ni. Nanti kita berhenti sembahyang subuh dulu.”Rizki seolah-olah memberi arahan pada Suri. Suri mencemikkan mukanya.

Tepat pukul 7.30 pagi Suri sampai di halaman rumahnya. Dari dalam kereta Suri nampak adiknya berlari-lari anak dihalaman rumah. Kelihatan beberapa orang sepupunya sedang membakar sampah. Disatu sudut dia nampak ayahnya serta beberapa orang pak ciknya sedang mengasah parang. Suri menelan air liur memandang Rizki di tepi. Dikepala berkisar alasan yang patut diberikan pada keluarganya nanti.

“awak ingat lepas ni awak balik terus tau.”ujarnya pada Rizki sebelum keluar dari kereta.

Apabila keluar dari kereta, adik bongsu perempuannya berlari-lari anak kearahnya. Suri merendahkan diri memeluk adiknya. Diusap rambut adiknya yang kemas bertocang.

“ica adik kak long da mandi belum ni”Suri bersuara bertanya pada adik bongsunya. Dipicit pipi tembam adiknya itu. Namun dia bergerak ke belakang beberapa langkah, memeluk kakaknya erat pabila melihat Rizki keluar dari kereta. Rizki bergerak menghampiri mereka.

“kak long. Sape tu?”dia mendongak memerhati Suri, memeluk kemas kakaknya. Rizki tersenyum memandang Suri yang serba salah. Rizki melabuhkan diri, duduk di sebelah Suri menghadap si comel yang bertocang dua itu.

“abang long ica la ni”Rizki bersuara memandang ica menghulurkan tangannya untuk bersalam. Suri membulatkan matanya memandang Rizki. Dia mengjegilkan matanya pada Rizki. Ica mengerutkan dahinya, berkerut-kerut keningnya memandang kak longnya. Belum sempat Suri menerangkan ica sudah berlari ke tangga rumah.

“maaak, kak long bawak balik abang long.” Saat itu Suri rasa mahu menyepak dirinya sendiri. Dia memandang Rizki. Dirasakan ingin ditarik-tarik rambut kerintingnya itu. Mukanya merah menahan marah. Rizki tersengih-sengih melihat wajah marah Suri. Rizkiiiiiii, jeritnya di dalam hati. Rizki hanya selamba mengangkat kening seraya melangkah ke arah ayahnya. Saat itu, Suri merasakan muka mula pucat, kalau ditoreh pun pasti tidak berdarah...


6 comments:

Anonymous said...

lagi??nk yg sterusnya..xsbr da ni..-add

nuna_sarah said...

apa yang ko x sabo add?
haha

Anonymous said...

rizki, kamu lelaki brtuah.
sungguh kamu romantis.
kamu romantis sungguh.
kamu sungguh romantis.
izinkan aku mewarisi sbhgian sikapmu,
yg baik2 aja.

suri, pandai2lah kamu memilih,
antara kaca @ permata.
jgn kuman sbrang laut yg kamu nampak.

firkan, yg sudah tu sudah lah.
kamu tidak layak lg buat gadis stulus suri.
pandai2lah kamu bawa diri.

nuna_sarah said...

knape? rizki tu romantis ke?
hahahha

Anonymous said...

cte ni sgt best oke..!!
dan aku xsabor tggu ending die..
cpat2 abis kn cte ni..!!!!!
huhuhu.. =)
n u noe wat..??
i luv rizki so much..!
damn..!!!
xoxoxo

nuna_sarah said...

aku ske bila ade org suke Rizki..haha..tp aku sedih bila org kate kt aku..Firkan tu x jahat pun..kenapa suri sedih sgt..yerp mmg betul dia x jahat..sbb tu suri x leh nk marah dia...so kt episod ni aku nk bgtau suri mmg x marah firkan..mungkin dia cuma x bley terima kenyataan kekalahan dia..dat's y dia sedih sgt...cuma firkan seorang yang suke pada yang 'sempurna' hanya dimata-dat's y..

^_^

Click Me

Related Posts with Thumbnails