Friday, December 19, 2008

Ada Untukmu - Part III

assalamualaikum..

sori bangat deh..aku baru upload part III...aku kebizian deh+kemalasan untuk menyambungnya..sori sekali lagi..kat sini aku nak gtau masalah aku...mcm mna aku nak bentuk watak Rizki?....serius selama ni aku hanya pk watak Firkan n Suri...waaaaaaaaaa---i wish Rizki can be like one my korean heartthrobe...confident+hansome+cool+n kira sape2 yang tgk dia mmg akan suka kt dia xpcially pompuan=aku nk Rizki jd watak yang mcm tu....aku x tahu aku berjaya ke tak---only u can tell me? pls.......n here is part III--i really wish u enjoy it...muahhh



Pagi itu Suri berjalan mundar mandir di ruang tamunya. Sesekali di hendap ke luar rumah. Di sebalik langsir dia dapat melihat dengan jelas kelibat Firkan yang bersandar di keretanya. Nampaknya dia belum putus asa, bisik suri. Dia melihat jam di tangan. Kalau dia tidak bertolak sekarang dia akan tiba lewat ke tempat kerja. Sedari seawal pagi lagi dia menyedari Firkan menunggu dihadapan rumahnya. Apa lagi yang dimahunya, bisik Suri. Dalam keadaan gelisah di melangkah keluar dari rumah. Firkan melihatnya sambil tersenyum.

“selamat pagi sayang..kita pergi kerja sama-sama. Saya hantar awak”ujar firkan lembut. Dia masih tunduk. Dia ni tak reti bahasa nampaknya, bisik Suri. Dijelingnya Firkan.

“awak jangan jeling saya macam tu suri. Awak tahu kan saya lemah ngan jelingan awak tu”firkan cuba meraih tangannya. Namun direntapnya. Hatinya cuba dikuatkan. Semangatnya mesti ditambah.

“firkan. awak nak apa lagi dengan saya. Tak cukup ke selama ni Firkan. awak cari orang lain firkan. saya bukan patung mainan awak firkan” ujar suri lemah. Didongak kepalanya memandang firkan.

“Suri. Awak tahukan. Awak yang terbaik dalam hidup saya. Saya buntu kalau awak tak ada dengan saya ok. I admit it. Saya tahu saya salah tapi perasaan tak boleh dipaksa Suri. My heart maybe not for u. But i need u. Be fair to me sayang. Awak jangan marah lagi. Ok.” Firkan berusaha. Dia tahu, marah suri tidak lama, marahnya cepat reda. Dia sudah lama mengenali gadis itu. Dia tahu bagaimana memujuk suri. Dia tidak betah suri tidak berada disampingnya. Dia sudah terbiasa bersama suri, sudah terbiasa berkongsi dengannya. Benar cintanya tiada untuk suri, tapi jauh disudut hatinya memerlukan suri. Entahlah kadang-kadang dia sendiri tidak mengerti perasaanya sendiri. Yang penting, Suri perlu dipujuk, bisiknya.

“Firkan..sampai bila firkan? sampai bila awak nak saya jadi mainan awak..sampi bila? Awak nak suruh saya jadi macam mana lagi firkan?” airmatanya mula luruh. Hatinya lembut pada firkan, dan dia bencikan perkara itu. Dia tahu, dia tidak boleh meletakkan semua kesalahan di bahu Firkan. Dia tidak berhak memaksa firkan untuk menyintainya. Cuma, dia ingin lepaskan diri dari Firkan saat ini.

“suri...lama tunggu saya? “ suri dan firkan berpaling serentak ke arah suara itu. Rizki bisik suri.

Semenjak dari tadi Rizki berdiri diam memerhati. Entah apa nasibnya, asyik terserempak dengan drama dua merpati itu. Niatnya tidak mahu masuk campur, namun bila dia melihat raut muka suri. Dia tahu gadis itu perlu diselamatkan. Dengan jelas dia mendengar perbalahan suri dengan lelaki tersebut.

Firkan memandang tajam Rizki. Apa niat lelaki ni, bisik Rizki. Semalam lelaki ini juga membawa suri pergi darinya. Dia merenug Rizki ke atas dan kebawah. Tidak percaya lelaki yang dilihat pagi ini adalah sama orang yang sama dengan semalam. Penampilannya begitu berbeza. Dia menyorot pandangan ke arah suri, merenung air muka suri. Apa perhubungan mereka, bisiknya.

“Sorry suri. Lama tunggu. Jom, saya dah lewat ni.” Rizki membuka pintu keretanya. Mengajak Suri masuk. Suri termangu, namun diatur juga langkahnya ke kereta Rizki. Tidak diendahkan panggilan Firkan. Hatinya menyuruh dia melangkah meninggalkan Firkan.

“Sori bro. Da lambat ni. Kami pergi dulu” Rizki mengangkat tangan ke arah Firkan. Jelas muka firkan tidak menyukai lelaki itu. Keretanya bergerak meninggalkan Firkan yang masih termangu menahan marah.

Rizki diam. Dia memandu tenang. Hatinya mengutuk dirinya sendiri yang gatal menolong suri.Ingin disekeh-sekeh kepalanya. Suri dari tadi diam tidak bersuara. Namun dari ekor matanya dia tahu Suri sedang menangis. Gadis itu begitu mudah menangis. Dia sendiri tidak pasti mengapa suri begitu mudah tersentuh namun dia sudah dapat meneka apa sebenarnya yang berlaku antara suri dengan lelaki bernama Firkan itu. Dicapainya kotak tisu dan dihulur pada suri. Suri menjeling.

“awak sindir saya ke?” kotak tisu tidak disambutnya. Dijelingnya Rizki. Rizki terkejut namun seketika kemudian dia tersenyum.

“Awak ni tengah menangis pun sempat lagi nak bergaduh ngan saya. Saya bagi awak tisu pun awak cakap saya nak sindir awak.” suri menyambut kotak tisu. Diambil sehelai kemudian dikesat airmatanya. Dikutuk dirinya kerana menangis di hadapan Rizki. Pasti lelaki itu tidak akan berhenti menyindirnya selepas ini.

“da tu memang awak sindir saya”

“dah-ni skrang mana saya nak pergi? Da dua kali saya pusing jalan ni. Opis awak kat mana. Saya hantar. “

“Jalan pahang” ujarnya pendek. dia menjeling Rizki. Dia berpakaian kemas hari ini. Berkemeja dan berseluar slack. Suri mengerutkan dahi. Kemanakah dia hari ini? Ada urusan agaknya, bisiknya.

“awak habis kerja pukul brapa?” dia memandang Suri.

“5.30”jawabnya jujur. Didalam hatinya, dia amat berterima kasih pada Rizki kerana menyelamatkannya pagi itu. Namun tidak terluah. Rizki dirasakan sudah cukup baik mahu menghantarnya ke tempat kerja walaupun kadang-kadang perangai lelaki itu mengjengkelkannya. Tidak tahu samaada Rizki terpaksa atau mempunyai niat lain membantunya. Lantaklah, bisiknya. Dia tidak mahu berfikir buruk tentang orang lain. Dengan prinsip dia diajar oleh ibu-bapanya. Dan kerana prinsip itulah juga dia sering ditipu dan dipermainkan.

“ok. Balik karang tunggu saya. Saya jemput awak.”

“no need saya balik sendiri” Rizki sudah mengjangka itulah yang akan ditutur suri. Dia tidak menyambut kata-kata suri. Didiamkan diri. Dia tahu, orang seperti suri jika diajak bertengkar hanya sia-sia. Degil dan keras kepala. Itulah suri yang dikenalinya.

Rizki menghentikan kereta dihadapan sebuah bangunan 3 tingkat seperti mana ditunjuk suri. Rizki melihat suri keluar meninggalkan keretanya. Dia merenung suri sehingga gadis itu hilang dari pandangan.

Sayup-sayup malam itu Rizki dapat mendengar dengan jelas bunyi tangisan. Dia pasti, itu pasti tangisan Suri. Sudah lama dia tidak mendengar tangisan suri. Malam itu, dia tidak senang duduk. Baring ke kiri salah ke kanan salah. Hatinya terasa turut tersentuh bila mendengar suri menangis. Dia juga kurang pasti perasaannya sendiri. Kadang-kadang dia pelik, bagaimana seorang lelaki sanggup menyakiti seorang gadis sedemikian rupa. Di dalam hatinya mengutuk Firkan. Muka saje hensem, tapi perangai tak boleh pakai, bisik Rizki. Sampai hati dia melakukan perkara begitu kepada suri. Tiba-tiba dia teringat gadis-gadis yang pernah dikecewakannya. Ingatan daripada zaman persekolahan sehingga ke universiti menujah-nujah fikirannya.

Adakah dia seperti Firkan. Tidak mungkin-aku tak sejahat itu, bisiknya menyedapkan hati. Rasa bersalah menyerang hatinya. Samakah dia seperti Firkan. Semenjak dari sekolah, ramai gadis yang pernah meluahkan niat hati mereka padanya. Dia sendiri sudah lupa berapa jumlah gadis yang pernah dipermainkan cintanya. Padanya, semua gadis-gadis itu sama dan mudah. Sehingga adakalanya, nama gadis itu pun tidak pernah lekat diingatannya.

Sebelum ini dia tidak pernah begitu mengambil berat mana-mana gadis yang didampinginya. Baginya mereka akan datang dan pergi. Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan. Berbeza dengan rakan-rakannya. Mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang sama namun mempunyai prinsip yang berbeza. Pokok yang dikenalinya sebagai insan yang sangat setia dan devoted pada kekasihnya walaupun dia nampak agak lurus berbanding dia dan ahcong manakala ahcong lebih senang rapat dengan semua gadis yang dikenalinya. Namun, dia sendiri tidak mengerti, kenapa dia begitu berminat dengat suri. Dirasakan inilah kali pertama dia tersentuh melihat perempuan menangis. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Langit cerah malam ini, bisiknya.

Telinganya masih menangkap bunyi tangisan Suri. Ini tak boleh jadi, bisiknya. Dia bingkas bangun menuju ke balkoni. Dia menjenguk ke balkoni rumah sebelah. Tidak pula terdapat kelibat suri disitu. Dia termangu seketika. Memikirkan apa yang perlu dibuat untuk mengusir gusarnya.

Dia bergerak menuju ke laci mejanya. Menyelongkar sehingga dia terjumpa sekeping kertas. Didailnya nombor yang tertera di kertas itu.

“hello?” sambut suara di hujung talian. Suaranya masih serak.

“suri. Ini saya. Rizki....”dia menanti suri menjawab di hujung talian tapi dia hampa. Namun talian masih belum diputuskan. Suri diam, tidak bersuara. Hanya sedu suri yang kedengaran di hujung talian.

“Suri, awak jangan letak telefon. Awak nak diam macam ni pun x ape. Tapi tolong jangan letak telefon.” Suri masih diam membatukan diri. Sesekali kedengaran sedunya. Rizki menarik nafas lega. Sekurang-kurang suri sudah berhenti menangis. Rizki diam. Sesekali menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang ingin dibualkan. Come on Rizki, getusnya sendiri. Dia menjenguk di sebalik tingkap rumahnya dan membuang pandangan ke langit.

“Suri, cuba awak tengok kat langit..kat luar tingkap..awak tahu tak tiap-tiap malam berapa bintang yang mati kat atas tu. Bintang tu hidup suri. Macam kita. Tapi bila ada yang hilang, kita tak akan perasan. Sebab lagi banyak bintang lain yang ganti bintang yang hilang tu” tutur Firkan. Dia sendiri tidak tahu apa yang dituturnya. Niatnya hanya satu. Supaya suri berhenti menangis.

“jangan sebab satu bintang yang hilang tu suri. Awak terlepas pandang bintang-bintang lain suri”lama Rizki mendiamkan diri. Bimbang apa yang dituturnya mebuatkan suri melenting.

“Rizki. Ada orang pernah cakap x kt awak” Suri akhirnya bersuara. Rizki menghela nafas lega. Sekurang-kurang dia tahu dia tidak bercakap seorang diri.

“apa?”

“awak ni kuat membebel” pecah ketawa rizki di hujung talian. Suri tersenyum. hilang tangis dan sedunya. Terhibur dengan celoteh rizki.

“awak plak tahu x saya rasa apa” rizki bersuara setelah seketika.

“saya ni da macam superman awak rasenye. Nampak macam x logik. Tapi i’ll always there when u need help.” Suri terdiam. Tidak percaya apa yang didengarnya. Kali pertama rizki menuturkan perkara yang enak di telinganya. Selalu lelaki itu hanya suka menyindirnya.

“suri...do you really want him that bad- i mean Firkan” dia bertanya. Suri membatukan diri. Tidak tahu apa yang perlu dijawab.

“kenapa?”dia bertanya pendek.

“i’ll get him for you” suri dapat mendengar dengan jelas suara Rizki.

“awak jangan nak merepek Rizki. Dia bukan barang yang boleh awak bagi macam tu je kat saya”

“easy. Be mygirlfriend” Saat itu jantung suri bagai nak melompat keluar. Mamat ni da gila, jeritnya di dalam hati.

4 comments:

Anonymous said...

mungkin kali ni watak rezky patut dihighlightkan. Focus on the best of rezky. ie. dia ade band...main lagu2 indi...then flash back why dia anggap awek tu same je....or family conflix...how about rezky achievement in his careers....
at the same time suri ade second thought for being with him forever(rezky)..
just to drag the opponent b4 "yes fikran is my true love"
or maybe both pending until sometime....
Just some iedea....
u ade in soul in writing
keep it up....

nuna_sarah said...

thank u--kadang2 i hav to admit--aku x ske komen anonymous..sebab aku x tau hang sapa--hehehe
neway-thanks 4 the idea
bab main lagu indi tu-agak mustahil sbb yang tukang nk tulis ni knows nothin about alat muzik..hahaha-maybe i should read more
thanks neway

Anonymous said...

alhmdulillah, sy dh abis baca part 3, n tak sabar2 nk tunggu part 4. plot kali ni kekal menarik. lebih byk plot dialog berbanding suasana. its ok, mgkin dh smpai masanya byk dialog plk. makin romantik. emm, cuma ada tersilap taip sket, cuba tgk kt babak ni: “Suri, cuba awak tengok kat langit..kat luar tingkap..awak tahu tak tiap-tiap malam berapa bintang yang mati kat atas tu. Bintang tu hidup suri. Macam kita. Tapi bila ada yang hilang, kita tak akan perasan. Sebab lagi banyak bintang lain yang ganti bintang yang hilang tu” tutur Firkan. Dia sendiri tidak tahu apa yang dituturnya. Niatnya hanya satu. Supaya suri berhenti menangis. ---its ok, alah, just tertukar je rizki dg firkan(yg sy boldkan tuh). tu je. yg lain sume well done, sarah! :)

---sy rasa watak rizki yg wak cadangkn tu dh bagus, terbaik dh sarah --"wish Rizki can be like one my korean heartthrobe...confident+hansome+cool+n kira sape2 yang tgk dia mmg akan suka kt dia xpcially pompuan"--. cuma cadangan tmbahan sy, just cadangan je, terpulang pd wak. apa kata wak campur sket watak rizki tu dg watak hero winter sonata + watak hero love in havard + watak org beragama yg lemah lembut tutur kata, tahu hormat pmpuan n bersih wajahnya, berwibawa, penyabar, pndgr yg baik. just spark idea je.. :)

---pstu, mcm wak kata, bila pmpuan tgk dia pmpuan suka kan? so, wak lebih tahu laki yg mcmana pmpuan senang suka, sbb wak pmpuan. wak bleh bincang dg kwn2 pmpuan wak.

---cadangan babak tambahan: firkan pukul rizki sbb cmburu, tp rizki tak balas, sbb blum tiba masanya n rizki ada tali pinggang hitam sbnarnya. sbb peristiwa itu, rizki mula mndapat simpati suri. jgn lupa jgk utk bgtau nape rizki pakai kemas pagi tu, berkemeja. n jgk ttg rizki dituduh suri sbg sorg mekanik. mgkin dia bukan mekanik, tp ada alat2 baiki kete, pndai baiki kete dll.

Anonymous said...

sarah..best..
emm..xtau nk ckpa pe but mmg terkesanlh..I know wat suri feel..

Click Me

Related Posts with Thumbnails