Wednesday, November 26, 2008

Cinta Yang Sempurna

Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…

Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh Oooh
Mungkin ini semua mimpi

*
Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu

**
Bawa aku
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu

Kasihku tempatku mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU

merajuk ngan dunia

moral aku down ari ni..kadang-kadang dan putus asa..arghhhh..x baik sara!!!!...tgk la..ape yang boleh boost blik semangat aku...bila tiba turn aku? kalaulah benda 2 semua senang seperti yang boleh diluah dengan kata---i'm not that good-not good enough

Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan

Monday, November 24, 2008

6/10 - Quarantine


mase aku tengah pilih movie apa yang nak ditengok-for sure mmg aku x nk tengok 007..nk tgk madagarcar tapi x de tiket..so aku pun p la tgk qurantine untuk memenuhi masa ahad ri 2..aku tak tau pun crita 18SG atau PL ntah.. aku tengok je...merelakan kaki melangkah masuk..lagupun da lame aku tak tengok crita omputeh..asyik cite thai, cina n melayu je...

mula-mula agak memeningkan kepala sebab movie ni memang cam dia mcm haram..aku ingat awal-awal je..rupa2nya sampai ke saat akhir..pasal rakaman tv-konon cam rancangan night shift la..kebetulan pasal kisah bomba..malam 2 dapat call..diorang p join-rupanya ade epidermik lam apartmen 2..aku ingatkan sumkind of zombie muvie--rupanya tak..sume org lam apartment tu diquarantine kn..termasuk yang x kena penyakit tuh..that the hard thing-macam mne larikan diri at the same time-letrik x de dan pesakit tu ade dimana-mana...scene2 mengejutkan memang banyak r..mengerikan pun ada gak la sikit2..part yang makan-makan and siat2 daging tu..hahahaha....at the end-sume lam apartmen mati-sebab wabak tu..pengajarannya- to save other we have to kills other? dont we

kill or get killed?

ujung minggu ari 2 aku p jumpa mem baik aku time study dulu. we both share the same interest time study dulu. colour, movie, music, shoes n so on. sebab 2 aku leh get along well ngan dia. kitaorg p tengok muvie, jalan-jalan sikit2, n do some shopping, walaupun duit tak berapa ramai-hahahaha..pastu aku lepak umah je..tengok berita n tengok Koizora walaupun aku da tengok cite tuh sebelum ni-n kesimpulan aku tetap sama-crita ni pandai gunakan setiap benda yanga ada dalam setiap scene..that was so beautiful-terutamanya those daisy-u should watch Koizora..

smalam masa aku tengah ddk mengedit 'Ada Untukmu'-tengokla brita sebab mmg x de pilihan pun. brita pasal pompuan nak bunuh diri sebab lelaki-is that the prove?

1.how far women can go if she love sumone?
2.berbaloi ke dengan apa yang dia buat?
3.pemikiran logik dibuang ketepi-perasaan menguasai diri
4.that man just stood beside and gives his words-but, will he keeps his promise? after this ends
5.that guy becomes the meaning of her life-the reason for living..eventhough --he's sucks

after a guy left..the world become empty..the reason for living is gone? a guy who doesnt give a shit wat r u going to be..is he worthed? to that mak cik- re think ur decision-leave him behind-wipe ur tears..as times goes by-u will se- He sucks

Ada Untukmu - Part II

Panas sinar matahari menggigit kulit mukanya. Berkerut-kerut dahinya menahan panas cahaya matahari yang menerjah melalui sliding door biliknya. Rizki memilih bilik utama yang terletak di tingkat atas memandangkan rakan serumahnya tidak mahu memilih bilik tersebut. Rizki mengecilkan matanya, silau melihat cahaya yang masuk. Jam diatas meja menunjukkan pukul 9.30 pagi. Lewat aku bangun pagi ni. Getus Rizki. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil menuruni tangga. Dilihat Pokok dan Ahcong sedang menghadap nasi lemak.
“mana korang beli nasi lemak ni?” ujarnya sambil menguap.
“kt simpang depan. Aku pergi bl tadi. Tu ha ko punye. Ko ni kenapa bangun lambat? Biasa ko yang bangun paling awal.” Kata Pokok dengan mengunyah nasi lemak. Diteguknya air yang telah dituang dalam gelas sebentar tadi.
“aku tak lena tidur la. Korang tak dengar apa-apa ke?” Rizki memandang sepi nasi lemak yang disua Pokok.
“Dengar apa? Aku lena je tido. Ko ni dari dua tiga hari lepas lagi dengar yang bukan-bukan.” Ujar Ahcong. Pelik baginya kerana tidak pula dia mendengar bunyi yang bukan-bukan sepanjang berada di rumah tersebut. Sebelum ini Rizki mengadu mendengar bunyi perempuan menangis dari biliknya saban malam. Sudah seminggu dia tidur dengan aman tanpa diganggu oleh sebarang bunyi, berbeza daripada apa yang diadu oleh Rizki. Pokok memandang Rizki. Timbul rasa kesian tapi agak lucu kerana dia dan Ahcong tidak mendengar bunyi tersebut.
“entahla..aku ingat kita kena buat doa selamat la kat rumah kita. Kita g masjid yang kat simpang tu ajak jemaah buat doa selamat sikit. Hari minggu ok lagi dengar-dengar ni. Bila da start hari bekerja, mati la aku” Sudah seminggu tidurnya diganggu dengan bunyi itu. Barangkali biliknya yang mempunyai balkoni membuatkan dia lebih cenderung mendengar bunyi tersebut berbanding rakan serumahnya.
Tiba-tiba Ahcong tersengih-sengih seorang diri. Entah apa yang menggelikan hatinya.
“ko kenapa Ahcong. Sengih-sengih. Kalu si pokok ni aku paham la-sengihnya tu memang tak boleh nk buang.”
“ko agak si bunga sebelah tu dengar tak bunyi yang ko dengar tu?” sudah seminggu dia tidak melihat kelibat cik Bunga. Setiap kali bila dia keluar bekerja keretanya masih diluar. Barangkali dia keluar lewat berbandingnya. Geli hatinya mengingatkan Rizki yang berselisih faham dengan cik bunga itu. Namun selain cik bunga itu, dia masih belum melihat orang lain dirumah itu.
“Lame aku x nampak dia. Marah lagi dia kat nko ki. Hahahha” gelaknya disambung Pokok. Rizki teringat gadis yang bernama Suri yang tinggal dirumahnya. Tidak pula dia terserempak dengan suri sepanjang minggu itu. Rasa mengantuk masih menghantui Rizki. Ditutup mulutnya berkali-kali akibat menguap. Tiba-tiba terdetik di fikirannya untuk menghubungi tok akinya. Tok Aki mesti ada jalan penyelesaian, bisiknya


Malam itu Rizki menunggu. Dia memandang jam di atas meja. Dia menanti sekiranya bunyi yang mengganggunya saban malam kembali mengganggunya. Kebiasaannya bunyi itu akan bermula sekitar 12 malam. Dia nekad tidak mahu lagi berdiam diri. Cukuplah seminggu bunyi itu mengganggu tidurnya. Tidak lama kemudian sayup-sayup bunyi sedu sedan mula kedengaran. Dibuang perasaan takut yang telah seminggu bersarang di hatinya dan dikuatkan semangatnya. Didalam kepala berputar beberapa ayat-ayat yang telah dihafal petang tadi dari Tok Akinya. Dibukanya sliding door biliknya. Bunyi itu semakin jelas. Angin malam menyapa muka Rizki. Sejuknya, bisik Rizki. Telinganya menangkap dengan jelas bunyi itu. Diamatinya, bunyi itu datang dari rumah sebelah. Rumah Suri. Dalam kesamaran cahaya dengan jelas dia dapat melihat kelibat tersebut. Diperhatinya lembaga itu diam-diam. Bimbang disedari. Tidak lama kemudian Rizki sedar yang lembaga tersebut adalah susuk seorang gadis yang sedang terhinggut-hinggut menangis. Seketika dia mengamati sehingga dia cukup yakin. Suri bisiknya. Jarak balkoni mereka yang tidak sampai 5 meter itu tidak susah untuk dia mengagak. Suri kemudian membawa sesuatu ke dalam pelukannya. Diamatinya lagi. Kemudian dia sedar yang yang dipeluk Suri itu adalah patung katak yang dipulangkan kepada Suri tempoh hari.
Niatnya ingin menegur tapi dibatalkan sahaja. Kejadian minggu lepas mungkin masih segar diingatannya. Takkan dia menangis sebab kejadian minggu lepas. Dia mencongak-congak. Cuba mengingati kali pertama dia mendengar bunyi tangisan. Seingatnya malam pertama dia tidur di rumah tersebut dia sudah mula mendengar bunyi tangisan. Bermakna sebelum kejadian langgar kereta itu berlaku lagi dia sudah mendengar bunyi tangisan tersebut. Diamatinya susuk lembaga dalam kesamaran cahaya bilik. Berkali-kali dia melihat suri mengasat-ngesat matanya dengan lengan bajunya. Sesekali ditumbuk-tumbuk lembut katak yang dipeluknya. Kali pertama dia melihat gadis tersebut tanpa tudung yang selalu litup menutup kepalanya. Rambutnya yang panjang sesekali diseka ke belakang. Lama dia mengamati berdiri disitu. Tidak sedar yang dia sudah tidak berselindung disebalik dinding seperti awal-awal dia melihat Suri tadi.
Seketika dia kaget apabila Suri bingkas bangun dan berpusing setentang dengannya. Tidak sempat dia menyorokkan diri. Begitu juga Suri. Terkejut melihat Rizki yang sedang merenung tajam dari balkoni rumahnya. Sudah lamakah dia berdiri disitu bisik Suri. Serta merta dia menyambar langsir bilik untuk menutup kepalanya yang sedari tadi tidak bertudung. Buat seketika mereka terdiam. Kaki Suri kaku untuk bergerak. Bagai dipacak ditempat dia berdiri.
“kalau saya tahu katak tu punching bag awak, saya tak pulangkan patung tu pada awak.” Lain yang ingin dikata, lain yang keluar dari mulutnya. Dia pasti Suri dapat mendengarnya dengan jelas.
Bulat mata suri. Sudahlah mengendapnya lepas tu sempat dia menyindir dirinya.
“apa awak buat ni. Buat apa awak berdiri kat situ?” ujarnya dengan sedu yang masih bersisa.
“cik Suri. Ini rumah saya. Balkoni saya. Tak salah saya ni berdiri, duduk, tidur kat sini.”ujar Rizki sinis. Merah muka masih terasa lantaran memikirkan dirinya yang kantoi mengendap Suri. Suri mengetap bibir menahan marah.
“buang masa jelah cakap ngan awak ini” terburu dia melangkah masuk ke dalam bilik tanpa disedari sliding door biliknya hanya terbuka separuh. Bergegar sliding door biliknya dilanggarnya. Terduduk suri menahan sakit. Aduh sakitnya kepala aku, bisik suri.
Terkejut Rizki. Dia bergerak mendekati hujung balkoni. Menjenguk Suri yang sudah terduduk.
“suri, awak tak apa-apa ke?.Suri...Suri” tak lama kemudian Rizki mendengar pintu sliding bilik Suri ditutup kuat. Terkebil-kebil Rizki. Ini kali kedua dia ditinggalkan demikian oleh suri. Seketika kemudian dia tersenyum. Ada saja perlakuan Suri yang mengundang senyuman di wajahnya. Pasti dahinya sakit melanggar pintu. Kemudian pecah ketawanya seorang diri.
Dengan ketawa yang masih bersisa dia kembali berbaring. Lega kerana misteri tangisan pada waktu malam itu telah terungkai. Terasa bodoh pula dirinya kerana berfikir yang bukan-bukan. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Tidak disangka tangisan yang dia dengar sepanjang malam sepanjang dia tinggal disitu adalah tangisan Suri sebenarnya. Apakah yang menyebabkan Suri menangis sedemikian rupa. Hatinya mula mengutuk insan yang membuat Suri menangis saban malam. Masalah apa yang membelenggu Suri sehingga begitu esaknya. Putus cintakah dia? Semenjak dia mengenali Suri, tidak pernah dia melihat senyuman diwajah Suri. Pasti manis wajahnya bila tersenyum. Tetiba aku berfikir pasal Suri ni kenapa, bisiknya. Sudah gila bayang agaknya aku ni. Dipeluknya bantal cuba mengusir wajah Suri yang menari-nari dihadapannya. Arghhh-hantu lain plak yang datang, bisiknya tersenyum.

Pagi itu, ketika ingin membasuh kereta, suri perasan segaris calar di belakang keretanya. Mesti sebab langgar kereta volkswagen kuning tempoh hari. Dia lantas mengambil kain di dalam bonet dan bingkas duduk diatas jalan tar. Digosoknya perlahan calar itu. Harapan Suri agar calar itu hilang. Sakit hatinya, bimbang sekiranya calar itu kelihatan akan mengingatkannya dengan kejadian minggu lepas. Keretanya itu baru sahaja dipakai selama 4 bulan hasil dari duit gajinya setelah setahun bekerja. Tiba-tiba hidung suri disapa bau nyaman. Bau ni, bisiknya. Tiba-tiba bulu tengkuknya berdiri. Bau itu dapat dicam dengan jelas olehnya.
“kalau gosok kosong mana nak tanggal. Try gosok dengan wax la. “ terkejut Suri. Suara itu sangat dicamnya. Dia memalingkan mukanya. Pemuda yang dikenali dengan nama Rizki itu tersenyum. Ditangannya dipegang sehelai kain buruk dan sebiji baldi. Dia seperti biasa hanya berboxer namun kali ini bertshirt lusuh berwarna biru. Suri mendiamkan diri. Teringat peristiwa malam tadi. Terasa senyuman Rizki itu menyindirnya. Dia mendiamkan diri, tidak menjawab dan tidak berganjak dari tempat duduknya.
Rizki membuka bonet keretanya yang diparking bertentangan dengan kereta Suri. Dari tempat Suri duduk, dia dapat melihat dengan jelas beberapa toolbox serta perkakasan kereta yang tersusun rapi dalam bonet kereta Rizki. Pada salah satu toolbox itu tertulis Jet Li Workshop dengan marker pen. Dia kembali menggosok calar di keretanya. Tidak mempedulikan teguran Rizki.
Degil, bisik Rizki. Dia mengambil wax dari bonet keretanya dan bergerak duduk mengcangkung di tepi Suri. Dipicit sedikit wax pada kain buruk di tangannya.
“awak ketepi, biar saya yang buat” dia mengarah suri. Kereta aku, dia nak sibuk kenapa, bisik Suri. Namun dia berganjak memberi ruang kepada Rizki. Rizki mula menggosok calar kereta Suri. Dia yakin calar itu kerana melanggar keretanya tempoh hari. Dari tempat dia mengcangkung dia dapat melihat dengan jelas mata Suri yang masih sembab. Akibat daripada menangis malam tadi agaknya. Bisik Rizki.


Suri yang mengcangkung disebelah berganjak sedikit. Mulanya hanya memandang kebawah kemudian sesekali dia mencuri pandang wajah Rizki. Rizki? Sape yang nak pakai nama pelik tu, Indon ke? Bisiknya. Dia yakin itu hanya nama panggilan kerana wajahnya memang mempunyai iras pelakon negara seberang Nicholas Saputra yang memegang watak Rizki dalam salah satu filem yang dilakonkannya. Dia yakin dengan iras itu mungkin dia dipanggil Rizki. Dengan iras wajah begitu juga, dia sangat yakin pasti ramai gadis yang mengejarnya. Ah lelaki, semua sama sahaja, gumamnya sendiri.
“hensem sangat ke saya ni Suri, sampai awak pandang saya macam tu” ujarnya tanpa memandang Suri. Suri kembali tunduk. Malu kerana perbuatannya diperasankan oleh Rizki.
“sembab mata awak tak hilang lagi. Sebab nangis semalam la tu.” Suri bingkas bangun. Merah mukanya menahan marah. Apa hak dia nak sindir aku, bisiknya. Dia mula tidak keruan. Tak tau apa yang mahu dicapai.
“hai cik Bunga. “ ujar Ahcong yang sejak dari tadi hanya berdiri memerhati. Sejak dari hari itu lagi lelaki itu memanggilnya dengan nama cik bunga. Dia mengelatkan muka. Nama pun kawan, perangai masing-masing sama je. Pokok menyusul di belakang Ahcong. Berminat ingin mengetahui apa yang berlaku.
“ sorila. Saya gurau je. Jangan marah. Saya Ahcong, ni Pokok. Kawan saya tu mesti awak da kenalkan, Rizki. Hari tu awak balik cepat sangat, tak sempat nak berkenalan.” ujarnya tersenyum. Kali ini senyumannya lebih ramah. Bukan senyum sinis yang selalu dibuatnya.
“Suri bukan bunga.”katanya perlahan. Diambi beberapa fail yang bersepah dari bonet keretanya.
“Da settle. Da hilang” ujar Rizki bingkas bangun. Dia tersenyum melihat suri. Menampakkan gigi taringnya. Jadi inilah senjata utamanya, bisik suri. Lelaki bernama rizki itu mempunyai senyuman yang manis dengan gigi taring yang jelas kelihatan. Ditambah dengan seulas bibir yang merah membuatkan wajahnya begitu menarik apabila tersenyum. Dijelingnya dengan hujung mata, tahi lalat Rizki yang betul-betul terletak diatas bibirnya. Dasar buaya, bisik Suri. Dia masih berdiri disitu.
“awak tinggal sorang ke Suri?” tanya Pokok yang mula menyalakan api rokoknya.
“hah, x de la. Berdua tapi kawan x de. Kursus.” Jelasnya. Dengan memeluk beberapa fail dia bersusah payah cuba menutup bonet keretanya. Rizki yang berdiri tidak jauh darinya memandang sambil tesenyum. Dia ingin melihat sejauh mana suri berusaha. Pokok dan Ahcong yang berdiri tidak jauh memandangnya. Dia faham maksud mereka agar dia menolong suri. Tanpa Suri sedar, Rizki sudah berada di tepinya menolong menutup bonet. Rizki tersenyum lagi.
“terima kasih. Saya masuk dulu” ujarnya meminta diri. Laju dia melangkah ke pagar.
“Suri, bukan awak nak basuh kereta ke?” laung Rizki. Suri berpaling, hairan. Rizki menjuihkan mulutnya kearah baldi merah ditepi keretanya yang berisi berus dan sabun. Rizki mengangkat kening. Dia tersenyum lagi. Tanda kemenangan.
“hah...bukan...hmmm...x pe lah” ujarnya tenggelam timbul. Tidak tahu alasan apa yang perlu diberi. niatnya ingin mebasuh kereta dilupakan sahaja. Dia menundukkan kepala dan pantas melangkah ke dalam rumah. Rizki mengikut Suri dengan pandangan matanya. Segaris senyuman kembali terbit dibirnya. Dihalakan langkahnya kearah Pokok dan Ahcong yang sedari tadi memerhati lagak mereka berdua. Diambil sebatang rokok dari ahcong dan turut bersandar di kereta volkswagennya.
“aku raser Suri tu suka kat ko la Ki” ujar Ahcong. Dia memandang sepi. Mengalihkan pandangannya ke baldi Suri yang telah berisi air. Sekali lagi dia tersenyum. Memang minah tu nak basuh kereta, bisiknya sendiri.

Suri membelek wajahnya di cermin. Dia mengeluh. Sembab lagi mata aku hari ini bisiknya. Dia mengambil eyeliner, menerangkan garis matanya. Ditelitinya lagi. Argh, sia-sia, bisik Suri lagi. Matanya masih juga kelihatan sembab akibat menangis sepanjang malam. Sambil didalam hatinya merangka-rangka alasan yang bakal diberikan kepada rakan sekerjanya, dia berjalan ke arah kereta. Dipandangnya kereta volkswagen kuning yang sudah tiada dihadapan rumah. Kebiasannya bila dia keluar bekerja, kereta itu masih ada dihadapan rumah. Mungkin bengkelnya buka awal hari ni, telahnya sendiri. Dia yakin lelaki yang bernama Rizki itu berkerja di bengkel kereta lantaran peralatan bengkel yang begitu banyak dalam keretanya. Patutlah dia tidak kelihatan bimbang pada hari dia melanggar kereta, memang kerjanya membaiki kereta, gumamnya sendiri.
Semasa menghidupkan kereta, dia terperasan ada satu beg plastik tergantung pada side mirror keretanya. Dia menurunkan cermin keretanya dan mencapai plastik tersebut. Diselaknya isi plastik berwarna merah itu. Terdapat 2 biji telur yang masih lagi hangat dan sekeping stick on note bertulis tangan. “Harap telur ni dapat tolong untuk hilangkan sembab mata sebelum sampai tempat kerja”. Dibelek kertas itu sekiranya terdapat nama atau tandatangan. Namun hampa. Berkerut-kerut dahi Suri memikirkan siapa gerangan yang memberi telur tersebut padanya. Namun diambilnya sebiji telur itu dan dituamkan dimatanya. Lantaklah, bisiknya. Masuk hari ini sudah tiga hari beturut turut dia menerima plastik berisi telur rebus itu dengan stick on note yang sama. Malas untuk memeningkan kepala, Suri hanya menganggap ada orang mahu bergurau dengannya. Mungkin, bisiknya.
Sesampainya di pejabat dia disambut dengan sindiran rakan sekerja.
“hai suri, x kan hari ni bawak bekal telur rebus lagi. Da 3 hari da ko bawak telur rebus”tegur hafiz yang telah terlebih dahulu sampai darinya. Dia yang sudah mengenali suri semenjak belajar lagi tidak pernah pula melihat gadis itu membawa telus rebus sebelum ini.
“ko nak amik la.” Dihulurkan plastik berisi telur kepada hafiz. Kemudian dia tersenyum memikirkan hafiz yang tidak tahu apa-apa. Hafiz menyambut dengan senang hati.
Dia kembali mengatur langkah ke tempatnya untuk memulakan kerja. Telefon di mejanya menjerit meminta diangkat.
“hello, ya?” ujar suri.
“assalamualaikum. Selamat pagi sayang”ujar suara dihujung talian. Berderau darah suri. Dia sangat mengenali suara itu. Firkan bisiknya. Memang itulah panggilan Firkan padanya. Dia membatukan diri. Tidak menyambut salam Firkan.
“awak, tak baik tak sambut salam. Awak kita keluar ya hari ni. Balik kerja nanti saya pergi ambil awak kt umah awak” ujar Firkan lembut dihujung talian. Rasa sakit hatinya semakin melonjak-lonjak. Jika selama ini, Firkan tidak pernah gagal memujuknya. Kali ini tidak. Dia sudah penat dimainkan Firkan.
“Suri, awak diam je. Diam bererti setuju tau. Oklah kalau awak tak nak bercakap, saya nk letak telefon ni. Tapi saya pergi amik awak kt umah malam ni ye. Ok. Assalamulaikum. Kerja elok-elok sayang” talian dimatikan. Dia meletakkan ganggang di tempatnya kembali. Gelisah memikirkan sekiranya Firkan berkunjung ke rumahnya malam ini. Bagaimana mana dia harus berhadapan dengan Firkan. Dia mengenali Firkan dan begitu juga Firkan. Dia yakin Firkan bukan datang dengan tangan kosong. Dia pasti sudah merangka cara untuk memujuknya. Dan Suri bimbang, bimbang dia akan berlembut hati dengan Firkan.
Dia mesti kuat, dia tak mahu Firkan menang lagi. Sudah 7 tahun dia mengenali lelaki bernama Firkan itu. Firkan tua dua tahun darinya. Senior ketika dia di sekolah menengah lagi. Semenjak mengenali Firkan dan sejak itulah dia menaruh hati padanya. Namun dia tidak pernah berpeluang dan berani untuk meluahkannya pada Firkan. Siapalah dirinya pada waktu itu untuk berdiri disebelah Firkan. Sifat Firkan yang berani, kelakar dan mononjol membuatkan dia terkenal di sekolah dan di asrama. Bukan sekali dua dia mendengar bisikan-bisikan pelajar perempuan yang meminati Firkan. Maka dia mengambil keputusan untuk mendiamkan sahaja minatnya pada Firkan sehingga dia tamat sekolah dan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma. Berita terakhir yang didengarinya, Firkan sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Ketika di tahun akhir pengajian ijazahnya, dia terjumpa Firkan di majlis perkahwinan sepupu Firkan yang juga merupakan kawan baiknya. Ketika itu, barulah dia perasan, perasaannya pada Firkan tak pernah berubah. Dia masih menyukai Firkan seperti dulu. Namun dia hanya memandang dari jauh dan dia menyangka mungkin itula kali terakhir dia berjumpa dengan Firkan. Dua hari selepas majlis itu, dia mendapat panggilan dari Firkan. kata Firkan, dia mendapat nombor telefon Suri dari sepupunya. Dan ketika itu dia terkejut. Sangkanya Firkan tidak pernah mengenalinya. Namun Firkan menidakkan perkara tersebut. Katanya, dia sentiasa ingin menegur suri namun tidak mempunyai peluang.
Semenjak itu, dia bertambah rapat dengan Firkan. Setelah tamat pengajiannya dia menetap di Kuala Lumpur dan begitu juga Firkan. Rezeki dia dan Firkan tertulis di Kuala Lumpur. Jika sebelum ini, dia tidak pernah menanam angan-angan untuk bersama Firkan namun Firkan mula mengajarnya berbuat demikian. Gurauan Firkan sentiasanya membuatnya tersenyum dan ketawa. Sikap Firkan yang sangat mengambil berat akan dirinya membuatkan suri terasa dirinya dihargai. Firkan mula menjadi makna hidup suri. Sehinggalah 3 minggu lepas. Segalanya berakhir. Suri mengeluh kecil. Salahnya sendiri meletakkan harapan yang tinggi pada Firkan. dia patut mengenali firkan, dan sepatutnya berpijak di bumi lebih awal. Jika dia berbuat demikian 2 tahun lepas maka dia tidaklah sekecewa sepertimana sekarang. Selama ini disangkanya, dia yang memiliki Firkan. Bagi Firkan dirinya hanyalah mainan yang boleh diambil ketika perlu dan dibuang sesudah bosan. Begitu rendah dirinya dimata Firkan. Dua tahun lamanya dia bersabar dengan sikap Firkan yang bermain tarik tali dengannya. Fikirnya suatu hari nanti Firkan akan sedar yang Suri akan sentiasa berada disampingnya dan sentiasa ada untuknya walau apa jua keadaan. Tapi semua itu sia-sia. Tidak pernah dihargai Firkan. Dia mula berputus asa. Perlukan kepastian dari Firkan.
Namun kepastian yang diperolehi nampaknya tidak berpihak padanya. Rupanya selama ini dia hanya cuba menggapai awan. Hanya indah dipandang. Tak tercapai untuk dipegang. Dia tahu, tangisnya saban malam tidak akan mengubah apa-apa. Tangisnya tidak akan membuka hati Firkan, tidak akan memberi cinta Firkan padanya. Namun itu sahaja yang dapat difikirnya, cara yang dapat melepaskan rasa sakit hati, kecewa serta sedihnya. Biarlah bisiknya.

Malam itu, Suri pulang lewat kerumahnya. Bimbang Firkan menunggunya di rumah. Telefonnya dimatikan. Diintainya dari dalam kereta, kereta Firkan tidak kelihatan. Suri menghembus nafas lega. Mungkin Firkan sudah pulang atau memang tidak datang langsung. Lantaklah, bisiknya. Ketika keluar dari kereta. Suri terasa tangannya dipegang. Tidak sedar bila Firkan muncul dihadapannya.
“Suri, we need to talk. Sampai bila awak nak merajuk dengan saya”. Ujar Firkan. Suri kaget, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Direntap tangan Firkan dan dia meluru ke pintu pagar rumah. Firkan bertindak lebih pantas menghalang suri. Dia berdiri teguh dihadapan pagar.
Saat itu mata Suri dan Firkan diganggu dari cahaya lampu kereta. Dilihatnya Rizki berdiri ditepi keretanya melihat perlakuannya dan Firkan. Suri mengetap bibir. Kenapa jika ada perkara memalukan mesti dia akan tengok, getusnya.
“Sayang. Stop acting childish. Saya minta maaf ok. Maafkan saya”ujar Firkan merenungnya. Suatu masa dulu dia pernah kalah dengan renungan itu. Tidak hari ini.
“stop calling me sayang and u know sumthin.This is what i call childish.”Suri mengambil baldi yang diletaknya disisi pagar. Diangkatnya dan disimbahnya pada Firkan. Saat itu, dia tidak berfikir panjang, dia hanya ingin Firkan berhenti bermain dengan hatinya dan pergi dari situ.
Firkan terpaku ditempatnya. Tidak menyangka Suri berbuat demikian. Basah kemejanya disimbah air dalam baldi tersebut. Suri kemudiannya cuba membuka pintu pagar rumahnya. Namun dihalang Firkan.
“OK fine. Sekarang awak dah lepaskan marah awak. So, i’m forgiven?”ujar Firkan tidak menunjukkan sedikit pun tanda marah.
Suri merenung Firkan. Tidak percaya Firkan masih belum berputus asa. Baik, bisik suri. Dia bergerak ke kereta, bukan keretanya tapi ke kereta Rizki. Dibukanya pintu kereta Rizki dan kemudian duduk didalamnya. Rizki yang masih berdiri disebelah kereta terkejut dengan tindakan Suri. Firkan memandang hairan. Dia tidak mengenali lelaki itu.
“awak tak nak masuk dalam bawak kereta ke?” ujar Suri. Rizki yang masih termangu-mangu dan tidak memahami apa yang berlaku menurut kata Suri. Volkwagen itu kemudian meluncur meninggalkan Firkan yang kebingungan dalam kebasahan.

Suasana dalam kereta sepi tanpa suara. Rizki mendiamkan diri. Begitu juga Suri. Rizki memandu tanpa tujuan. Niatnya sebentar tadi ingin ke kedai serbaneka membeli rokok. Tidak disangka dia terlibat dalam pergaduhan Suri itu tadi. Dia kemudian tersenyum membayangkan Suri yang nekad menyimbah lelaki itu. Paling dia tidak sangka suri berlari masuk ke dalam keretanya. Senyumnya tidak dapat ditahan dan membuahkan ketawa kecil. Suri disebelah menjeling.
“apa yang kelakar sangat?” ujar Suri dengar tak dengar. Dia sendiri tidak menyangka di meluru ke kereta Rizki. Entah kemana hilang kewarasannya semasa menyimbah Firkan dan meluru ke kereta Rizki. Namun dia puas. Biarlah, bisiknya. Apa nak jadi pun jadilah bisiknya. Geram pada Firkan yang masih menganggap masih boleh mengutipnya setelah dia memijak-mijak maruahnya.
“hmmm..x de la..terkejut awak simbah mamat tadi. Mesti dia terkejut tak hinggat” ujarnya dengan ketawa yang masih bersisa. Suri yang pada mulanya ingin marah tidak jadi marah. Dia kemudian tersenyum dan kemudian ikut sama ketawa bersama Firkan. Dilepaskan ketawanya semahu-mahunya. Tidak dipedulikan Rizki disebelahnya. Dia kemudian mematikan ketawanya bila dia terperasan yang Rizki dibelahnya merenungnya tajam. Dia membatukan diri dan membuang pandangan ke tingkap. Hatinya berdebar-debar, tidak sedar yang dia bersama Rizki yang baru 3 minggu dikenalinya.
“Rupanya awak tahu senyum” Rizki bersuara tanpa memandangnya. Dia kembali tersenyum.
“kenapa awak cakap macam tu plak?” dia berkerut memandang Rizki.
“hmmm..x de lah. X de pape.”Suri tidak mengalihkan pandangannya dari Rizki. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Rizki. Dia tahu Rizki menyindirnya.
“hmm..awak turunkan je saya kat mana-mana. Nanti tahulah saya balik sendiri.” Ujar Suri.
“awak berani naik ngan saya. Awak balik ngan saya” Rizki bersuara tegas. Suri terdiam. Tidak sopan pula kalau dia mengarah-arah Rizki untuk menurunkan dia dimana-mana.
“lelaki tu, dia ke yang buat awak menangis tiap-tiap malam?” dia tidak dapat membohongi dirinya. Perasaan ingin tahu siapakah lelaki yang disimbah suri itu tidak dapat ditahan. Sebenarnya dia ingin bertanya dari tadi lagi.
“Radio awak ni x leh on ke?” Kata Suri merubah tajuk. Dia tidak mahu berkata ‘itulah lelaki yang tolak cinta saya’ mungkin tidak pada Rizki. Yang mana dia tahu, lelaki itu selalu menyindirnya bila berkesempatan.
“tak tahulah. Da rosak kot. Saya try tak pernah plak dapat” tangannya menekan-nekan butang ‘on’ namun tidak menunjukkan apa-apa perubahan.
“awak ni da kereta sendiri pun tak tahu” Suri mengomel. Dia turut menekan-nekan apa-apa butang.
“mane saya tau nak baiki. Lagipun kerete ni-“
“la awak kan mekanik tak kan la tak tau mana rosaknya. Mana wayar yang tercabut. Mana yang da putus” ujar Suri memotong cakap Rizki.
Rizki mengerutkan dahinya. Cuba memikirkan apa yang dikatakan Suri. Namun ketika itu, keretanya sudah sampai ke laman rumah.
“Terima kasih. Saya balik dulu. Dan hmmm..saya mintak maaf sebab da susahkan awak. Terima kasih. Selamat malam” Suri berlalu tanpa sempat Rizki berkata apa-apa. Kali ketiga, bisiknya. Dia tersenyum melihat kelibat Suri hilang dalam rumah. Dia bergerak membuka pintu rumahnya. Pokok dan Ahcong masih belum tidur, terbaring menonton tv.
“ko dari mana. Tadi kata nak g seven-eleven depan tu je? Rokok mane?” ujar pokok memandangnya.
“Aku? Aku g tengok cerekarama tadi”laungnya sambil menaiki tangga. Pokok dan Ahcong berpandangan, tidak faham yang diperkatakan Rizki.
Malam itu sebelum tidur. Rizki merenung syiling rumahnya. Walaupun sejuk disapa angin malam. Dia membuka sliding door bilik. Sudah 3 malam dia berbuat demikian. Dan sudah tiga kali juga dia bangun awal untuk merebus telur untuk suri. Dia tahu gadis itu menangis saban malam dan matanya pasti sembab setiap pagi. Harapannya agar telur itu membantu Suri.
“la awak kan mekanik tak kan la tak tau mana rosaknya. Mana wayar yang tercabut. Mana yang da putus”
Berkerut-kerut dia memikirkan apa yang diperkatakan Suri. Dia kemudian tersenyum kemudian ketawa. Suri tidak pernah gagal untuk membuat dia ketawa. Tidak lama kemudian dia lelap, tidak sedar yang tangisan itu tidak lagi kedengaran.

Ada Untukmu-introduction


alop kawan-kawan..sebenarnya aku da sambung crita ni lame da tapi amik mase untuk edit dua tiga kali. kang macam x logik lak crita ni. k la, klu de selah ejaan here and there maapkan aku yerp..and satu lagi...aku tuko tajuk crita ni...ari tuh aku letak vida sebab itu je yang terlintas kat pikiran aku..so ri ni-dengan lafaz Bimillahirrahmanirrahim. aku rasmi tajuk baru crita ni...


ADA UNTUKMU

Monday, November 17, 2008

8/10 - little brother


2 malam lepas ari mgu aku mmg boring tahap gaban-tuka channel2-tup aku tertengok la crita ni kt 8tv. crita pasal macam mne seorang adik react bila dia tau abg dia dpt penyakit barah.klu crita mcm 2 besa la-mmg byk part2 yang sedey x hinggat..sempat gak la aku menitiskn air mata..sbb dia sgt syg abg dia 2..part yang diorang berlari turun bukit nk cari tarzan utk selamatkn abg dia mmg comel-nmpak dia sangat berusaha walaupun pada mata orang dewasa ia perbuatan yang sia-sia- this movie was based on a tru story that in the end abg dia buta tetapi masih jalani pembedahan sbb sakit barah tu--dia plak-budak cmel baju merah ni--from a bad boy turn to a guardian angel to his brother--cute meh-last scene yang wat aku nk gelak dia sibuk nk tolong abg dia pakai baju--hahaha--comel--aku raser da spuluh kali da aku ckp comel

tp yang aku nk hilite kt sini--KECOMELAN-budak 2..da la pandai blakon-nmpak real gila bila dia marah n mengamuk ke ape ke..bkn sebarang2-utk cte ni dia tercalon aktor pling muda yang dpt anugerah..so-cter ni mmg bes...comel gila-mungkin sebab dianye eyelid kot..hahaha---comel

pastu pic terbaru dia---da besar da bdk ni rupanya...aku lupa nme dia--park jun bi or sumthin like that la...ni da besar t-mmg jd pujaan ramai-siap leh menari lagi mase pembukaan anugerah 2--perghh--x macam umo dia langsung--lahir tahun 1994 mean umur dia da 14 tahun..comel-

Thursday, November 13, 2008

surat saman


aku mulakan post aku ri ni ngan - syukur alhamdulillah.. sbb da abes present--finally... tp bila nk settle ntah benda 2.. n i'm here.. sitting on my chair-- n looking to those invitation cards..uarrrghhhh... ramai da nk kawen--nk tukar status single ke not available anymore... to name a few--

1.abg paiz (27dis)
2.abg azhar (20 dis)
3.ita&duan (6dis)
4.faizan(21nov)


waaa--ramai 2---2 x kira yang da tuka status dr single n berdua-hahaha--korang tau aku ckp pasal sape kn...pd abg-abg aku yang nk kawen 2---semoga berbahagia n dapat anak comel-comel.. to ita n abg besor : u own her ---dont look back..

n tahun ni aku gigit jari lagi!!!!

Wednesday, November 12, 2008

judge it urself


siapalah aku untuk bersuara pasal hal ni..hanya yang masih belum cukup ilmu n sendiri masih setengah masak lagi..tapi aku masih tau mana yang baik-mana yang buruk-masih teguh di jalan yang aku lalu ni..aku seacrh web ari ni tetiba bnyk plak pasal sajak kematian..hanya kerana sebab 2 orang yang melatah pasal video 2..satu malaysia turut kecoh..sampai menteri campur tangan..aku tak tau siapakah yang kurang bijak-menteri, mak bapak yang mengadu atau press yang sibuk mencari spe yang patut yang ditunding jari..yang paling aku menyampah dan sakit hati--penghasilan klip video 2 turut dicadangkan oleh mak bapak yang mengadu spya disiat--nama doktor-org berpelajaran..tapi merah muka aku mase dia kte macam 2..orang yang buat video 2 hanya berniat berjuang-menberi pendedahan--lain la yang ditunjuk 2 adalah video sex ke, dera2 ke yang betul2 hilang dari batas norma--terlampau protectivekah mereke? ada juga komen yang kata kita perlu seiring ngan zaman--meaning seiring dengan zaman kita da x bley buat mcm 2 ke? tuhan 2 maha adil...mungkin pendedahan pada pelajar darjah 1 dan 2 membuatkan mereka terkejut..atau yang mereke terkejut sbb mak bapak mereke mmg x pnah semayang? ask urself

Satu maksud Hadis Nabi SAW :

'Orang yang paling cerdik, adalah mereka yang banyak mengingati mati'

Monday, November 10, 2008

budak kelantan-7/10


lama aku x tengok wayang..bila da reunite ngan member lama masa study dl ri mgu ri 2..ktorang plan la nk tgk wayang..dari ptg doa aku dalam hati agar tiket james bond habes..x bernafsu aku nk tgk crita 2..ntah la..serba x kena hero 2 aku tengok..BTW smpai kt times square ..sume crita da penuh+selling fast-sigh..even crita yang lame2 pun seat sme kt depan..x nk la...yang ada crita mengarut 'the vampire who admires me'. mengarut..mahu tak mahu aku n member aku pun beli la tiket crita 'budak kelantan' dalam redha x redha..sbelum ini, crita ni antara crita yang x termasuk dalam list must watch aku. hehe..bukan sebab diskriminasi ke ape-cuma jalan crita dia x cukup untuk yakin kan aku...

untuk 10 minit pertama crita..aku tersenyum..kesimpulan yang agak awal dibuat--i like this Film..their kelantanese dialog r so pure..even aku budak trg pun kn baca subtittle x paham..kadang2 aku teringat-ingat ayat lam crita 2..mengingatkan crita2 kt kampung dl..hahaha...walaupun pelakon seperti danny n bienda 2 nmpak longat yang da agak kebandaran bunyinya..mungkin diorang da terlebih dahulu dibrandkan..hahaha..scene2 dlm crita 2--betul2 dekat n aku raser pengarah 2 btul2 dekat dengan kehidupan sebenar. Contoh yang paling aku ske scene dlm umah sewa Jaha. bukan nk ckp tp rata2 rumah sewa lelaki bujang begitulah keadaannya. bukan mcm dlm crita lain..kje kilang tp rumah mcm kje pilot mas..dduk berdua je..be real la..anologi amarika yang digunakan buat aku senyum--ada beberapa dialog dalam crita 2 yang aku nk hilite...

1.x amarika doh la kawan ngan bdk sejid..haha..
2.klu orang nk buat baik kita jangan halang
3."kalau kambing masuk ke kandang harimau lalu perlunya ia mengaum"
"tapi kalau harimau masuk ke kandang kambing pula bagaimana?"

pada pendapat aku--this is a great movie, something new and different..the dark side of a person..bravo untuk pengarah..surat jaha betul2 apa yang dia raser..t la..klu aku dapat cari aku postkan surat 2..

akhirnya--filem ini mendefinisikan dengan jelas---falsafah baik dan jahat yang bertembung---dan akhirnya kita sedar yang menang itu hanyalah mereka yang bernasig baik

ada untukmu-part 1

assalamualaikum.

sebenarnya ini kali pertama aku ngan beraninya mendedahkan tulisan aku kepada umum. hahaha. ini bukan lah tulisan aku yang pertama. kt PC aku kt umah berlambak-lambak lagi. jadi ini kira my fisrt baby aku yang aku reveal kt korang. crita x berkait ngan yang hidup atau yang mati. tapi sesetengah watak yang aku ambil diinspire oleh certain2 person yang pernah aku kenal. 2 pun klu korang perasan.hahahaha..to syakir:hari ni aku bagi post yang agak panjang untuk ko baca...hahaha..n please guys--ringankan tangan anda untuk memberi komen, kritik, telahan n watsoever. aku ambil ia sepositif yang mungkin..komen anda akan menentukan sama vida part II akan diteruskan atau tak..happy reading guys


Laju dihayun langkahnya yang semakin tak teratur tanpa arah. Kemana lagi nk dituju? Kemana lagi nak dibawa hatinya ? hina sangatkah dirinya? Salah dirinya meminta apa yang patut dimiliki? Runtun hatinya memikirkan nasibnya.
“Salah ke yang saya tanya?” Suri memandang tepat ke wajah Firkan. Cuba mencari kepastian yang selama ini bermain-main difikirannya. Sekian lama Firkan bermain tarik tali dengannya.
“Awak dah salah faham. Kita Cuma kawan” laju Firkan menuturkan isi hatinya. Saat itu bagai sebeban batu mengjempap diri. Rasa marah, malu, sedih dan sakit hati berbaur. Terasa dirinya diperbodohkan, diperkotak katikkan.
“Salah faham? Jadi selama ini saya yang salah faham, selama ni saya yang buta? 2 tahun bukan masa yang sekejab Firkan. Bukan dua bulan, bukan dua hari” ditahan air mata yang mula bergenang. Dia perlu kuat dihadapan Firkan. aku perlu menang hari ini bisik hatinya. Aku perlukan kepastian. Dia sudah letih memegang awan, di genggam tak dapat, hanya indah dipandang.
“Suri, do we need to talk about this, you just ruin the mood. Suri, kita balik ya?” tenang Firkan memegang tangannya. Direntap tangan Firkan. Seumur dia berkawan dengan Firkan, tidak pernah dia mengasari Firkan sedemikian.
“Suri. Janganlah. Kita kan da kawan lama, kita-“
“Stop. You just stop here ok”belum sempat Firkan menghabis tuturnya cepat dia memotong. Sebolehnya saat itu juga dia ingin melompat keluar dari kereta Firkan. Hujan diluar turun lebat seperti airmatanya. Firkan memandang dengan terkejut. Mana mungkin ditinggalkan Suri disitu. Hujan masih lebat, malam kian larut. Padanya dia bukanlah orang yang sanggup meninggal seorang perempuan dalam keadaan begitu. Dia mungkin tidak cintakan Suri tapi bukan gila untuk tinggalkan Suri disitu.
“Firkan, you better sop. Atau aku buka pintu ni..jeritnya. dibuka pintu walaupun kereta Firkan masih meluncur dijalan.
“ok-ok aku berhenti.”
Belum sempat kereta berhenti sepenuhnya. Suri sudah berlari keluar dari kereta, hilang dalam hujan.
“Suri..Suri” terkejut Firkan dengan tindakan Suri. Tidak disangka sejauh itu pertimbangan Suri malam itu. Timbul perasaan bimbang di hati Firkan. Bimbang keselamatan Suri. Ingin dipujuk Suri namun dirasakan sia-sia. Dia tahu, jika memujuk Suri disaat ini sama seperti mencurah air di keladi.
Jeritan Firkan tidak dipedulikan. Apa yang lagi yang tinggal untuknya. Cintanya pada Firkan dianggap hanya salah faham. Mudah bagi Firkan tapi sukar baginya. Selama ini, pada Firkan dia menaruh perasaan, Firkan tempat dia mengadu, pada Firkan diletakkan seluruh harapannya. Malam itu, sepanjang jalan dicuba untuk hilangkan perasaan sedihnya.
Perlahan langkahnya dihayun menuju ke rumah sewa yang samar-samar kelihatan. Dikuatkan hatinya, air matanya dikesat. Sedihnya perlu ditutup, hibanya perlu disorok. Perlahan pintu rumah dikuak, Syukur, rakan rumahnya masih belum pulang. Rumah sewanya sunyi sepi. Begitulah keadaanya setiap hari. Orang berteman memanglah begitu. Pujuk hatinya. Selesai mandi Suri menghenyak badannya di katil. Perasaan sedih cuba dibuang, semakin kuat dia mencuba semakin bertubi-tubi perasaan sedih menyerang. Malam itu, Suri tertidur dengan linangan air mata memikirkan hari esok yang bakal tiba.
Pagi itu, dia terlewat bangun. Sakit kepalanya akibat menangis malam tadi masih terasa. Dilihat matanya dicermin. Sembab. Apa lagi yang patut diberi alasan pada rakan sekerjanya hari ini. Semalam ditipunya alahan tersalah makan soya. Apa lagi hari ini. Sudah seminggu dia begitu. Sudah seminggu juga dia tidak membalas dan berjumpa dengan Firkan. Firkan dihindari sebaik mungkin. Nombor Firkan didelete dari telefonnya, id YM Firkan ditukarkan ke ignore list dan turut bertindak memblock akuan Friendster Firkan. Firkan baginya umpanya virus sekarang. Perlu dijauhi sebaik mungkin.
Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Salahnya juga, diikutkan perasaan hibanya sepanjang malam. Sekerat malam dia menangis. Tiba-tiba telinga Suri menangkap bunyi radio dipasang kuat. Inilah kali pertama dia mendengar bunyi radio yang dipasang dengan begitu kuat di kawasan kejiranannya. Bunyi radio tersebut betul-betul kedengaran dari rumah sebelah. Setahunya, rumah sebelah masih belum berpenghuni. Maklumlah kawasan perumahan yang baru dibuka. Masih terdapat rumah-rumah yang masih kosong belum berpenghuni. Deretan rumahnya sendiri masih banyak lagi yang belum berpenghuni. Kadang-kadang gerun difikirnya kerana pada waktu malam kejiranan itu agak sunyi. Namun dia tidak banyak pilihan kerana sewa di kawasan tersebut murah dan dekat dengan tempat kerja. RM 400 sebulan untuk rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Sudah berpenghuni agaknya rumah disebelah. Lega hatinya, mungkin selepas ini dia boleh berkenalan dengan jiran baru.
Tergesa-gesa Suri keluar dari rumahnya pagi itu. Sempat dikerlingnya ke rumah sebelah. Terdapat 3 buah kereta yang diparking dihadapan rumah. Sebuah wira diparking di dalam pagar, honda city putih dan sebuah volksvawen kuning betul-betul di belakang Myvi Suri. Semalam sewaktu dia sampai ke rumah parking itu masih kosong. Kereta rakan serumahnya yang diletakkan didalam pagar membuatkan dia terpaksa meletakkan kereta di luar pagar. Sudah seminggu dia tinggal keseorangan lantaran rakan serumahnya mengikuti kursus induksi perkhidmatan selama 3 minggu. Dalam tergesa-gesa Suri mereverse kereta, tidak sedar dia melanggar volkswagen kuning dibelakang keretanya. Berdentum bunyinya. Kelam kabut dia keluar untuk melihat. Malang nasibnya pagi itu. Lampu kiri kereta volkwagen kuning pecah. Muka Suri berubah menjadi pucat. Selama dia memadu dia tidak pernah terlibat dengan sebarang kemalangan. Namun pagi itu nasibnya agak malang.
Sedang dia mengendap-ngendap kereta volkswagen tu, pintu rumah jiran barunya terkuak. Keluar seorang lelaki yang memakai boxer dengan singlet. Mukanya jelas menunjukkan yang dia baru bangkit dari tidur. Suri beralih memberi ruang pemuda tersebut melihat keretanya. Berkerut-kerut dahinya memandang lampu keretanya.
“maafkan saya encik. Saya tak sengaja. Salah saya.” Menunduk nunduk suri memohon maaf. Takut untuk melihat muka pemuda tersebut.
“tak apalah. Da pecah nak buat macam mne” selamba pemuda tersebut menuturnya. Terlopong Suri mendengarnya. Biar benar orang ni. Telahnya pemuda tersebut akan memaki hamunnya. Rasa bersalah masih bersarang.
“saya ganti. Saya salah. Sekejab”. Diseluk handbag yang disandangnya. Bila dibuka handbagnya, baru disedari didalam pursenya hanya terdapat beberapa keping duit seringgit. Serta merta mukanya berubah merah. Pemuda tersebut masih tenang melihatnya.
“hmmm..macam ni.sekarang ni saya tak ade cash. Balik nanti saya bayar. Saya janji. Hmmm..kalau encik tak percaya. Ini namecard saya. No telefon saya ada kt situ. Encik tak payah bimbang. Saya akan bayar. Saya pun tinggal di sebelah rumah encik sahaja” berkali-kali ditekankan perkataan bayar agar lelaki tersebut tak melenting. Berkerut-kerut dahi lelaki tersebut. Namun disambut juga namecard yang dihulurkan. Apahal mamat ni, lantak ko la. Bisik hati Suri.
“awak betul nak bayar?” duga lelaki tersebut.
Laju Suri mengangguk.
“mahal tau” kedengaran bunyi sinis disebalik pertanyaan tersebut. Dia mengerling sticker P yang kelihatan masih baru ditampal di belakang Myvi tersebut.
“ya, saya tanggung”tidak berani dia menentang pandangan tajam pemuda tersebut. Ditambah perasaan segan kerana lelaki tersebut hanya berpakaian sebegitu. Tak senonoh betul bisiknya.
“ok. Tak banyak kedai jual lampu ni. Saya pun baru tukar. Harganya sebiji 150” bulat matanya mendengar angka tersebut. Dicongak congak angka tersebut dengan jumlah duitnya yang masih didalam bank.
“kalau macam tu, balik kerja karang saya bayar. Sekarang saya mintak diri dulu. Saya da lambat. Sory yeah”laju dia mengatur langkah walaupun kelihatan dia masih ingin berbual.
Terkebil-kebil lelaki tersebut ditingalkan begitu. Kemudian satu senyuman lebar terukir di wajahnya. Menampakkan 2 batang gigi taringnya. Dialihkan pandangan ke volkswagen kuningnya sebaik sahaja Myvi putih itu hilang dari pandangan. Hatinya bagai digeletek. Kemudian dia mengatur langkah ke dalam rumah. Di ruang tamu masih terdapat kotak-kotak barang yang masih belum sempat dikemas. Semalam, dia bersama dua lagi teman serumahnya sampai agak lewat dan tidak sempat berkemas.
“ko pehal pagi2 senyum ni ki?” soal ahcong sebaik sahaja Rizki memasuki rumah. Pelik melihat kawannya tersengih-sengih dipagi hari. Diputar-putar volume radionya.
“x de pape” ujarnya seraya menghenyakkan tubuhnya di sofa. Namecard yang sejak dari tadi dipegang ditatapnya. CHEMPAKA SURI. Senyumanya semakin lebar. Terbayang di fikirannya bagaimana kelam kabutnya gadis tersebut melihatnya pagi tadi. Apa yang menarik perhatiannya bagaimana gadis itu menyembunyikan pandangannya darinya. Dengan matanya yang masih sembab dan reaksi gelabahnya menarik hatinya. Comel.
“bunyi ape tadi?” Terpacul muka Pokok yang baru kuar dari biliknya. Rambutnya sudah cukup membayangkan yang dia baru sahaja bangkit dari tidur.
“x de pe. Minah sebelah 2 langgar kereta aku dowh” katanya sambil tersenyum. Pokok dan ahcong saling berpandangan. Pelik melihat Rizki tersenyum.
“da langgar apsal ko leh senyum lak? Da la kereta ko baru accident ari tuh. Baiki pun tak siap lagi. Bley senyum plak” ujar Pokok kehairanan. Dibelek beg pakaian di ruang tamu, mencari tuala.
“Sebab 2 aku gelak. Dia ingat lampu kereta aku yang pecah dia yang buat. Padahal memang da pecah. Lain-lain x de pe pun. Beria dia nak ganti. Tak sempat aku cakap pape dia da blah” dimain-main namecard gadis tersebut ditangannya. Pantas disambar Ahcong.
“Mak aih nama. Chempaka Suri.hahaha” tercetus gelak tiga sekawan dipagi hari itu. Pantas Rizki merebut kembali namecard tersebut.
“sudahlah korang. P mandi, nanti lori barang da sampai banyak kije yang perlu dibuat” Rizki melangkah masuk ke biliknya. Namecard digenggamannya diselit di celah beg pakaiaannya. Rasa mengantuk masih menguasai dirinya. Semalam sebaik sahaja balik dari kerja dia bersama Pokok dan Ahcong bergerak ke rumah barunya. Sewaktu hampir-hampir melelapkan mata semalam, telinganya menangkap sayup-sayup bunyi perempuan menangis. Pokok dan Ahcong memang sudah selamat berdengkur ketika itu. Seram sejuk tengkuknya mendengar, sudahlah dia sukar tidur di tempat baru. Rumah sewa barunya itu pula baru kali pertama diduduki dan merupakan kawasan kejiranan baru. Tidak mustahil bunyi yang didengarnya itu bunyi syaitan yang ingin menganggu anak adam. Dibiarnya sahaja bunyi itu menganggu telinganya. Dia sendiri tidak sedar bila dia terlelap.
Sebaik sahaja selesai mandi dia menjenguk ke belakang rumah. Terkejut dia memandang rumput dan lalang di belakang rumah. Lalang tumbuh segar bagai dibaja. Ini adalah kali pertama di menjejakkan kaki ke rumah sewa barunya itu. Sebelum ini, hanya Ahcong dan Pokok yang ditugaskan mencari rumah sewa baru. Kawan-kawan yang dikenalinya dari universiti lagi diberikan sepenuh kepercayaan mencari rumah baru untuk mereka. Nantilah bila ada masa akan dibersihkan belakang rumah sewanya itu. Bukan sahaja semak mata memandang malah mengundang bahaya. Siapa tahu, didalamnya bersarang ular atau binatang-binatang lain yang berbisa.
Dikerlingnya ke rumah sebelah. “tak ape encik. Nanti saya bayar. Saya pun tinggal di rumah sebelah je” terngiang suara gadis berbaju kurung hijau itu pagi tadi. Sekali lagi dia tersenyum. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke ampaian yang terletak di hujung pagar. Bulat mata memandang ke situ. Tak percaya apa yang dilihatnya. Tak lama kemudian pecah ketawanya. Diampaian tersebut, tersepit kemas patung seekor katak berwarna hijau. Dengan saiz yang agak besar, mungkin kalau didirikan separas dengan dadanya, matanya disepit elok di besi penyidai. Kaki patung katak yang panjang itu sekali sekala bergoyang-goyang di tiup angin. Kepunyaan gadis itukah? Mungkin. Masih terdapat sebuah lagi kereta di rumah jirannya itu. Mungkin masih ada orang didalam rumah itu.
Petang itu, sebaik sahaja Suri pulang ke rumah, tergesa-gesa dia ke belakang rumah. Tidak dipedulikan jiran barunya yang sibuk memunggah barang dihadapan rumah. Rumput yang masih basah itu menandakan hujan baru sahaja berhenti. Teringat patung kataknya yang dijemur di belakang rumah. Bangun pagi tadi, niatnya ingin menjemur patung itu lantaran semalaman patung basah dengan air matanya. Menjadi tempat dia melepaskan geram. Namun sebaik sahaja dia ke belakang rumah, bayang patung tidak kelihatan. Pelik, bisik Suri. Pagi tadi memang dia menjemur patung itu di ampaian. Lantas dia bergegas kebiliknya. Tiada disitu. Diintainya diruang tamu, mungkin tersalah letak. Namun pencariannya menemui jalan buntu. Mungkin patungnya itu sudah dicuri orang agaknya. Sebal hatinya memikirkan perkara tersebut. Sudah itulah satunya patung yang menjadi pelepas geram ketika marahnya pada Firkan.
Tetiba teringat pada Firkan semakin sebal hatinya. Apa yang dibaca di akaun Friendster Firkan di tempat kerja tadi cukup menyakitkan hatinya. Komen-komen rakan sekerja Firkan yang memuji-muji buah hati Firkan menyakitkan hatinya. Bertambah bengkak hatinya. Jika dibandingkan pun dirinya dengan buah hati Firkan itu, macam kucing kampung dengan kucing siam. Sepanjang berkawan dengan Firkan memang dia sedar Firkan mementingkan kecantikan luaran. Walaupun apa pun dibuatnya, kecantikan luaran tetap menjadi alasan utama. Tidak disangka kecantikan luaran tatap menjadi pertimbangan utama Firkan dalam memilih pasangan hidup. Sekali lagi dia mengeluh kecil. Teringat barang-barang kerja masih belum diangkat dari kereta, dia bergegas ke kereta. Ketika itu baru dia teringat urusannya dengan jiran barunya masih belum selesai.
Pagi tadi ketika tergesa-gesa ke tempat kerja dia melanggar kereta volkswagen kuning kepunyaan jiran barunya itu. Walaupun volkswagen itu kelihatan sudah berusia namun rasa bersalah tetap bersarang di hatinya. Sudahlah pagi tadi dia mengutuk dirinya kerana mengundang malu sendiri kerana terlupa mengeluarkan duit. Ini semua pasal Firkan, kutuk Suri. Digagahkan kakinya melangkah ke pagar rumah jiran. Walaupun perasaan malu dan segan bertuan di hatinya tapi digagah kan juga kaki. Dia tidak mahu mencari musuh apatah lagi dengan jiran sebelah. Biarlah perkara tersebut berakhir disitu sahaja. Dilihat dua anak muda sedang memunggah-munggah kotak ke dalam rumah. Mungkin dialihkan sewaktu hujan tadi.
“Assalamualaikum” salam diberikan antara dengar tak dengar. Kedua pemuda yang sibuk memunggah itu berhenti seketika dan saling berpandangan. Seorang kurus tinggi dan seorang lagi mempunyai iras chinese look. Namun pemuda yang ingin dicarinya tidak kelihatan.
“ye kak, cari sape?” ujar pemuda yang kurus tinggi itu. Sengihnya sampai ke telinga.
Kak? Dia panggil aku ‘kak’? guman Suri tidak berpuas hati..
“hmm..pagi tadi saya ada langgar kereta volkswagen kuning..saya tak pasti kereta sape tp rasenya tuan kereta tu tinggal kt umah ni kot” ujar Suri teragak-agak.
“oooh..inilah cik bunga ye? Jab ye. Saya rasa awak ni cari kawan saya ni. Rizkia...” laung si pemuda bermata sepet. Bertambah bulat mata Suri. Cik Bunga?, ini mesti pasal namecard yang diberinya pagi tadi. Bertambah-tambah sebal hatinya. Dia sudah hilang akal agaknya masih menunggu disitu. Sabar Suri, sabar. Sui memujuk dirinya.
“Cik Bunga nak masuk dalam dulu pun x pe. Tapi rumah kami bersepah lagi la..maklum la baru pindah.” Pelawa pemuda sepet itu lagi. Pemuda yang tinggi tadi masih tersengih-sengih. Tidak lama kemudian keluar pemuda yang dijumpainya pagi tadi.
Sebaik sahaja Rizki melihat kelibat gadis tersebut dihadapan pagar rumahnya, senyumnya mula terukir. Biar benar, minah ni nak bayar betul ke? Hati berkata.
“kenapa cik Chempaka Suri cari saya ni?” ditekankan nama gadis itu. Kelat muka gadis itu jelas kelihatan. Mesti sudah puas dia disakat oleh si Pokok dan Ahcong.
“ni Encik. Saya nak bayar ganti lampu kereta encik yang pecah ni”ujar dalam dengar tak dengar. Ditangannya dihulurkan sampul surat berwarna putih. Jadi betullah dia betul-betul nak bayar. Hati Rizki semakin digeletek. Senyumannya semakin lebar. Gadis tersebut tidak bergerak dari tempatnya berdiri. Dihulurkannya sahaja sampul tersebut. Ahcong dan Pokok saling berpandangan.
“Cik Chempaka Suri. Saya rasa awak da salah faham. Kan saya dah cakap tak payah bayar” huluran Suri tak bersambut. Berkerut-kerut dahi Suri. Main-mainkah mamat ni? Aku nak ganti dia tak nak plak. Gumamnya geram.
“Encik, salah saya, saya yang bertanggungjawab. Saya bayar” dihulurnya sekali lagi sampul itu.
Senyuman Rizki semakin lebar. Ganti nama encik yang digunakan gadis itu semakin menggeletek hatinya.
“kenapa awak gelak?” ujar gadis tersebut. Suara berbaur agak marah. Rizki mula merasakan suasana tegang itu.
“Cik Chempaka Suri, saya-“
“Suri” gadis tersebut menekan. Mungkin marah namanya dimain-mainkan oleh Rizki.
“ye Cik Suri. Macam ni. Awak tak payah bayar lampu tu. Sebab memang dia dah pecah, so x payah bayar. Bukan salah awak“ terang Rizki
“ye sebab da pecah la saya nak bayar. Kalau tak pecah buat ape saya bayar” Suri mencelah sebelum sempat Rizki menerangkan perkara sebenar. Rizki mula panas. Degil minah ni telahnya. Huluran sampul tersebut tetap tak bersambut.
“cik adik. Sekarang ni saya cakap melayu bukan cakap tamil. Lampu tu memang da pecah. Pecah sebelum awak langgar lagi. Sebab tu saya cakap awak tak payah bayar” ujarnya tinggi sambil mengangkat kening. Itulah yang kerap dilakukannya sekiranya dia tak berpuas hati dengan sesuatu.
“jadi, memang lampu tu da pecah dari awal ?” soal suri. Tidak percaya dia memperbodohkan dirinya dihadapan 3 lelaki yang baru dikenalinya. Hari ini sudah cukup malang baginya. Air matanya mula bergenang. Tahan suri tahan. Bisiknya
“ye cik Suri, itulah yang saya nak cakap kat awak dari pagi tadi. Tapi awak nak bayar jugak.” Terang Rizki
“Kenapa awak tak cakap awal-awal. Kenapa baru sekarang nak cakap. Kenapa semua orang suka tengok orang lain memperbodohkan diri” hilang encik yang digunakannya. Meluncur laju dengan amarah Suri. Laju Suri meningalkan rumah itu. Bimbang dilihat air matanya yang sudah mula luruh. Digenggam sampul surat yang berisi wang RM 150.00 itu. Dikatup kemas pintu rumahnya tanpa menghiraukan pemuda tadi melaungkan namanya.
“cik Suri, nanti” Laung Rizki. Bertambah berkerut dahinya. Sebentar tadi senyuman yang mekar dibibirnya hilang. Hilang bersama suri.
“tadi aku saja yang perasan atau memang minah tu menangis?” soalnya kepada Ahcong dan Pokok. Mereka berdua turut terpinga-pinga.
“aku rasa ye..o’o...aku rasa ko baru je buat musuh kat sini Rizki” ujar Pokok.
Rizki masih tak percaya dengan apa yang dilaluinya petang tadi. “Kenapa semua orang suka tengok orang lain memperbodohkan diri?” terngiang suara Suri ditelinganya. Dirinyakah yang dimaksudkan Suri. Sungguh tak berniat dihatinya untuk mempermainkan Suri. Dilihat patung katak disudut katilnya. Petang tadi dia tergerak hati untuk mengambil patung itu. Bimbang basah terkena hujan. Hajatnya ingin diberi kepada Suri tadi tapi lain yang dirancang-lain yang terjadi. Lama dia memikirkan apa yang harus dilakukannya. Sekejab berbaring, sekejab berdiri. Dijentik-jentik mata katak itu. Sesekali katak itu dipeluknya.
“ko cakap kat aku aku nak buat apa katak?” tersenyum dia sendiri. Sudah gila agaknya dia bercakap dengan patung. Tangannya tergerak untuk membelek tag katak tersebut. Terdapat tulisan tangan yang hampir hilang di tag tersebut. “wanting to fall in love with the person he love”. Apa maksudnya? Berkerut-kerut keningnya memikirkan maksud ayat tersebut.
Malam itu, Suri menangis lagi. Seperti tidak lengkap jadualnya setiap malam jika tidak menangis. Marah pada dirinya, marah pada Firkan. Marah pada keadaan. Semuanya bercampur menyebabkan fikirannya semakin berserabut. Peristiwa petang tadi turut menyakitkan hatinya. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan mereka kelak. Bila difikir-fikirkan memang salahnya. Memang betul penerangan pemuda yang bernama Rizki itu. Dia yang terburu dan menggelabah menyebabkan timbul salah faham. Sekali lagi dia mengutuk kebodohannya. Dalam sedu yang masih bersisa dia mendengan laungan salam dari luar rumahnya. Selama ini tidak pernah pula rumahnya dikunjungi orang pada waktu malam. Timbul perasaan takut pada diri Suri. Selama ini dikuatkan semangatnya untuk tinggal bersendirian setiap malam. Jika dulu Firkanlah yang selalu menemaninya dengan menelefonnya sepanjang malam sekiranya dia takut. Mana mungkin dilupakannya begitu sahaja.
Salam masih belum bersambut. Firkan kah yang datang? Duga Suri. Perlahan diselak langsir. Hampir menjerit dia melihat budak volkswagen kuning petang tadi berdiri dihadapan rumahnya sambil mengelek patung kataknya. Suri tarik tudung yang sedia tersangkut di kerusi untuk menutup rambutnya. Bagaimana patung tu boleh berada dengan dia? Gumannya sendiri.
Dari kejauhan Rizki dapat melihat Suri mengintai disebalik langsir. Dari petang tadi hanya kelibat Suri yang yang dilihat. Minah ni tinggal sorang ke? Bisiknya. Tidak lama kemudian Suri berjalan keluar menuju kearahnya.
“waalaikummussalam” Suri menyorong tudungnya kehadapan. Bimbang wajahnya yang sembab akibat menangis itu tadi dapat dikesan oleh pemuda itu.
“Cik Suri. Maaf mengganggu. Saya datang ni nak pulangkan patung ni. Petang tadi hujan dan saya ternampak patung ni di ampaian belakang rumah cik Suri. Kalau kena hujan bimbang rosak itu yang saya tolong angkatkan” terang Rizki dengan panjang lebar. Bimbang Suri mencelah kerana itulah yang selalu dibuat oleh gadis itu. Diintainya muka Suri dalam kesamaran lampu jalan. Walaupun di menundukkan wajahnya. Dia boleh melihat dengan jelas mata yang sembab. Menangis lagi kah dia? Soalnyanya sendiri. Namun tak terluah. Bimbang dihambur lagi oleh Suri. Mungkin memburukkan keadaan. Patung katak itu dihulurkan. Suri menyambutnya. Lantas patung itu dibawa ke pelukkannya.
“terima kasih” katanya sambil berpusing meninggalkan dia yang masih terkial-kial dihadapan pagar.
“cik Suri tunggu. Hmmm” jeritnya kuat. Bimbang laungannya tidak dihendahkan suri seperti petang tadi. Suri berhenti tetapi tidak berpaling kearahnya.
“cik Suri. Saya mintak maaf pasal pagi tadi dan petang tadi. Saya x ade apa-apa niat nak mainkan cik Suri..” jelasnya. Akhirnya berjaya juga dia meluahnya.
“bukan salah awak tapi salah saya. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum encik” suara Suri antara kedengaran tenggelam timbul.
“by the way-nama saya Rizki” namun ketika itu Suri sudah menutup rapat pintu rumahnya. Keningnya mula diangkat. Tidak puas hati diperlakukan sedemikian rupa.
“woooooo”kedengaran sorakan dan gelak ketawa dari teman serumahnya yang semenjak dari tadi mengintai dari dalam rumah mereka. Menunggu sekiranya Rizki di marah atau dihamun. Namun hampa.
Dari dalam rumah Suri boleh mendengar dengan jelas suara sorakan jirannya. Dilihatnya patung katak yang masih dalam pelukkannya.
“nakal ko eh. Pegi duduk umah jantan-jantan tu.”.dijentik jentik mata katak itu. Ditarik-tarik hidungnya. Kemudian dipeluk erat patung tersebut. Buat seketika Suri terpana. Bau patung kataknya itu sudah bertukar. Bau yang begitu nyaman dan menyelesakan hatinya. Lantaklah ko lah katak. Lantas sambil memeluknya lagi dan kali ini dengan lebih erat.
Lewat malam itu, ketika Rizki cuba melelapkan mata. Bunyi perempuan menangis itu kedengaran lagi. Sedunya jelas kedengaran. Bulu tengkuknya meremang. Takkan malam ni dia nak kacau aku lagi? Marahnya. Ditekup telinganya, dibacanya ayat kursi dan semua surah yang dihafalnya berulang kali. Dibacanya sehingga lelap matanya bersama alunan tangisan yang semakin sayup hening dalam dingin pagi.

Friday, November 7, 2008

bosan


bosan dengan hidup..nk lari dari semua masalah? bosan dengan kerenah orang? bosan ngan kerja? bosan sbb x de kerja? bosan dengan orang 2 sendiri? atau lebih tepat...bosan dengan diri sendiri?..entahlah..kadang nk hilangkan rasa bosan 2 kita bley melakukan perkara yang agak diluar keterbatasan, x logik, x patut---pada kaca mata org lain...

Wednesday, November 5, 2008

penyakit malas-degree 8/10

post aku ari khas untuk react ngan post amy yang berbunyi :

AKU SGT BLURRR

AKU SGT PASIF
AKU DILANDA PENYAKIT MALAS


hahaha..kalau nk tau kt opis aku ni..da 2 mgu penyakit malas melanda..siap leh tgk muvie..update FS..main facebook..search kje baru..sembang2..n banyak lagi...da 2 mgu 2 kje pending...n gud luck 4 my next submission..mesti aku lintang pukang..hahahaha

Tuesday, November 4, 2008

i work here..hehe


walaupun aku x terlibat lam projek ni tp nk expose gak..hahaha

bos aku bangga gila--siap panggil kitaorg tgk reramai
neway tahniah pd officemates aku yang lintang pukang wt kje ni

Monday, November 3, 2008

104-my not so lucky no.

hello..i'm back in bisnes..hehe..uiih lmegak aku tinggalkan blog ni..lam seminggu..aku da slamat sampai ke kl n kembali bekerja. hari mgu ari 2 aku p TAC-asesment utk jd PTN..waaaa..dengan konfident aku leh kate yang this might be the 1st n the last time aku apply jwtn 2..kalau aku dr awal2 lagi dia payah mcm ni..x de la aku beria2 apply jwtn 2..aku x mintak PTD pun sbb aku tau setakat mne kemampuan aku..n bl da p sana baru aku tau yang TAC ni menggunakan modul penilaian PTD utk nilai pemohon2 ni sme....waaaaa....n luckily aku berjaya tanpa menspoilkan apa2 sepanjang TAC ni..alhamdulillah

antara aktiviti kt INTIM (INTAN wilayah Timur) kat kemaman ari 2 melibatkan pengucapan awam, public speaking, debat ala parlimen, pas2 de kje grouping n individual n larian 2.4 km..hahaha..part larian 2 mmg awal2 aku da menyerah kalah..sib baik bkn no last je..chaiyunk2 sarah...n the bad new-aku antara yang menjadi penyanyi solo ari sbb pkai baju itam-aku x prasan plak dia soh pakai baju putih...hahaah...n my lucky (lucky ke ) 104..itula no.pasport aku kt situ...

da habis n masa TAC itu, aku raser mcm-----aku x suka environment 'formal' yang sentiasa ade disitu..wt aku raser lemas n kena jd org lain n pelakon terbaik utk mainkan watak sarah sebagai sorang yang formal..pada yang kenal aku tau la aku yang seorang yang 'hentam sajalah'...tp kt TAC ni-it's all about formality...itu yang jelasnye..t la..klu da ade pic t aku upload..jika inila environment yang akan berkerja t..waaa-mesti aku akan agak tertekan...this is me--formality buat aku raser lemass

Click Me

Related Posts with Thumbnails