Wednesday, July 8, 2009

Ada Untukmu - Part VI

sori sangat kat kawan2 n mana2 yang menanti ada untuk mu..aku rasa mesti ramai da putus asa ngan sarah...sebab lama x update n x penuhi janji dia

soriiiiiiii...ampun..dan disini -ada untuk part 5...aku tahu yang ni masih ade bunyi yang canggung..i try my best




Rizki kemudian mengatur langkahnya ke arah ayah Suri. Suri masih memerhati dari kejauhan. Marahnya masih belum reda namun rizki seolah-olah tidak mengendah langsung amarannya. Dia bergerak ke belakang kereta mengambil begnya kemudian memanggil sepupunya supaya menolong dia mengangkat beg. Beberapa orang sepupu perempuannya menjengukkan kepala. Dia melambaikan tangannya membalas senyum. Suri tahu, bukan dia yang diintai tetapi Rizki. Barangkali ica sudah sibuk bercerita di atas rumah.

Dari tempat dia berdiri dia nampak rizki sudah mengambil tempat duduk di pangkin disebelah ayahnya serta pak teh dan pak ngahnya. Suri mengerutkan dahi. Dimaniskan mukanya sebaik mungkin dan mengatur langkah ke arah ayahnya.

“ayah apa khabar?”dia menyalami ayahnya diikuti pak teh dan pak ngahnya.

“baik. Kamu ni, nasib baik si Luqman ni ada. Kalau tak, tak dapat la kamu balik..ayah da selalu pesan da. Buat sesuatu tu biar ada perancangan baru tak tergesa-gesa. Tengok ni apa yang jadi.”namun saat itu, telinga suri tidak menangkap lagi kata-kata ayahnya. Dia memandang tepat Rizki. Luqman? Dia sendiri tidak mengetahui nama sebenar Rizki. Rizki hanya mengangkat kening memandangnya sambil tersenyum seperti biasa.

“sudahla tu, ha suri, ajak si Luqman naik. Apa duduk kat bawah ni. Pergi naik, suruh mak cik kamu buat air.”ujar pak tehnya. Suri dan Rizki meminta diri beriringan masuk.

“luqman?”suri tak dapat menahan dirinya dari tergelak. Dia memegang perutnya.

“kenapa? X kn la awak ingat nama sebenar saya Rizki kot?”rizki mengangkat kening tak berpuas hati dengan gelagat suri.

“x la..sebab saya rasa nama luqman tu tak sesuai dengan awak..Rizki lagi sesuai...luqman tu macam budak baik...”ujarnya dengan ketawa yang masih bersisa.

“suri...”suri mengalihkan pandangan. Ibunya melangkah menuju kearah dia dan rizki di ruang tamu. Dia pasti ica pasti sudah bercerita dengan ibunya.

“mak..maaf mak, suri tak sempat nak cakap kat mak mlm tadi suri jadi balik..”ibunya tersenyum sambil menyalami Suri. Dia memandang Rizki.

“errr..mak ni luqman..kawan suri”Rizki tersenyum mendengar kata-kata suri. Selesai berkenalan dengan rizki suri mengikut ibunya kedapur. Disitu kelihatan beberapa orang sepupu serta makciknya sedang menyiapkan persiapan untuk kenduri malam nanti. Suri tidak mengendahkan suara sumbang beberapa orang sepupunya mengusiknya.

“mak long, mak long lepas ni, mesti ada kenduri besar lagi. Ada orang dah bawak balik buah hati”usik amira, anak pak ngahnya.

“tak ada apa-apa lah”ujarnya malas melayan. Dicubitnya amira sebelum ke ruang tamu membawa air untuk Rizki. Digamitnya amira supaya menolongnya membawa kuih. Gadis berusia 23 tahun itu tersengih memandang Rizki.

“jemput makan abang long. Nasib baik ada lagi kuih yang tinggal untuk abang long”ujarnya sambil meletakkan kuih. Semakin lebar sengih Rizki. Tidak sempat suri mencubit amira, dia sudah beredar melarikan diri.

“ini semua awak punya pasal tau. Da, lepas minum air ni awak balik.”suri bersuara. Belum sempat Rizki meneguk minumannya ayahnya datang menyertai Rizki. Suri beredar memberi ruang pada ayahnya bersembang dengan Rizki. Dia kembali ke dapur mengambil air untuk ayahnya. Sekembalinya ke ruang tamu, dia makin tidak keruan bila mendengar tuturan ayahnya.

“tak apa, kamu tak usah balik lagi hari ni. Nak kemana cepat-cepat. Malam ni kamu tidur kat rumah pak cik dulu, esok baru balik. Kalau tak ada kerja kamu balik saja dengan suri hari ahad ni. Rumah pak cik ni rumah nenek suri, jadi ramai la sanak saudaranya kalau ada kenduri. Tapi kalau kamu tak kisah, x ada masalah”ayahnya mempelawa Rizki.

“bukan macam tu pak cik. Saya memang tak ada aral pak cik. Kalau pak cik dah ajak tak sopan pulak saya menolak. Takut mengganggu keluarga dan acara pak cik nanti”ujar Rizki menjeling suri. Suri mengetap gigi memandang Rizki.

“apa pulak ganggu. Kamu pun kawan suri, da tolong anak pak cik. Sudah la tu. Hari ni tak payah balik.”kata-kata ayahnya yang terakhir membuatkan suri bagaikan lemas. Dia menjeling rizki membawa diri ke dapur.

“ha suri. Kamu nak kemana? Nanti kamu tunjukkan si luqman ni bilik akil, dia tentu da penat memandu malam tadi. Kamu buat lah macam rumah kamu sendiri Rizki. Kamu nak mandi ke, nak tidur ke, nak makan ke. Ikut lah. Pak cik turun dulu, jab lagi nak sembelih lembu ni”Suri menyorot pandangan melihat ayahnya menghilang di sebalik pintu utama. Dia memandang Rizki yang tersenyum puas.

“awak memang dah rancang ini kan. “suri memandang Rizki marah. Rizki tersenyum lagi dan saat itu suri terasa seolah-olah rizki sedang mengejek dirinya. Tidak lama kemudian dia melihat adiknya akil melangkah masuk.

“akil, nanti tolong kakak tunjukkan abg luqman ni bilik akil. Kakak ada banyak kerja kat dapur”Akil bergerak bersalam dengan Rizki. Suri malas melayan dan bergerak meningggalkan adik lelakinya bersama Rizki.

Suri mengahabiskan masa bersembang dan menolong menyiapkan persiapan memasak kenduri malam nanti bersama sepupu dan mak ciknya. Bercerita tentang perkembangan masing-masing. Mendengar celoteh mak cik dan sepupunya membuatkan dia lupa kehadiran Rizki. Entah apa yang dibuat mamat tu, bisiknya. Dia bingkas bangun, membasuh tangan kemudian menuju ke bilik akil. Dia mengetuk pintu bilik berkali melaungkan nama Rizki namun tiada jawapan. Perlahan dia menguak pintu, tiada sesiapa didalam. Matanya melilau mencari kelibat Rizki namun dia hampa. Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang. Dia berpaling melihat akil, adiknya yang berusia 15 tahun itu tersengih.

“apa kakak intai bilik orang bujang ni. Intai abang long ke kak?”soal akil tersenyum mempamerkan lesung pipitnya.

“oooohh..pandai mengata akak sekarang”ujarnya sambil memulas telinga satu-satu adik lelakinya itu. Dia lah permata, dia lah juga racun bagi ayah dan ibunya.

“kak sakit kak. Ape pulas telinga orang ni. Malu kat orang kak. Abang long eh-abg luqman kat bawah la kak ngah nak tumbangkan lembu tu”suri melepaskan tangannya. Tidak percaya apa yang diluahkan adiknya. Dia berlari menuju ke tingkap mengintai Rizki. Dari kejauhan dia melihat dengan jelas Rizki sedang menolong ayahnya memotong daging lembu yang baru sahaja disembelih. kelihatan tangannya berlumuran darah tanda dia turut serta menolong ayahnya. Sudah menjadi tradisi bagi keluarga suri bergotong royong untuk menumbangkan lembu bagi kenduri arwah datuknya.

“dari tadi abang luqman tolong. Ayah tak bagi tapi dia nak tolong gak, Akak je tak tahu.”akil menambah di belakang. Dia menjeling adiknya.

“berapa dia bayar kamu suruh kamu jual nama dia ni?”soal suri. Akil tersengih-sengih. Suri kembali memerhati Rizki yang sedikit pun tidak kelihatan canggung untuk menolong ayah serta pak ciknya. Sesekali dia bimbang, dia bukanlah datang dari keluarga yang senang, ayahnya Cuma seorang bekerja kampung dan ibunya suri rumah sepenuh masa. Itu salah satu sebab utama dia mencari peluang kerja di Kuala Lumpur. Lamunannya terhenti bila terdengar suara memanggil namanya. Dia berpaling ke belakang melihat insyirah. Chempaka Insyirah adik keduanya yang sedang menuntut di UiTM Dungun berdiri tegak dibelakangnya.

“bila masa pulak kak long syirah ni pandai intai2 orang ni?”sindir insyirah.

“angah ni. Bila sampai? Terkejut kak long”ujarnya menghulurkan salam kemudian mencium pipi adiknya itu.

Mata insyirah ligat memerhatikan susuk tubuh kakaknya. Jelas di matanya, kakak sulungnya itu semakin kurus. Kepala inyirah ligat berligar-ligar beberapa soalan yang ingin ditanyakan namun segalanya hilang bila dia terpandang susuk tubuh yang amat asing dimatanya.

“Kak long, siapa yang pakai baju biru tu? Inyirah bergerak ke tingkap” kawan adiknya kah? Atau teman lelaki sepupunya? Insyirah cuba meneka mana-mana sepupunya yang mungkin membawa pulang teman mereka. Namun serta merta dia tersenyum apabila melihat perubahan riak wajah suri.

“ooo...kak long intai sape td? Curang kt Firkan eh?” laju insyirah meneka. Belum sempat dia meneruskan usikannya, kak longnya sudah bergerak meninggalkannya. Dia membiarkan kakaknya berlalu sambil matanya melirik susuk Rizki di luar rumah. Akan aku selidik sampai ke pangkalnya, bisik insyirah sambil tersenyum.

Malam itu sebelum tidur, insyirah merenung kakaknya. Dari petang tadi berlegar beberapa perkara difikirannya. Berkaitan Firkan, berkaitan Luqman, hatinya meronta-ronta untuk mengetahui perkara sebenarnya.

“kak. Angah nak tanye ni. Akak ngan Firkan macam mana?” suri berhenti dari menyisir rambutnya. Memandang insyirah dari sebalik cermin di hadapannya. Seharian dia cuba mengelak dari inyirah. Dia tahu adiknya itu pasti akan lincah bertanya.

“macam mana apa plak syirah. Biasa je. Macam tu je lah”suri bersuara lemah. Seketika dia terasa tangannya di pegang.

“kak long tak mungkin berubah hati macam tu. Syirah kenal kakak syirah. Kak long da lama suka dia. Apa dah jadi kak long?”dia menggemgam tangan kak longnya. Dilihat air mata kak longnya menitis. Ketika itu dia melingkarkan tangannya memeluk kakaknya. Hatinya mula mengutuk Firkan. Jantan x guna bisiknya, mangkuk hayun, buat kakak aku menangis-jangan ko jumpa aku, klu aku jumpa ko-siap ko aku kerjakan, bisiknya.

“apa yang berlaku Kak long? Kenapa tak bagitahu langsung kat syirah? Kak long tahu kan kak long boleh cerita apapun kat syirah. Pasal Firkan atau pasal abang long syirah kat luar tu .”Suri meleraikan pelukan mencubit lembut peha insyirah. Dikesat air matanya.

“jangan panggil dia macam tu. Sesuka dia nak ngaku jadi abang long. Sapa yang suruh entah”marah suri. Dia mengesat saki baki air matanya. Mulut berterusan mengomel memarahi rizki.

“ai kak, bunyi macam tak suka je? Syirah tak tahu plak sejak bila akak suka dengan type macam tu. Tak macam Firkan”ujarnya.

“bila kak long cakap kak long suka dia. Da la syirah panjang cerita dia”ujar suri menepuk-nepuk bantal.

“tak pe kak, kita ada malam yang panjang..syirah nak tahu semua. Tak nak tertinggal satu pun. Pasal firkan dan pasal abang luqman tu ha”ujarnya melabuhkan kepala ke katil menghadap kak longnya. Mahu tak mahu suri mula bercerita pada pada insyirah dari saat dia mula Firkan menolak cintanya sehingga dia bersetuju menjadi kekasih Rizki.

“jab-jab. Maknanya akak sekarang memang betulla ngan bang luqman tu?”soalnya.

“secara teknikalnya ya tapi tak la...kan kak long da cakap kak long buat macam tu sebab nak dapatkan Firkan.”

“kak, maaflah kalau syirah nak kata ni eh. Firkan tak berbaloi la kak. Dia da buat macam-macam kat akak. Mainkan perasaan akak. Orang macam tu tak layak untuk akak. Malah syirah rasa tak layak untuk sapa-sapa pun”insyirah bersuara meluahkan perasaan tak puas hatinya.

“entah la angah. Kak long pun kalau boleh nak benci dia syirah. Tapi tak dapat. Kak long tak dapat buat macam tu”

“da tu yang kat luar tu macam mana kak long. Kalau da dapat Firkan x kan kak long nak tolak dia tepi macam tu je. Dia pun ok what. Lagi ensem dari firkan, Cuma mungkin mereng sikit kot..hahaha...tapi x kn kak long tak rasa apa-apa lansung? X kan dia x de makne langsung kat hati kak long” suri terdiam sejenak, mencongak-congak apa yang perlu dijawab soalan Insyirah. Sebelum dia sempat menjawab pintu biliknya dikuak. Satu tubuh kecil melangkah masuk.

“kak long, kak ngah, ica nak tidur sini.”insyirah membulatkan matanya. Memarahi Chempaka Zulaika yang dipanggil ica oleh keluarganya.

“ica da cakap kat mak belum ni? Karang mak x jumpa cari kang”ujar suri menarik ica naik keatas katil. Gadis kecil menganggukan kepalanya. Ica memandang kak ngahnya kemudian menjelirkan lidahnya tanda protes.

“heh...ica p tidur luar la. Kak ngah ada hal ngan kak long ni”ica bersuara. Namun ketika ica sudah siap menarik selimut membaringkan diri ditengah-tengah antara insyirah dan suri.

“ica...ish budak ni...kak long sambung balik”insyirah mendesak suri.

“da la angah, esok je la. Ica pun nak tido ni. Tidur dulu eh” suri turut menarik selimut. Insyirah mencemik bibir, tidak berpuas hati dengan jawapan suri. Namun dia tak dapat berbuat apa-apa sehingga menunggu jawapan suri pada esoknya.

Insyirah berdiri di belakang Rizki, meneliti lelaki itu. Sejak dari semalam dia tidak berpeluang bertegur sapa dengan lelaki yang didakwa sebagai abang long oleh ica. Hanya memerhati dari jauh sahaja. Meneliti tingkah dan perlakuan Rizki dari kejauhan. Ternyata lelaki itu boleh bergaul dengan baik dengan keluarga dan sanak saudaranya. Adik bongsunya dan adik tunggal lelakinya ternyata menyukai lelaki berambut kerinting itu. Walaupun perwatakan luarannya nampak sedikit urban, namun dia tidak kelihatan canggung sepanjang seharian di rumahnya. Insyirah berdehem beberapa kali agar Rizki sedar kehadirannya yang sedang kelihatan khusyuk memerhatikan kak longnya di hujung laman.

Rizki ternyata terkejut bila dia menyedari Insyirah sedang merenungnya. Rizki akui, wajah suri dan adiknya ini saling tak tumpah, berkulit kuning langsat, berbibir merah dan punyai wajah yang lembut serta mata yang tajam pandangannya. Seperti Suri, tudung itu tak pernah terlepas dari melitupi rambutnya. Kagum rizki dengan didikan pak cik sufian kepada anak-anaknya. Rizki menghulurkan senyuman. Insyirah tersenyum tawar dan bergerak berdiri disebelah Rizki memandang kak longnya yang sibuk bersembang dengan mak teh dan pak tehnya.

“saya tak tahu apa niat awak berkawan dengan kak long saya. Mungkin awak lihat kak long saya seorang yang lemah dan senang untuk didekati. Atau mungkin awak ada niat lain saya tak tahu. Tapi saya nak awak ingat, saya orang pertama yang akan berdiri untuk kak long saya sekiranya dia disakiti.”Insyirah bersuara tegas. Rizki mendengar tenang. Ternyata, perwatakan adik suri ini begitu berbeza dengan suri. Rambut sama hitam, hati lain-lain, bisinya sendiri. Insyirah ternyata lebih outspoken dan berani berbanding kakaknya yang lebih lembut dan lebih pemendam. Rizki tersenyum. Cuba memikirkan kata-kata terbaik yang wajar untuknya ditutur kepada Insyirah.

“awak nak tahu apa yang saya rasa pasal kakak awak sebenarnya?...kadang-kadang saya rasa saya dah gila. setiap pagi bila saya bangun tidur saya nak wajahnya yang saya pandang sebab itulah tenaga saya pada hari itu, bila penat balik kerja, saya nak lihat senyumannya sebab ia akan buat saya lupa segala penat saya dan kalau boleh, saya nak lihat wajahnya sebelum tidur sebab itu akan jadi mimpi saya, setiap kali dia menangis-saya nak keringkan airmatanya sebab ia buat saya pun rasa sakit. I never felt like this before. I think i’m gonna be crazy. Mungkin sebab tu jugak saya tetiba buat deal tu ngan kakak awak. I’m lost with her. Saya pun tak tahu kenapa, dont ask me. I dont have the answer. Tanya yang di Atas, sebab Dia yang mengatur segalanya” lancar kata-kata rizki meluncur dari mulutnya.

Sehabisnya tutur Rizki, dia terdiam. Memikirkan sendiri apa yang telah meluncur dari mulutnya. Dia mengerutkan dahi. Terasa loya dengan kata-kata sendiri. Dia seolah sedang menghumban dirinya dalam satu lubang besar. Rizki memandang insyirang yang memandangnya tidak berkelip seolah-olah rizki tidak memakai pakaian. Rizki menyesal, amat menyesal.


3 comments:

munie said...

akhirnye..
post jgk entry ni..
huh..
tp..
ble nk abis..???
name luqman x menahan..
remind me 'bout sum1, same name..
hehe..
and..
xperlu r sbut name pnuh aku boss..
hahaha..!
bke email mg n reply..

muhammad said...

sy -spt jgk suri yg tkleh tahan- tgelak besar bila prtama kali baca nama Rizki sbg: Luqman. haha. klakar!.. :)

sy sronok, suka n senang hati dg suasana, sikap n ramah tamahnya ahli kuarga suri. bak kata pepatah: "org memberi, kita merasa. org berbudi, kita berbahasa." --rizki, ko jgn main2 eh, ko dh bg signal kuat dh tu n harapan yg tinggi la jgk dg kata2 manis ko tu yg sarat dg 'feel' mndalam kt dpan insyirah. insyirah pn dh trkedu tu. cnfirm dia lapor pd kaklong dia pasni..:) n rizki, ko tak perlulah rasa loya dg kata2 bibir ko tu. mmg patut pn ko luahkn n ckp cmtu, ok. :)

nuna_sarah said...

wei muniee..aku pun klu boley nk habiskan mlm ni gop cte ni
cuma komitmen x mengizinkan
byk idea tp x dop mase nk menaik

to muhammad-saya suka awak seronok

n ntah dari mana saya leh dpt idea nama luqman tu ntah?
n munie aku mmg x dop niat apa2 mse letak nama luqman tu-sumpah

^_^

Click Me

Related Posts with Thumbnails