Wednesday, July 8, 2009

Ada Untukmu - Part VII

heheeh..selang sari tu...da alang2 da ada aku upload je la...happy reading guys



Insyirah terdiam. Dia memandang Rizki mencari maksud kata-kata rizki, mencari keikhlasan di sebalik kata-katanya. Namun akhirnya dia tersenyum.

“u got all my vote”katanya sambil tersenyum lebar. Rizki menghembuskan nafas lega. Bimbang juga sekiranya dia ditempelak atau digelakkan insyirah sebentar tadi. Namun apa yang dituturnya ikhlas tentang apa yang dirasanya pada suri. Dia sendiri tidak dapat menjelaskan kenapa dia begitu ingin melihat wajah suri ketika dia bangun atau sebelum tidur. Juga setiap kali dia mendengar suri menangis, fikirannya bagai mengarah tangannya menyapu air mata yang luruh dari mata suri. Namun akal warasnya melarang dia berbuat demikian. Dia sedar jika dia berbuat begitu mungkin itu kali terakhir dia melihat suri.

“no wonder akil dan ica boleh suka awak. U realy sumthing u know. Boleh awak tolong saya sumthing. If u dont mind?”Insyirah tersenyum.

“apa?”Rizki mengangkat kening.

“Jangan lepaskan kakak saya. Terutamanya pada firkan. Jika awak x keberatan, boleh tolong tumbuk dia sebijik kt muka dia...n make sure-a very big punch”Insyirah tersenyum. Membayangkannya.

“my pleasure” ujar Rizki. Mereka berbalas pandangan kemudian pecah ketawa diantara keduanya.

Suri memandang kejauhan. Lagak adiknya dan Rizki. Tidak pernah pula dia bergelak ketawa demikian bersama Rizki. Timbul sedikit cemburu dihatinya. Segera dimatikan rasa cemburu itu. Rasanya dia tak layak berasa demikian. Lagipun rizki memang mudah didekati. Suri sendiri tidak tahu apa ilmu yang dipakai oleh rizki sehingga semua adiknya boleh mesra dengannya. Dijelingnya Rizki apabila dia menyedari dirinya diperhatikan Rizki. Laju diatur langkahnya meninggalkan tempat dia berdiri ke dalam rumah.

Seketika suri sudah siap berpakaian berbaju kurung. Diambil tudung senada dengan baju kurung hijau kosongnya. Dipadannya dan dicalit segaris gincu. Diatur langkah ke ruang tamu namun langkahnya terhenti apabila ditegur ayahnya.

“kamu nak kemana Suri?” kelihatan Rizki serta sepupunya hisyam dan hadi sedang berbual bersama ayahnya.

“kenduri kahwin kawan suri ayah. Kat kampung sebelah. Sekejab je. Sebelum petang suri balik” terang suri pada ayahnya. Matanya cuba dikawal agak tidak memandang Rizki.

“ai kak long, x kan pergi sorang je. Luqman ni tinggal macam tu je ke?” ujar hadi tersenyum. Dijegilkan matanya pada hisyam. Hadi mengekek ketawa.

“kak long nak pergi dengan apa ni?”hadi bersuara.

“Jalan kaki je” dia menjelaskan pada hadi, memandang ayahnya meminta kebenaran.

“saya hantar suri. Saya pun tak ada apa yang nak dibuat. Tu pun kalau awak tak keberatan. “suri menjeling. Dirasakan rizki seolah-olah mengangguk di air keruh. Dia mendiamkan diri berlalu pergi, malas mahu bergaduh apatah lagi dihadapan ayahnya. Rizki menuruti suri selepas meminta diri dari ayah suri, hadi dan hisyam. Sebelum masuk ke kereta sempat Suri menggamit ica supaya mengikutnya.

Suri membatukan diri sepanjang perjalanan Cuma sesekali dia bersuara menunjukkan arah. Rizki lincah melayan keletah ica yang sibuk bercerita. Sebaik sahaja sampai suri keluar dari kereta menarik ica. Diperhatikan rizki yang terkulat kulat keseorangan , timbul rasa kesian di hatinya. Tidak sampai hati dia meninggalkan rizki seorang diri. Digamit ica dan merendahkan dirinya.

“ica tolong kak long. Ica stay dengan abg lukman boleh? Ica tolong kak long ye.”ujarnya kepada si kecil. Ica mengangguk laju. Kemudian berlari ke arah rizki. Suri menjeling rizki yang sedang tersenyum.

“sayang jugak kak long ica pada abang lukman”rizki mengenyitkan matanya pada ica. Ica mengekek keriangan tanpa memahami apa yang sedang berlaku.

“awak jangan main-main. Jaga adik saya baik-baik. Nanti saya telefon. Awak pandai2 lah bawak diri.”ujar suri sambil berlalu. Rizki mengeluh.

“bila lah kak long ica nak baik pada abang tapi tak pe. Abang x kan mengalah. Ica sayang abang kan?” tanya rizki pada ica. Ica mengangguk laju. Rizki tersenyum. Alangkah mudah hidupnya kalau suri pun begitu. Digamitnya tangan ica menuju ke khemah yang tersedia.

Suri merenung atap rumahnya. Dipujuk matanya supaya tidur. Di telinganya terngiang-ngiang kata-kata nadia siang tadi. Dia bimbang nadia salah faham. Menyalahkan dirinya. Nadia merupakan kawannya yang kuat menyokong hubungannya dengan Firkan yang mana adalah sepupunya. Mana mungkin dia mengkhianati perasaanya pada firkan. Dia bukanlah seorang yang senang berubah perasaan. Persoalan itu timbul apabila nadia terpandang ica yang sedang didukung Rizki secara tidak sengaja ketika di majlis kahwin atikah petang tadi. Dia tahu pelbagai soalan berligat di kepala nadia namun ,mungkin situasi majlis petang tadi menghalang dia untuk bertanya dengan lebih lanjut.

“apa dah jadi pada kau dan firkan. Who is he? suri, r u going out with him?”soal nadia. Suri mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya. Sudah dijangka ini akan berlaku. Itu lah sebab utama mengapa dia tidak mahu rizki turut serta bersamanya. Dipandang rizki yang sedang memangku ica. Suri mengeluh, dia bukan siapa-siapa pun dengan aku. Namun pasti tiada siapa yang percaya.

Sepanjang perjalan ke KL suri membatukan diri. Dia tidak tahu apa yang dimarahnya pada Rizki tetapi bila memikirkan lelaki itu yang begitu baik dengan keluarganya dia sayu. Mungkin ibu, ayah, akil, ica dan insyirah sudah salah faham dengan hubungannya dengan rizki. Mereka begitu sukakan rizki, bagaimana harus dia berterus terang pada ayahnya nanti. Suri mengeluh lembut. Rizki disebelah menjeling di sebalik cermin.

“awak marahkan saya ke. Sejak balik awak x nak cakap pun dengan saya.”ujar rizki. Dirasakan mulut suri begitu berat untuk berbicara dengannya. Semenjak pulang dari kenduri petang semalam rizki sudah terkesan perubahan riak wajah suri. Dia lebih termenung dan kelihatan gelisah. Marah sangatkah suri padanya.

“suri, mulut tuhan kurniakan untuk bercakap bukan untuk mendengar seperti telinga atau melihat seperti mata. atau mulut awak boleh menghidu?” rizki tersenyum sendiri. Suri masih terdiam, senyum tidak marah pun tidak. Selalunya pasti petah mulutnya menempelak kata-kata rizki. Tidak mahu kalah dengan rizki. Tiba-tiba rizki membrek kereta secara mengejut. Suri menjerit kecil. Dilihatnya kebelakang, mujur tiada kereta kalau tidak sudah pasti mereka sudah dirempuh dan terletang di hospital selepas ini.

“apa masalah awak ni? Kenapa awak brek tiba-tiba ni?”ditatap muka rizki yang membatu. Tidak menjawab soalannya. Dilihat tangan rizki kejab memegang stereng.

“rizki, awak kenapa ni?” dia memandang tidak puas hati.

“rizki, saya cakap ngan awak la”suri bersuara tidak puas hati.

Rizki memandangnya tersenyum dan kemudian baru menghidupkan kereta. Laju kenderaan itu bergerak. Suri terasa sebal seperti dipermainkan rizki.

“akhirnya, mulut awak untuk bercakap rupanya”rizki bersuara tanpa memandang suri. Suri mengerutkan hati.

“apa yang fikir sebenarnya. saya betul-betul x faham niat awak. saya x nak mereka salah faham. U r just my...”dia terdiam, malu untuk meneruskan kata.

“just what? Ur part-time-lover?.hahahaha....awak yang ajak saya. Bukan saya yang nak ikut awak.”rizki bersuara.

“Semenjak dari hari tu, awak cakap awak nk tolong saya. Tapi awak x buat apa-apa pun, awak ni main-main ngan saya. I’m bukan alat mainan.”

“suri, saya tak pernah anggap awak mainan. I know what i’m doing. Just let me do my job. Saya tahu apa yang saya janji kat awak. Cant u just pretend to like me? Its too obvious that we r a fake lovers. Susah sangat ke nak suka saya ni. Ayah awak, mak awak, ica, akil bley terima saya. i’m begging 4 ur own good miss suri”rizki bersuara. Suri terdiam. Mungkin betul dirinya tidak adil jika melayan rizki sebegitu. Sebatutnya dia berterima kasih pada rizki kerana menolongnya. Tidak adil dia menghukum rizki atas salah fahamnya yang lalu.

“insyirah pun boleh suka awak. U r good.” Keluh suri sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Sebentar tadi semasa bersalam sebelum berangkat, insyirah sempat berbisik di telinganya yang dia sukakan rizki. “i like him sis, very much” bisik insyirah kemudian mengenyit mata padanya.

“jab-jab. R u jelous?”rizki tersenyum lebar.

“hey....no i’m not. Gila, buat apa saya nak jeles. “

“hahaha. Jeles ngan adik sendiri macam mana ni. She’s sweet walaupun kadang-kadang agak menakutkan. Tapi saya da kena gari ngan kakak dia. So how?”rizki masih giat mengusiknya.

“awak jangan nak main-main ngan adik saya”marah suri. Dibebelnya rizki, memberi amaran supaya tidak menghampiri adiknya. Rizki lega, sekurang-kurangnya dia berjaya membuat suri membebel dari dia terus berdiam diri. Dia tersenyum riang.

Firkan mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Sudah sekotak rokok dihisapnya. Hatinya berdegup kencang setelah mendapat panggilan nadia sebentar tadi. Dia tidak senang duduk. Mana mungkin suri berani membawa pulang lelaki itu ke kampung. Mana mungkin, bisiknya. Dia mengenali suri, dia tahu suri bukan lah jenis perempuan yang begitu ‘mudah’. Telefonnya menjerit minta diangkat. Dilihatnya nombor Qistina tertera di telefon. Semakin gundah dan rimas hatinya memikirkan qistina. Harap muka je lawa, tapi perangainya memang tidak layak untuk diharapkan sebagai isteri. Semalam rakan sepejabatnya laju bercerita pasal dia terserempak qistina di sebuah restoren dengan seorang mat salleh. Daring habis kata kawannya. Dia fikir, hubungannya dan qistina sudah putus. Semakin berang dirinya apabila panggilan telefonnya diangkat seorang lelaki petang semalam. Sebal hatinya memikirkan teman wanitanya yang seorang itu. Dia tidak mahu bersangka buruk atau cemburu tidak tentu pasal namun cemburunya berasas. Dibiarkan telefonnya menjerit seketika. Hatinya masih ligat memikirkan suri. Teman yang dianggap sebagai ‘soulmate’nya. Namun baginya, tidak semestinya dia dan suri harus berakhir sebagai suami isteri walaupun dia dan suri saling memahami. Selama ini tidak pula dia cemburu dengan mana-mana lelaki. Namun kali ini perasaan cemburunya membuak-buak. Dia membayangkan bagaimana lelaki berambut kerinting itu mula mengambil alih tugasnya pada suri. Jika dulu dialah lelaki paling rapat dengan suri tetapi bila memikirkan dirinya telah diganti membuatkan hatinya sakit. Bagai kehilangan sesuatu yang berharga, sangkanya suri dan lelaki itu mungkin tidak seserius mana sehinggalah nadia bercerita terserempak dengan suri membawa teman lelaki berambut kerinting pulang ke kampung. Aku mesti berbuat sesuatu bisiknya. Diambil kunci keretanya dan bergegas ke garaj. Dipandu laju kereta itu kerumah suri.

Sesampai dirumah suri, firkan memberi salam. Setelah beberapa kali barulah sahutan salamnya dijawab. Kelihatan kak ain mengekek keluar. Dia mengerutkan dahi.

“suri x de fiirkan. Dia balik kampung.” firkan menggaru kepala. Dia bergegas tadi sehingga terlupa yang suri berada di kampung.

“pukul berapa dia balik kak? Saya kol dia x angkat” propanya pada kak ain.

“kejab lagi sepatutnya sampai la kot. Tunggu la kejab” kata kak ain.

“x pe la kak saya tunggu”

Setelah mengucapkan terima kasih dihayun langkahnya ke kereta. Dicapainya rokok dan dihembuskan ke udara. Sesekali lehernya dipanjangkan mengintai kereta yang lalu lalang. Saat sampai rokoknya yang kelima kelihatan sebuah kereta honda putih berhenti di hadapan rumah suri. Dari kejauhan dia dapat melihat dengan jelas susuk tubuh lelaki berambut kerinting itu dengan suri. Dikuaknya pintu kereta dan berjalan ke arah suri.

“hi suri. We need to talk” suri jelas kelihatan terkejut dengan kedatangan firkan. Rizki menghulurkan tangan untuk bersalam namun tidak bersambut. Jelas marah benar firkan pada rizki. Seakan rizki telah menawan tanah jajahannya. Suri terdiam memandang apa yang berlaku dihadapan mata. inilah kali pertama dia berjumpa dengan firkan setelah perjanjiannya dengan rizki. Firkan mati akal bila melihat suri masih membatu dan tidak menyahut kata-katanya.

“suri, saya datang sini sebab saya nak perbaiki hubungan kita suri. Suri please” ujar firkan. Digamit lengan suri. Suri berusaha menarik lengannya. Dia tidak rela begitu.

“let go of her hand. She’s mine now. Pls respect me as her boyfriend.”ujar rizki merenung firkan. Firkan melonggarkan genggaman. Lemah mendengar kata-kata rizki.

Suri melangkah ke belakang menjauhi firkan. Rizki melangkah mendekati suri kemudian berbisik di telinganya.

“He’s urs now, lelaki tak suka barang maninannya diambil orang lain. Go talk to him, dan ingat, i am ur boyfriend not him. Lelaki sejati akan cuba rampas balik barang kepunyaannya yang telah diambil. Believe in urself ok.”Rizki berlalu meninggalkannya dan firkan. Suri terdiam merenung firkan yang masih berdiri.

‘lets talk”ujar suri


4 comments:

muhammad said...

'macho' tu suri. 'lets talk' tuu..hehe :) n Luqman Rizki ni pandai brkata2 n menyusun kata la.. :) mmg romantis lagak dia. makin best smbungan nih.

sarah, sy cadangkn wak tulis je novel. klu ada modal, terbitkan trus 'ada untukmu' ni jd novel. insyALlah ramai org akn minat. :) wak buat slamba je, mcm adibah nor tu, yg terbitkn album lagu sndiri. cadangan sy je. :)

nuna_sarah said...

mak aih..
skang ngah merangkak search mna2 publisher n cari mane2 manual n panduan utk saya belajar menghantar

kena kuat n tabah ni untuk menghadapai-PENOLAKAN
tp x pe
no mesti berpasangan dengan yes...
no x kn dtg sorang selamanya

*_*

muhammad said...

em, insyaAllah, klu ada mklumat, sy bgtau wak. sy ada kenalan kalangan penulis n wartawan. nnti sy cuba tnya2 dorg tgk.

aah, sbb pnolakan mmg suatu ksakitan.
mmg betul sgt tu-no bpsangn dg yes.
"inna ma'al 'usri yusro.."

nuna_sarah said...

thanks muhammad

Click Me

Related Posts with Thumbnails