Monday, November 10, 2008

ada untukmu-part 1

assalamualaikum.

sebenarnya ini kali pertama aku ngan beraninya mendedahkan tulisan aku kepada umum. hahaha. ini bukan lah tulisan aku yang pertama. kt PC aku kt umah berlambak-lambak lagi. jadi ini kira my fisrt baby aku yang aku reveal kt korang. crita x berkait ngan yang hidup atau yang mati. tapi sesetengah watak yang aku ambil diinspire oleh certain2 person yang pernah aku kenal. 2 pun klu korang perasan.hahahaha..to syakir:hari ni aku bagi post yang agak panjang untuk ko baca...hahaha..n please guys--ringankan tangan anda untuk memberi komen, kritik, telahan n watsoever. aku ambil ia sepositif yang mungkin..komen anda akan menentukan sama vida part II akan diteruskan atau tak..happy reading guys


Laju dihayun langkahnya yang semakin tak teratur tanpa arah. Kemana lagi nk dituju? Kemana lagi nak dibawa hatinya ? hina sangatkah dirinya? Salah dirinya meminta apa yang patut dimiliki? Runtun hatinya memikirkan nasibnya.
“Salah ke yang saya tanya?” Suri memandang tepat ke wajah Firkan. Cuba mencari kepastian yang selama ini bermain-main difikirannya. Sekian lama Firkan bermain tarik tali dengannya.
“Awak dah salah faham. Kita Cuma kawan” laju Firkan menuturkan isi hatinya. Saat itu bagai sebeban batu mengjempap diri. Rasa marah, malu, sedih dan sakit hati berbaur. Terasa dirinya diperbodohkan, diperkotak katikkan.
“Salah faham? Jadi selama ini saya yang salah faham, selama ni saya yang buta? 2 tahun bukan masa yang sekejab Firkan. Bukan dua bulan, bukan dua hari” ditahan air mata yang mula bergenang. Dia perlu kuat dihadapan Firkan. aku perlu menang hari ini bisik hatinya. Aku perlukan kepastian. Dia sudah letih memegang awan, di genggam tak dapat, hanya indah dipandang.
“Suri, do we need to talk about this, you just ruin the mood. Suri, kita balik ya?” tenang Firkan memegang tangannya. Direntap tangan Firkan. Seumur dia berkawan dengan Firkan, tidak pernah dia mengasari Firkan sedemikian.
“Suri. Janganlah. Kita kan da kawan lama, kita-“
“Stop. You just stop here ok”belum sempat Firkan menghabis tuturnya cepat dia memotong. Sebolehnya saat itu juga dia ingin melompat keluar dari kereta Firkan. Hujan diluar turun lebat seperti airmatanya. Firkan memandang dengan terkejut. Mana mungkin ditinggalkan Suri disitu. Hujan masih lebat, malam kian larut. Padanya dia bukanlah orang yang sanggup meninggal seorang perempuan dalam keadaan begitu. Dia mungkin tidak cintakan Suri tapi bukan gila untuk tinggalkan Suri disitu.
“Firkan, you better sop. Atau aku buka pintu ni..jeritnya. dibuka pintu walaupun kereta Firkan masih meluncur dijalan.
“ok-ok aku berhenti.”
Belum sempat kereta berhenti sepenuhnya. Suri sudah berlari keluar dari kereta, hilang dalam hujan.
“Suri..Suri” terkejut Firkan dengan tindakan Suri. Tidak disangka sejauh itu pertimbangan Suri malam itu. Timbul perasaan bimbang di hati Firkan. Bimbang keselamatan Suri. Ingin dipujuk Suri namun dirasakan sia-sia. Dia tahu, jika memujuk Suri disaat ini sama seperti mencurah air di keladi.
Jeritan Firkan tidak dipedulikan. Apa yang lagi yang tinggal untuknya. Cintanya pada Firkan dianggap hanya salah faham. Mudah bagi Firkan tapi sukar baginya. Selama ini, pada Firkan dia menaruh perasaan, Firkan tempat dia mengadu, pada Firkan diletakkan seluruh harapannya. Malam itu, sepanjang jalan dicuba untuk hilangkan perasaan sedihnya.
Perlahan langkahnya dihayun menuju ke rumah sewa yang samar-samar kelihatan. Dikuatkan hatinya, air matanya dikesat. Sedihnya perlu ditutup, hibanya perlu disorok. Perlahan pintu rumah dikuak, Syukur, rakan rumahnya masih belum pulang. Rumah sewanya sunyi sepi. Begitulah keadaanya setiap hari. Orang berteman memanglah begitu. Pujuk hatinya. Selesai mandi Suri menghenyak badannya di katil. Perasaan sedih cuba dibuang, semakin kuat dia mencuba semakin bertubi-tubi perasaan sedih menyerang. Malam itu, Suri tertidur dengan linangan air mata memikirkan hari esok yang bakal tiba.
Pagi itu, dia terlewat bangun. Sakit kepalanya akibat menangis malam tadi masih terasa. Dilihat matanya dicermin. Sembab. Apa lagi yang patut diberi alasan pada rakan sekerjanya hari ini. Semalam ditipunya alahan tersalah makan soya. Apa lagi hari ini. Sudah seminggu dia begitu. Sudah seminggu juga dia tidak membalas dan berjumpa dengan Firkan. Firkan dihindari sebaik mungkin. Nombor Firkan didelete dari telefonnya, id YM Firkan ditukarkan ke ignore list dan turut bertindak memblock akuan Friendster Firkan. Firkan baginya umpanya virus sekarang. Perlu dijauhi sebaik mungkin.
Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Salahnya juga, diikutkan perasaan hibanya sepanjang malam. Sekerat malam dia menangis. Tiba-tiba telinga Suri menangkap bunyi radio dipasang kuat. Inilah kali pertama dia mendengar bunyi radio yang dipasang dengan begitu kuat di kawasan kejiranannya. Bunyi radio tersebut betul-betul kedengaran dari rumah sebelah. Setahunya, rumah sebelah masih belum berpenghuni. Maklumlah kawasan perumahan yang baru dibuka. Masih terdapat rumah-rumah yang masih kosong belum berpenghuni. Deretan rumahnya sendiri masih banyak lagi yang belum berpenghuni. Kadang-kadang gerun difikirnya kerana pada waktu malam kejiranan itu agak sunyi. Namun dia tidak banyak pilihan kerana sewa di kawasan tersebut murah dan dekat dengan tempat kerja. RM 400 sebulan untuk rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Sudah berpenghuni agaknya rumah disebelah. Lega hatinya, mungkin selepas ini dia boleh berkenalan dengan jiran baru.
Tergesa-gesa Suri keluar dari rumahnya pagi itu. Sempat dikerlingnya ke rumah sebelah. Terdapat 3 buah kereta yang diparking dihadapan rumah. Sebuah wira diparking di dalam pagar, honda city putih dan sebuah volksvawen kuning betul-betul di belakang Myvi Suri. Semalam sewaktu dia sampai ke rumah parking itu masih kosong. Kereta rakan serumahnya yang diletakkan didalam pagar membuatkan dia terpaksa meletakkan kereta di luar pagar. Sudah seminggu dia tinggal keseorangan lantaran rakan serumahnya mengikuti kursus induksi perkhidmatan selama 3 minggu. Dalam tergesa-gesa Suri mereverse kereta, tidak sedar dia melanggar volkswagen kuning dibelakang keretanya. Berdentum bunyinya. Kelam kabut dia keluar untuk melihat. Malang nasibnya pagi itu. Lampu kiri kereta volkwagen kuning pecah. Muka Suri berubah menjadi pucat. Selama dia memadu dia tidak pernah terlibat dengan sebarang kemalangan. Namun pagi itu nasibnya agak malang.
Sedang dia mengendap-ngendap kereta volkswagen tu, pintu rumah jiran barunya terkuak. Keluar seorang lelaki yang memakai boxer dengan singlet. Mukanya jelas menunjukkan yang dia baru bangkit dari tidur. Suri beralih memberi ruang pemuda tersebut melihat keretanya. Berkerut-kerut dahinya memandang lampu keretanya.
“maafkan saya encik. Saya tak sengaja. Salah saya.” Menunduk nunduk suri memohon maaf. Takut untuk melihat muka pemuda tersebut.
“tak apalah. Da pecah nak buat macam mne” selamba pemuda tersebut menuturnya. Terlopong Suri mendengarnya. Biar benar orang ni. Telahnya pemuda tersebut akan memaki hamunnya. Rasa bersalah masih bersarang.
“saya ganti. Saya salah. Sekejab”. Diseluk handbag yang disandangnya. Bila dibuka handbagnya, baru disedari didalam pursenya hanya terdapat beberapa keping duit seringgit. Serta merta mukanya berubah merah. Pemuda tersebut masih tenang melihatnya.
“hmmm..macam ni.sekarang ni saya tak ade cash. Balik nanti saya bayar. Saya janji. Hmmm..kalau encik tak percaya. Ini namecard saya. No telefon saya ada kt situ. Encik tak payah bimbang. Saya akan bayar. Saya pun tinggal di sebelah rumah encik sahaja” berkali-kali ditekankan perkataan bayar agar lelaki tersebut tak melenting. Berkerut-kerut dahi lelaki tersebut. Namun disambut juga namecard yang dihulurkan. Apahal mamat ni, lantak ko la. Bisik hati Suri.
“awak betul nak bayar?” duga lelaki tersebut.
Laju Suri mengangguk.
“mahal tau” kedengaran bunyi sinis disebalik pertanyaan tersebut. Dia mengerling sticker P yang kelihatan masih baru ditampal di belakang Myvi tersebut.
“ya, saya tanggung”tidak berani dia menentang pandangan tajam pemuda tersebut. Ditambah perasaan segan kerana lelaki tersebut hanya berpakaian sebegitu. Tak senonoh betul bisiknya.
“ok. Tak banyak kedai jual lampu ni. Saya pun baru tukar. Harganya sebiji 150” bulat matanya mendengar angka tersebut. Dicongak congak angka tersebut dengan jumlah duitnya yang masih didalam bank.
“kalau macam tu, balik kerja karang saya bayar. Sekarang saya mintak diri dulu. Saya da lambat. Sory yeah”laju dia mengatur langkah walaupun kelihatan dia masih ingin berbual.
Terkebil-kebil lelaki tersebut ditingalkan begitu. Kemudian satu senyuman lebar terukir di wajahnya. Menampakkan 2 batang gigi taringnya. Dialihkan pandangan ke volkswagen kuningnya sebaik sahaja Myvi putih itu hilang dari pandangan. Hatinya bagai digeletek. Kemudian dia mengatur langkah ke dalam rumah. Di ruang tamu masih terdapat kotak-kotak barang yang masih belum sempat dikemas. Semalam, dia bersama dua lagi teman serumahnya sampai agak lewat dan tidak sempat berkemas.
“ko pehal pagi2 senyum ni ki?” soal ahcong sebaik sahaja Rizki memasuki rumah. Pelik melihat kawannya tersengih-sengih dipagi hari. Diputar-putar volume radionya.
“x de pape” ujarnya seraya menghenyakkan tubuhnya di sofa. Namecard yang sejak dari tadi dipegang ditatapnya. CHEMPAKA SURI. Senyumanya semakin lebar. Terbayang di fikirannya bagaimana kelam kabutnya gadis tersebut melihatnya pagi tadi. Apa yang menarik perhatiannya bagaimana gadis itu menyembunyikan pandangannya darinya. Dengan matanya yang masih sembab dan reaksi gelabahnya menarik hatinya. Comel.
“bunyi ape tadi?” Terpacul muka Pokok yang baru kuar dari biliknya. Rambutnya sudah cukup membayangkan yang dia baru sahaja bangkit dari tidur.
“x de pe. Minah sebelah 2 langgar kereta aku dowh” katanya sambil tersenyum. Pokok dan ahcong saling berpandangan. Pelik melihat Rizki tersenyum.
“da langgar apsal ko leh senyum lak? Da la kereta ko baru accident ari tuh. Baiki pun tak siap lagi. Bley senyum plak” ujar Pokok kehairanan. Dibelek beg pakaian di ruang tamu, mencari tuala.
“Sebab 2 aku gelak. Dia ingat lampu kereta aku yang pecah dia yang buat. Padahal memang da pecah. Lain-lain x de pe pun. Beria dia nak ganti. Tak sempat aku cakap pape dia da blah” dimain-main namecard gadis tersebut ditangannya. Pantas disambar Ahcong.
“Mak aih nama. Chempaka Suri.hahaha” tercetus gelak tiga sekawan dipagi hari itu. Pantas Rizki merebut kembali namecard tersebut.
“sudahlah korang. P mandi, nanti lori barang da sampai banyak kije yang perlu dibuat” Rizki melangkah masuk ke biliknya. Namecard digenggamannya diselit di celah beg pakaiaannya. Rasa mengantuk masih menguasai dirinya. Semalam sebaik sahaja balik dari kerja dia bersama Pokok dan Ahcong bergerak ke rumah barunya. Sewaktu hampir-hampir melelapkan mata semalam, telinganya menangkap sayup-sayup bunyi perempuan menangis. Pokok dan Ahcong memang sudah selamat berdengkur ketika itu. Seram sejuk tengkuknya mendengar, sudahlah dia sukar tidur di tempat baru. Rumah sewa barunya itu pula baru kali pertama diduduki dan merupakan kawasan kejiranan baru. Tidak mustahil bunyi yang didengarnya itu bunyi syaitan yang ingin menganggu anak adam. Dibiarnya sahaja bunyi itu menganggu telinganya. Dia sendiri tidak sedar bila dia terlelap.
Sebaik sahaja selesai mandi dia menjenguk ke belakang rumah. Terkejut dia memandang rumput dan lalang di belakang rumah. Lalang tumbuh segar bagai dibaja. Ini adalah kali pertama di menjejakkan kaki ke rumah sewa barunya itu. Sebelum ini, hanya Ahcong dan Pokok yang ditugaskan mencari rumah sewa baru. Kawan-kawan yang dikenalinya dari universiti lagi diberikan sepenuh kepercayaan mencari rumah baru untuk mereka. Nantilah bila ada masa akan dibersihkan belakang rumah sewanya itu. Bukan sahaja semak mata memandang malah mengundang bahaya. Siapa tahu, didalamnya bersarang ular atau binatang-binatang lain yang berbisa.
Dikerlingnya ke rumah sebelah. “tak ape encik. Nanti saya bayar. Saya pun tinggal di rumah sebelah je” terngiang suara gadis berbaju kurung hijau itu pagi tadi. Sekali lagi dia tersenyum. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke ampaian yang terletak di hujung pagar. Bulat mata memandang ke situ. Tak percaya apa yang dilihatnya. Tak lama kemudian pecah ketawanya. Diampaian tersebut, tersepit kemas patung seekor katak berwarna hijau. Dengan saiz yang agak besar, mungkin kalau didirikan separas dengan dadanya, matanya disepit elok di besi penyidai. Kaki patung katak yang panjang itu sekali sekala bergoyang-goyang di tiup angin. Kepunyaan gadis itukah? Mungkin. Masih terdapat sebuah lagi kereta di rumah jirannya itu. Mungkin masih ada orang didalam rumah itu.
Petang itu, sebaik sahaja Suri pulang ke rumah, tergesa-gesa dia ke belakang rumah. Tidak dipedulikan jiran barunya yang sibuk memunggah barang dihadapan rumah. Rumput yang masih basah itu menandakan hujan baru sahaja berhenti. Teringat patung kataknya yang dijemur di belakang rumah. Bangun pagi tadi, niatnya ingin menjemur patung itu lantaran semalaman patung basah dengan air matanya. Menjadi tempat dia melepaskan geram. Namun sebaik sahaja dia ke belakang rumah, bayang patung tidak kelihatan. Pelik, bisik Suri. Pagi tadi memang dia menjemur patung itu di ampaian. Lantas dia bergegas kebiliknya. Tiada disitu. Diintainya diruang tamu, mungkin tersalah letak. Namun pencariannya menemui jalan buntu. Mungkin patungnya itu sudah dicuri orang agaknya. Sebal hatinya memikirkan perkara tersebut. Sudah itulah satunya patung yang menjadi pelepas geram ketika marahnya pada Firkan.
Tetiba teringat pada Firkan semakin sebal hatinya. Apa yang dibaca di akaun Friendster Firkan di tempat kerja tadi cukup menyakitkan hatinya. Komen-komen rakan sekerja Firkan yang memuji-muji buah hati Firkan menyakitkan hatinya. Bertambah bengkak hatinya. Jika dibandingkan pun dirinya dengan buah hati Firkan itu, macam kucing kampung dengan kucing siam. Sepanjang berkawan dengan Firkan memang dia sedar Firkan mementingkan kecantikan luaran. Walaupun apa pun dibuatnya, kecantikan luaran tetap menjadi alasan utama. Tidak disangka kecantikan luaran tatap menjadi pertimbangan utama Firkan dalam memilih pasangan hidup. Sekali lagi dia mengeluh kecil. Teringat barang-barang kerja masih belum diangkat dari kereta, dia bergegas ke kereta. Ketika itu baru dia teringat urusannya dengan jiran barunya masih belum selesai.
Pagi tadi ketika tergesa-gesa ke tempat kerja dia melanggar kereta volkswagen kuning kepunyaan jiran barunya itu. Walaupun volkswagen itu kelihatan sudah berusia namun rasa bersalah tetap bersarang di hatinya. Sudahlah pagi tadi dia mengutuk dirinya kerana mengundang malu sendiri kerana terlupa mengeluarkan duit. Ini semua pasal Firkan, kutuk Suri. Digagahkan kakinya melangkah ke pagar rumah jiran. Walaupun perasaan malu dan segan bertuan di hatinya tapi digagah kan juga kaki. Dia tidak mahu mencari musuh apatah lagi dengan jiran sebelah. Biarlah perkara tersebut berakhir disitu sahaja. Dilihat dua anak muda sedang memunggah-munggah kotak ke dalam rumah. Mungkin dialihkan sewaktu hujan tadi.
“Assalamualaikum” salam diberikan antara dengar tak dengar. Kedua pemuda yang sibuk memunggah itu berhenti seketika dan saling berpandangan. Seorang kurus tinggi dan seorang lagi mempunyai iras chinese look. Namun pemuda yang ingin dicarinya tidak kelihatan.
“ye kak, cari sape?” ujar pemuda yang kurus tinggi itu. Sengihnya sampai ke telinga.
Kak? Dia panggil aku ‘kak’? guman Suri tidak berpuas hati..
“hmm..pagi tadi saya ada langgar kereta volkswagen kuning..saya tak pasti kereta sape tp rasenya tuan kereta tu tinggal kt umah ni kot” ujar Suri teragak-agak.
“oooh..inilah cik bunga ye? Jab ye. Saya rasa awak ni cari kawan saya ni. Rizkia...” laung si pemuda bermata sepet. Bertambah bulat mata Suri. Cik Bunga?, ini mesti pasal namecard yang diberinya pagi tadi. Bertambah-tambah sebal hatinya. Dia sudah hilang akal agaknya masih menunggu disitu. Sabar Suri, sabar. Sui memujuk dirinya.
“Cik Bunga nak masuk dalam dulu pun x pe. Tapi rumah kami bersepah lagi la..maklum la baru pindah.” Pelawa pemuda sepet itu lagi. Pemuda yang tinggi tadi masih tersengih-sengih. Tidak lama kemudian keluar pemuda yang dijumpainya pagi tadi.
Sebaik sahaja Rizki melihat kelibat gadis tersebut dihadapan pagar rumahnya, senyumnya mula terukir. Biar benar, minah ni nak bayar betul ke? Hati berkata.
“kenapa cik Chempaka Suri cari saya ni?” ditekankan nama gadis itu. Kelat muka gadis itu jelas kelihatan. Mesti sudah puas dia disakat oleh si Pokok dan Ahcong.
“ni Encik. Saya nak bayar ganti lampu kereta encik yang pecah ni”ujar dalam dengar tak dengar. Ditangannya dihulurkan sampul surat berwarna putih. Jadi betullah dia betul-betul nak bayar. Hati Rizki semakin digeletek. Senyumannya semakin lebar. Gadis tersebut tidak bergerak dari tempatnya berdiri. Dihulurkannya sahaja sampul tersebut. Ahcong dan Pokok saling berpandangan.
“Cik Chempaka Suri. Saya rasa awak da salah faham. Kan saya dah cakap tak payah bayar” huluran Suri tak bersambut. Berkerut-kerut dahi Suri. Main-mainkah mamat ni? Aku nak ganti dia tak nak plak. Gumamnya geram.
“Encik, salah saya, saya yang bertanggungjawab. Saya bayar” dihulurnya sekali lagi sampul itu.
Senyuman Rizki semakin lebar. Ganti nama encik yang digunakan gadis itu semakin menggeletek hatinya.
“kenapa awak gelak?” ujar gadis tersebut. Suara berbaur agak marah. Rizki mula merasakan suasana tegang itu.
“Cik Chempaka Suri, saya-“
“Suri” gadis tersebut menekan. Mungkin marah namanya dimain-mainkan oleh Rizki.
“ye Cik Suri. Macam ni. Awak tak payah bayar lampu tu. Sebab memang dia dah pecah, so x payah bayar. Bukan salah awak“ terang Rizki
“ye sebab da pecah la saya nak bayar. Kalau tak pecah buat ape saya bayar” Suri mencelah sebelum sempat Rizki menerangkan perkara sebenar. Rizki mula panas. Degil minah ni telahnya. Huluran sampul tersebut tetap tak bersambut.
“cik adik. Sekarang ni saya cakap melayu bukan cakap tamil. Lampu tu memang da pecah. Pecah sebelum awak langgar lagi. Sebab tu saya cakap awak tak payah bayar” ujarnya tinggi sambil mengangkat kening. Itulah yang kerap dilakukannya sekiranya dia tak berpuas hati dengan sesuatu.
“jadi, memang lampu tu da pecah dari awal ?” soal suri. Tidak percaya dia memperbodohkan dirinya dihadapan 3 lelaki yang baru dikenalinya. Hari ini sudah cukup malang baginya. Air matanya mula bergenang. Tahan suri tahan. Bisiknya
“ye cik Suri, itulah yang saya nak cakap kat awak dari pagi tadi. Tapi awak nak bayar jugak.” Terang Rizki
“Kenapa awak tak cakap awal-awal. Kenapa baru sekarang nak cakap. Kenapa semua orang suka tengok orang lain memperbodohkan diri” hilang encik yang digunakannya. Meluncur laju dengan amarah Suri. Laju Suri meningalkan rumah itu. Bimbang dilihat air matanya yang sudah mula luruh. Digenggam sampul surat yang berisi wang RM 150.00 itu. Dikatup kemas pintu rumahnya tanpa menghiraukan pemuda tadi melaungkan namanya.
“cik Suri, nanti” Laung Rizki. Bertambah berkerut dahinya. Sebentar tadi senyuman yang mekar dibibirnya hilang. Hilang bersama suri.
“tadi aku saja yang perasan atau memang minah tu menangis?” soalnya kepada Ahcong dan Pokok. Mereka berdua turut terpinga-pinga.
“aku rasa ye..o’o...aku rasa ko baru je buat musuh kat sini Rizki” ujar Pokok.
Rizki masih tak percaya dengan apa yang dilaluinya petang tadi. “Kenapa semua orang suka tengok orang lain memperbodohkan diri?” terngiang suara Suri ditelinganya. Dirinyakah yang dimaksudkan Suri. Sungguh tak berniat dihatinya untuk mempermainkan Suri. Dilihat patung katak disudut katilnya. Petang tadi dia tergerak hati untuk mengambil patung itu. Bimbang basah terkena hujan. Hajatnya ingin diberi kepada Suri tadi tapi lain yang dirancang-lain yang terjadi. Lama dia memikirkan apa yang harus dilakukannya. Sekejab berbaring, sekejab berdiri. Dijentik-jentik mata katak itu. Sesekali katak itu dipeluknya.
“ko cakap kat aku aku nak buat apa katak?” tersenyum dia sendiri. Sudah gila agaknya dia bercakap dengan patung. Tangannya tergerak untuk membelek tag katak tersebut. Terdapat tulisan tangan yang hampir hilang di tag tersebut. “wanting to fall in love with the person he love”. Apa maksudnya? Berkerut-kerut keningnya memikirkan maksud ayat tersebut.
Malam itu, Suri menangis lagi. Seperti tidak lengkap jadualnya setiap malam jika tidak menangis. Marah pada dirinya, marah pada Firkan. Marah pada keadaan. Semuanya bercampur menyebabkan fikirannya semakin berserabut. Peristiwa petang tadi turut menyakitkan hatinya. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan mereka kelak. Bila difikir-fikirkan memang salahnya. Memang betul penerangan pemuda yang bernama Rizki itu. Dia yang terburu dan menggelabah menyebabkan timbul salah faham. Sekali lagi dia mengutuk kebodohannya. Dalam sedu yang masih bersisa dia mendengan laungan salam dari luar rumahnya. Selama ini tidak pernah pula rumahnya dikunjungi orang pada waktu malam. Timbul perasaan takut pada diri Suri. Selama ini dikuatkan semangatnya untuk tinggal bersendirian setiap malam. Jika dulu Firkanlah yang selalu menemaninya dengan menelefonnya sepanjang malam sekiranya dia takut. Mana mungkin dilupakannya begitu sahaja.
Salam masih belum bersambut. Firkan kah yang datang? Duga Suri. Perlahan diselak langsir. Hampir menjerit dia melihat budak volkswagen kuning petang tadi berdiri dihadapan rumahnya sambil mengelek patung kataknya. Suri tarik tudung yang sedia tersangkut di kerusi untuk menutup rambutnya. Bagaimana patung tu boleh berada dengan dia? Gumannya sendiri.
Dari kejauhan Rizki dapat melihat Suri mengintai disebalik langsir. Dari petang tadi hanya kelibat Suri yang yang dilihat. Minah ni tinggal sorang ke? Bisiknya. Tidak lama kemudian Suri berjalan keluar menuju kearahnya.
“waalaikummussalam” Suri menyorong tudungnya kehadapan. Bimbang wajahnya yang sembab akibat menangis itu tadi dapat dikesan oleh pemuda itu.
“Cik Suri. Maaf mengganggu. Saya datang ni nak pulangkan patung ni. Petang tadi hujan dan saya ternampak patung ni di ampaian belakang rumah cik Suri. Kalau kena hujan bimbang rosak itu yang saya tolong angkatkan” terang Rizki dengan panjang lebar. Bimbang Suri mencelah kerana itulah yang selalu dibuat oleh gadis itu. Diintainya muka Suri dalam kesamaran lampu jalan. Walaupun di menundukkan wajahnya. Dia boleh melihat dengan jelas mata yang sembab. Menangis lagi kah dia? Soalnyanya sendiri. Namun tak terluah. Bimbang dihambur lagi oleh Suri. Mungkin memburukkan keadaan. Patung katak itu dihulurkan. Suri menyambutnya. Lantas patung itu dibawa ke pelukkannya.
“terima kasih” katanya sambil berpusing meninggalkan dia yang masih terkial-kial dihadapan pagar.
“cik Suri tunggu. Hmmm” jeritnya kuat. Bimbang laungannya tidak dihendahkan suri seperti petang tadi. Suri berhenti tetapi tidak berpaling kearahnya.
“cik Suri. Saya mintak maaf pasal pagi tadi dan petang tadi. Saya x ade apa-apa niat nak mainkan cik Suri..” jelasnya. Akhirnya berjaya juga dia meluahnya.
“bukan salah awak tapi salah saya. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum encik” suara Suri antara kedengaran tenggelam timbul.
“by the way-nama saya Rizki” namun ketika itu Suri sudah menutup rapat pintu rumahnya. Keningnya mula diangkat. Tidak puas hati diperlakukan sedemikian rupa.
“woooooo”kedengaran sorakan dan gelak ketawa dari teman serumahnya yang semenjak dari tadi mengintai dari dalam rumah mereka. Menunggu sekiranya Rizki di marah atau dihamun. Namun hampa.
Dari dalam rumah Suri boleh mendengar dengan jelas suara sorakan jirannya. Dilihatnya patung katak yang masih dalam pelukkannya.
“nakal ko eh. Pegi duduk umah jantan-jantan tu.”.dijentik jentik mata katak itu. Ditarik-tarik hidungnya. Kemudian dipeluk erat patung tersebut. Buat seketika Suri terpana. Bau patung kataknya itu sudah bertukar. Bau yang begitu nyaman dan menyelesakan hatinya. Lantaklah ko lah katak. Lantas sambil memeluknya lagi dan kali ini dengan lebih erat.
Lewat malam itu, ketika Rizki cuba melelapkan mata. Bunyi perempuan menangis itu kedengaran lagi. Sedunya jelas kedengaran. Bulu tengkuknya meremang. Takkan malam ni dia nak kacau aku lagi? Marahnya. Ditekup telinganya, dibacanya ayat kursi dan semua surah yang dihafalnya berulang kali. Dibacanya sehingga lelap matanya bersama alunan tangisan yang semakin sayup hening dalam dingin pagi.

18 comments:

Anonymous said...

hmmm..penulisan yng memberansangkan.. idea yg blh dikembangkan lagi..lepas ni blh hntr kat Alaf21..yeah...hasil nukilan :NUNA..wuiyooo....best2...bila dah kuar buku ni blh la bagi satu percuma kat akk eh sara...hehehhe

nuna_sarah said...

uiiih-2 panjang lagi langkah 2 kak..

the GLORIOUS EJ said...

sebenarnya, ada kaitan dengan yang masih hidup....cuma,pengolahan cerita diubah...eheheh...anyway, i like it...rasa mcm baca novel JK Rowling plak...heheh

nuna_sarah said...

Jk Rowling celah ko..yang masih hidup? hahaha--finally ade yang perasan. sape agaknya?

Anonymous said...

chaiyunk2

Baijat said...

bila aku baca ceritereka ko ni tertimbul soalan dlm kepala aku ni.....

- bila masa ko dapat ilham cerita ni? kebetulan? realiti atau fantasi?
- bila masa ko dapat type cerita ni? panjang tul

Apapun jiwang siot...

nuna_sarah said...

aku type kt umah la
bukan kt opis
upload je kt opis meh
ilham-----fantasi la x kn nk tulis crita sendiri

Anonymous said...

best la cite ko ni..
teror gak ko mengarang..
ape2 pn 'proud of u'..hehe

nuna_sarah said...

t la korang
to syakir : Firkan 2 bukan gay--how come ho leh ingat Firkan 2 gay

to aed: aku da sambung-t aku upload

Anonymous said...

cerita yg ada idea.dalam masa yg sm ada dicampurkan dgn kehidupan realiti kau. bila ada cerita yg realiti telah kau lalui, then dicampurkan dgn idea2 mmg akan menghasilkan penulisan yg baik.

Anonymous said...

orait la sarah...buat la part II pulak. sometime mengarang ni, kita dapat berkongsi, meluahkan perasaan kita, masalah kita...then kita akan jadi puas dgn apa yg kita buat. hasil nukilan hati la katakan... (cma)

nuna_sarah said...

part ii coming up soon!!
i'll try my best

Anonymous said...

mmandangkan rmai dh org komen cte mg..
aku pn xtau nk kte np dh..
juz 1 pktaan ni mgmbarkn sgale2 nye..
B E S T !!

Anonymous said...

crite best sbb crite x tertumpu pd crite cinte semate-mate, gelak besar gak bile bce crite ni.
Skunk ni sy nak smbng bce part 2

nuna_sarah said...

toce2...klu korang enjoy aku pun enjoy

Anonymous said...

haha...aku enjoy...

Anonymous said...

emm..sara best sgt..sedih, terharu..dpt rs mcm mn perasaan suri 2..sedihnya..wa3..nway, sara..keep the good work..love is like u make a coffee, u taste it b4 u gv 2 sm1 u love..

Anonymous said...

sedih..simpati..marah..sedap..menarik..kreatif. permulaan yg baik. lain dr yg lain. unik. sy cadang wak tulis novel, sarah. plot pun ok. dan, sy nampak wak bleh pegi lebih jauh, insyaAllah. lps novel, drama ke, filem je, teater ke.. keep writting sarah! (ni bru smpat sy baca posting novel wak. sy tahu wak ada tulis novel bersambung dlm blog nih, tp tak sempat nk baca dg detail n perlahan. sb sy sibuk ikuti posting wak yg lain. pasni, sy nk bca part 2 plk, insyaallah) best intro nih! :)

Click Me

Related Posts with Thumbnails