Wednesday, February 25, 2009

Ada Untukmu - Part IV

Sori sebab lambat..aku da upload ari tu pastu aku delete balik..sebab org komen e byk ejaan salah...thanks ya...pepepun...aku da buat yang terbaik..happy reading


Suri tak tahu kenapa dia menurut idea gila Rizki untuk berjumpanya malam itu. Dia tidak tahu hantu mana yang merasuk dirinya. Semalam semasa Rizki menyatakan niat gilanya pada suri, dia hampir menjerit. Dia tahu mamat tu gila, tapi tak sangka sejauh itu kegilaannya. Digigit-gigit straw minuman dihadapannya. Rizki masih tenang makan dihadapannya seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan dia tidak senang duduk semenjak sampai kesitu. Dirasakan semuanya serba tak kena. Sesekali Rizki menjelingnya. Seketika, dia terkejut apabila Rizki menarik lembut bekas minimum di tangannya.

“awak tak payahla gigit straw tu. Klu da habis, pergila order yang lain” katanya sambil tersenyum.

“Saya pun tak tahu kenapa saya setuju keluar dengan awak malam ni. Apa yang awak nak sebenarnya” ujarnya pada Rizki. Ditatapnya muka Rizki. Lelaki itu kelihatan begitu menarik dimatanya malam itu. Tshirt bewarna merah yang dipakainya malam itu kelihatan begitu sepadan dengan kulit cerahnya. Tiba-tiba semakin membuak rasa geramnya pada Rizki.

“it’s not about what i want here. Its about what i can offer you. Takkan saya tak cakap jelas lagi semalam. I want you to be my girfriend”

“saya tak faham apa yang awak cakap. Cukuplah sorang sahaja yang porak perandakan hidup saya. Saya tak perlu tambah awak sorang lagi”dia tidak memandang Rizki. Tidak berani

“that’s y i’m here. saya bley tolong awak. Trust me Suri. He will be urs”

“dengan jadi girfriend awak? saya tak faham macam mana itu boleh selesaikan masalah saya. Besides, you dont even know me..” fikirannya bingung. Adakah Rizki sedang mempermainkannnya. Dia tak faham bagaimana Rizki boleh terfikir idea gila tersebut. Tidak pernah pula dia mendengar orang bercinta untuk mendapatkan orang lain.

“kita boleh mula sekarang...lagipun apa kurangnya saya. I’m handsome, generous, smart and not to forget a superhero too” katanya sambil mengangkat kening. Sempat rizki mengusik suri. Dia tahu suri pasti sedang marahkannya. Dia dapat melihat dengan jelas suri mengetap giginya.

Bulat mata suri memandang Rizki. Tidak pernah dia mendengar orang memuji diri sendiri sedemikian rupa. Dijelingnya Rizki, tidak percaya apa yang didengarnya.

“apa? Jangan cakap awak tak rasa saya handsome..” katanya sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya.

“do you know what your real problem is..awak dont trust urself. Have faith on urself only then awak boleh miliki dia” dia merenung Suri. Kata-kata itu membuatkan Suri merenung Rizki tajam. Apa maksud lelaki ni, bisik suri.

“sapa awak nak adili saya macam tu. You just know me for a month. Awak tahu pendapat saya pada awak macam mana. You are the most sarscastic, hidung tinggi, unbelievable and...and unacceptable person i ever met. Jangan ingat awak handsome, awak bley wat macam-macam kat orang lain” katanya melepaskan geram. Tidak disangkanya lelaki dihadapannya menempelaknya begitu. Terasa sebal hatinya dituduh begitu oleh Rizki.

“well. Sekurang-kurangnya awak mengaku saya handsome” kata Rizki tersenyum. Kata-kata rizki itu membuatkan dia bingkas bangun dan mencapai tas tangannya. Dirasakan kata-kata Rizki itu begitu melampau. Sebelum sempat dia beredar Rizki mencapai lengannya.

“suri duduk dulu. Dengar apa yang saya nak cakap. Saya nak tolong awak..”kate Rizki lembut. Ditariknya tangan suri agar duduk di sisinya.

“ok. Saya tahu, saya baru kenal awak sebulan dan awak pun baru kenal saya. Tapi why not, saya tolong awak n awak bagi la upah saya” dia mengangkat kening sambil tersenyum sinis.

“upah awak?” suri mengerutkan dahinya. Tidak memahami apa yang ditutur Rizki.

“iya...saya tak cakap saya tolong awak free..” dia tersenyum lagi tapi kali ini penuh makna. Suri memandang rizki x percaya. Rizki kemudian menarik tangan suri ke genggamannya. Suri berusaha untuk melepaskan genggaman rizki namun tidak berjaya. Ingin dia menjerit namun dirasakan segan dengan pengunjung restoren tersebut. Dia merenung rizki tidak percaya. Berani betul mamat ni. Rizki tidak mengalihkan renungannya dari wajah suri. Suri mengerutkan dahi.

Rizki menjuihkan bibir ke kiri memberi isyarat agar Suri memandang ke arah kaunter bayaran. Ketika itu mata suri bulat memandang. Firkan berdiri tegak merenungnya tajam. Disisinya berdiri seorang gadis sedang membuat pesanan. Suri jadi tak keruan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia mula terasa genggaman tangan Rizki semakin longgar. Rizki tersenyum memandang Firkan. Sedari tadi dia terperasan kehadiran firkan disitu. Sengaja dia memberi umpan biarpun dia tahu suri pasti meradang dengannya.

Selesai membuat pesanan Firkan menarik Qistina ke arah meja suri. Suri makin tidak keruan. Dia memandang kebawah, tanggannya mula seram sejuk. Seketika Suri terkejut apabila Rizki berbisik lembut di telinganya.

“pandang kedepan, dont worry. I’m with you” dia menggenggam lembut tangan sejuk suri. Suri memandang wajah Rizki. Sebelum sempat Suri bersuara memarahi Rizki dia mendengar sapaan Firkan.

“well-well. Tak sangka jumpa suri kat sini. May i join u suri. If u dont mind?” Firkan memandang Rizki.

“why not. Sure. Have a sit. Lagipun mesti Chempaka suka.” Perlahan ditarik genggaman tangannya dan tangan Suri diletakkan di atas meja. Firkan menjeling tidak percaya apa yang dilihatnya.

Suri membulatkan mata memandang Rizki. Dia tidak percaya apa yang didengari oleh telinganya. Chempaka? Tidak pernah pula Rizki memanggilnya sedemikian.

“Suri, ni Qistina, awak ingat kan. You met her before”Qistina menghulurkan tangan bersalaman dengannya. Dia masih ingat gadis itu. Malah dia sendiri yang meminta nombor Qistina dari teman sepejabatnya. Namun Qistina mungkin tidak mengetahui perkara tersebut. Dia tersenyum tawar. Sekilas pandang dia tahu Qistina memang gadis yang akan membuatkan Firkan mengejarnya walau dengan apa cara pun. Penampilannya dengan dengan Qistina dirasakan begitu berbeza. Tiba-tiba dirasakan dirinya memang tidak layak untuk Firkan. Rizki yang sedari tadi terdiam terkesan dengan perubahan riak wajah Suri.

“dah dua kali kita terjumpa tapi tak pernah sempat kenal. Saya Rizki” Rizki menghulurkan tangan ke pada Firkan.

“Firkan”kata Firkan seraya menyambut huluran tangan Rizki. Rizki dapat merasakan genggaman dan renungan Firkan umpama amaran padanya namun dia hanya tersenyum. Suasana sepi sehinggalah Firkan dan Qistina menghabiskan hidangan mereka. Sesekali Firkan berbahasa basi dengan Rizki. Suri hanya bersuara apabila disoal Firkan. Selebihnya dia hanya mendiamkan diri. Dia tidak faham tujuan Rizki mempelawa Firkan makan semeja bersama mereka. Sesungguh ketika itu Suri hanya berharap dia lekas beredar dari situ. Dia tidak tahan dengan jelingan Firkan. Kadang-kadang dirasakan soalan Firkan seolah-olah menyindirnya dan Rizki. Tapi riak wajah Rizki masih selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Selesai makan mereka berempat berjalan seiringan ke kereta.

“Qistina, awak boleh tunggu kat sini sekejab. Saya ada benda nak cakap dengan Suri kejab. Rizki, may i borrow her for a while” Rizki tersenyum memandang Suri. Qistina kelihatan terkebil-kebil ditinggalkan Firkan sebelum sempat dia berkata apa-apa. Rizki menyorot pandangan ke arah Suri dan Firkan yang bergerak ke sudut agak jauh dari mereka. Tidak mengendahkan Qistina yang berdiri di sebelahnya.

“you like her. Do u?” Qistina menegur sinis Rizki.

“if yes, why?” Rizki memandang Qistina. Sejak dari tadi, dia terasa jengkel dengan gadis tersebut. Dia pelik macam Firkan boleh menyukai gadis sebegitu. Melihat penampilannya malan itu, seolah-olah menampakkan dia tidak terkesan langsung dengan dingin angin malam.

“unfortunately, she didnt like you. Dari dulu dia sukakan Firkan. kesian” Qistina bersuara. Dia memandang Firkan yang kelihatan rancak berbual dengan Suri. Rizki menjeling Qistina. Terasa ringan mulutnya ingin menempelak kata Qistina. Namun didiamkan kerana melihat Suri dan Firkan berjalan beriringan kearahnya.

“i tell you what. If u change your mind. Do not feel hesitate to contact me”kata Qistina sambil menyelitkan secebis kertas di jari Rizki. Qistina bergerak memeluk tangan Firkan sebaik sahaja Firkan mendekati mereka.

“so, nice to know you.See you again” kata Firkan sambil bersalam dengan Rizki.

“yeah, we will” kata Rizki penuh makna sambil merenung Suri. Suri semenjak dari tadi hanya membatukan diri. Diaturkan langkahnya ke kereta sebaik sahaja kereta Firkan hilang dari pandangan.

Suri mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. Rizki disebelah tenang memandu. Dia tahu saat itu bukan masa yang sesuai dengan berbincang dengan Suri. Dia tahu, Suri pasti masih marah tentang kelakuannya di restoren tadi. Sampai di hadapan rumah Suri, Firkan memberhentikan keretanya. Suri masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar dari kereta.

“Rizki. Terima kasih sebab sudi ajak saya makan malam ni. Juga terima kasih atas tawaran awak. tapi tu tak bermakna saya suka dengan apa yang awak buat kat saya malam ni. Stay away from me Rizki, lets not meet again. Biar cerita ni tamat kat sini je ok. And Rizki, i’m not part of ur jokes. Thanks for ur concern”kata suri dan kemudiannya keluar dari kereta dan bergerak menuju ke rumahnya. Dia kemudiannya menghentikan langkahnya apabila mendengar namanya dipanggil.

“Suri tell me, apa yang Firkan cakap kat awak tadi. Bukan dia tanya apa hubungan kita? Or he ask you to stay away from me? Or maybe, he ask you to not see me anymore? Bukan macam tu?” jerit Rizki. Suri memberhentikan langkahnya tapi tidak bersuara. Menangguk tidak, mengiyakan pun tidak.

“i guess i’m rite. Sebelum ni pernah ke Firkan buat macam tu Suri. Tell me...pernah ke dia marah awak sebab lelaki lain. Tak ada kan. You know why. Bukan sebab dia tak suka saya. Tapi sebab dia rasa terancam dengan kehadiran saya. Itu bukti awak penting pada dia Rizki”Rizki masih berdiri jauh dari Suri namun dia yakin suri dapat mendengar jelas suaranya.

“awak tak dapat miliki dia if you stood still like this suri. Dengar awak menangis tiap-tiap malam. You just hurting urself and i hate to see that. It just not right. think about this again suri. Jangan buat keputusan terburu-buru. And you are not a joke for me Suri.”Rizki mengakhiri kata-katanya. Dia masih memandang suri yang masih membatukan diri.

“selamat malam Rizki. Assalamualaikum”sayup suara Suri sebelum dia melangkah meninggalkan Rizki.

Petang itu, suri khusyuk mendengar cerita kak Ain tentang pengalamannya sewaktu berkursus. Suri mula mengenali kak Ain di tahun akhir pengajiannya. Semenjak dari itu, dia menjadi rapat dengan kak Ain yang sudah dianggapnya seperti kakaknya sendiri itu. Sewaktu pulang petang tadi kak Ain tidak berhenti-henti bercerita. Dia hanya mampu tersenyum. Dengan kehadiran kak ain, suri tahu ia akan mampu mengurangkan perasaan sedihnya. Sekurang-kurangnya dia ada teman bersembang. Tiba-tiba kak Ain mengalih tajuk, bercerita tentang jiran baru mereka. Suri tergelak bila kak Ain menggelarkan mereka bujang lapuk. Kata kak Ain yang kurus tinggi tu Sudin, yang sepet itu Aziz dan yang sorang lagi tu si Ramli. Sesuai dengan rambut kerintingnya, kata kak Ain. Dia tahu kak Ain merujuk pada Rizki.

“tapi Suri, Ramli tu hensem kan. Mesti ramai pompuan suke tu”kata kak Ain mengakhiri perbualannya. Suri tersenyum. dia teringat Rizki. Siapa akan menidakkan benda tu kak, cuma perangai je buruk sikit, bisik Suri sendiri. Entah kenapa dirasakan dia dan Rizki memang tidak sehaluan. Dia jadi tidak betah dan rasa canggung dengan lelaki itu. Berbanding dengan Ah cong dan Pokok yang pada awal baginya agak gemar menyakat namun dia akhirnya sedar Pokok dan Ah Cong tidaklah seburuk yang disangka.

Dia mengatur langkah ke biliknya selepas meminta diri dari kak Ain. Badannya terasa lekit dan penat. Hari ini dirasakan begitu panjang untuk dilaluinya. Seusai mandi, dia menghenyak badannya di katil. Ditarik patung katak ke pelukannya dan dirapatkan ke wajahnya. Ketika itu dia terperasan haruman yang dicarinya sudah tiada. Dia sedar haruman itu dari Rizki. Setiap kali bersama Rizki, hidungnya pasti disapa dengan haruman tersebut. Terasa seperti khayal dengan haruman itu. Buat seketika dia terlupa luka pedih dihatinya. Namun bau tersebut telah tiada. Tiba-tiba suri tersenyum, teringatkan dirinya yang berusaha mencari haruman perfume tersebut di sebuah kedai perfume minggu lepas. Dia sendiri tidak tahu jenama apa yang dicari sehingga hampir membuatkan promoter kedai memarahinya. Sudahnya dia keluar dengan tangan kosong. Dia tersenyum memikirkan keobsesan dia terhadap haruman itu. Lantas membawa ingatannya ke Rizki. Sudah seminggu semenjak kejadian minggu lepas dia tidak bersua muka dengan Rizki. Dia sendiri tidak pernah lagi terserempak dengan Rizki selepas itu. Dia teringat perbualannya bersama Firkan minggu lepas. Seolah tidak percaya apa yang ditutur Firkan.

“Suri, apa hubungan awak dengan dia?”Firkan menyoal Suri. Suri merenung Firkan. apa maksud Firkan.

“Suri apa awak buat ni. you dont know him.”Firkan menyambung sebelum sempat dia menjawab.

“habis tu awak nak suruh saya buat apa Firkan. Ikut semua cakap awak. Atau terus jadi barang mainan awak.”dia menyanggah kata-kata Firkan.

“Suri, dont bring that up. Saya cakap untuk kebaikan awak. you shouldnt be with him”Firkan meraih tangan Suri. Suri merentap tangannya.

“habis tu saya patut dengan sapa? Dengan awak? sudah lah Firkan” dia beredar mengakhiri perbualan mereka malam itu.

Dan sejak malam itu, dia sedar Firkan cemburukan Rizki. Sebelum ini Firkan tidak pernah mengendahkan mana-mana lelaki yang keluar dengannya. Tidak pernah pula Firkan melarang dia berkawan dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Mungkin kata Rizki betul, itu buktikan dia penting bagi Firkan.

Suri mengatur langkah ke balkoni. Menjenguk disebalik tingkap untuk mengintai bilik Rizki. Lampu biliknya tertutup tanda pemiliknya tidak berada di biliknya. Sudah seminggu juga Suri menjenguk melalui tingkapnya untuk melihat balkoni rumah Rizki namun hampa. Niatnya untuk melihat Rizki. Suri mengeluh dan mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. Tiba-tiba dia terasa kehilangan.

Rizki dapat melihat dengan jelas Suri dari biliknya. Dia tersenyum sendiri. Dua malam lepas dia terperasan kelibat Suri dari tingkap biliknya. Pada mulanya dia menganggap itu hanya perkara biasa namun begitu juga pada hari berikutnya menyebabkan dia terasa yang sebenarnya Suri mengintai kelibatnya. Rindu barangkali, telahnya sendiri. Sengaja dia menutup lampu biliknya untuk menguji Suri. Dia tersenyum lagi. Suri masih lagi tidak menyedari dirinya diperhatikan. Rizki menyalakan api rokok dan menghembusnya di dalam gelap. Dia masih belum berpeluang memohon maaf pada Suri. Rasa bersalah menujah hatinya, mungkin aku keterlaluan tempoh hari, bisiknya. Dia bangun menuju ke balkoni menunjukkan diri, menyandarkan badannya menghadap balkoni rumah Suri.

“seronok ke mengendap orang macam tu taip-tiap malam. Saya tak sedar plak bila saya jadi begitu popular sampai ada pengendap”

Tersentuk suri mendengar teguran Firkan. fikirannya melayang entah kemana. Entahlah semenjak dua tiga hari ni bukan Firkan dalam mindanya tetapi ade bayangan lain yang menyapa. Segera dia mematikan fikirannya. Suri mengundurkan badannya dua langkah ke belakang. Menyorok disebalik dinding.

“siapa yang intai awak” jeritnya disebalik langsir.

“ade orang rupanya”Rizki tersenyum. dia tahu, Suri pasti meradang dengannya lantaran dituduh begitu. Dia diam seketika menghabiskan sisa batang rokok yang dihisapnya.

Suri menunggu balasan Rizki namun dia hampa. Dia melabuhkan badannya disisi pintu duduk, sambil memeluk lutut. Masih menunggu balasan Rizki.

“katak awak sihat?” tanya Rizki tersenyum. Suri menjeling patung katak dia atas katil. Dia tersenyum. rupanya Rizki masih mengingati patung kataknya.

“sihat. Dia kirim salam kat awak”sambut Suri. Dia merasa terhibur dengan gurauan Rizki.

“katak je. Tuan dia x?”usik Rizki. Berderau darah Suri. Dia sedar Suri masih disitu walaupun tidak kelihatan di pandangannya. Suri terdiam. Tidak disangka Rizki masih seperti biasa. Seperti tidak terkesan langsung dengan kata-katanya tempoh hari. Rasa bersalah menghujani dirinya. Tidak adil rasanya dia mengadili Rizki terlalu awal, menghukum Rizki sepertimana yang disuruh Firkan. Selama ini dia tidak pernah pula membenci seseorang sedemikian rupa. Apatah lagi atas desakan orang lain.

“Suri, saya mintak maaf pasal hari tu. Kat restoren hari tu. Mungkin saya da lepasi garisan yang sepatutnya. I’m sory” kata-kata meluncur dari mulut Rizki. Suri dapat mendengarnya dengan jelas. Dia tersenyum. Rizki tidaklah sejahat yang disangka bisiknya. Dia mendiamkan diri. Berkira-kira untuk memaafkan Rizki.

“but i meant it Suri. You should think again. Tawaran saya masih terbuka. Bukan setiap hari ada lelaki hebat macam saya tawarkan diri untuk jadi boyfren awak”sambung Rizki.

Suri membulatkan matanya. Dia baru sahaja ingin merubahkan tanggapannya terhadap Rizki. Aku buang masa je, gumannya geram. Suri bangun berdiri tegak namun masih berdiri di belakang langsir.

“encik Rizki. Saya tak perlukan pertolongan awak. Even you the last man on earth. Terima kasih.” Lantas dia menutup sliding door biliknya dengan kuat agar didengari Rizki. Suri merengus marah dan menghenyakkan dirinya ke katil. Dia kemudian mengutuk dirinya sendiri kerana bersangka baik pada Rizki.

Rizki tersenyum. kali kelima bisiknya. Dia kemudian beredar masuk dan melabuhkan badan dikatilnya. Dia merenung syiling biliknya. Dia terbayang Suri yang pasti sedang memukul patung kataknya. Dengan ketawa yang masih bersisa dia terlena sehingga ke pagi.

Suri membetulkan laptop yang digalasnya. Kerja di pejabat yang masih bersisa menyebabkan dia terpaksa menyiapkannya dirumah walaupun sebolehnya dia tidak mahu mecampurkan waktu peribadi dengan kerja pejabat. Sewaktu berjalan ke kereta dia terkejut dengan kehadiran Firkan yang sedang bersandar di keretanya. Suri mengeluh. Apa lagi yang dimahunya, bisik Suri sendiri.

“hai sayang. Susahnya nak jumpa dengan awak sekarang” tegur Firkan. Suri hanya melewati Firkan. tidak mengendahkannya. Dia membuka pintu belakang, meletakkan beg laptop dan kemudian beredar ke pintu depan. Ketika itu Firkan menghalangnya.

“what happen to you Suri. Kenapa awak lari dari saya, tak endahkan saya” Firkan bersuara. Suri masih membatukan diri. Kalau boleh dia tidak mahu melayan Firkan. Melayannya hanya akan menjadikan dia nampak lebih lebih.

“or is this about that Rizki guy. Awak dah termakan dengan kata-kata dia. Think twice Suri”telah Firkan. Suri yang sedari tadi tidak berminat dengan tuturan Firkan mengangkat wajahnya. Merenung Firkan. Rizki? Dari mana datang idea gila ni, bisiknya.

“apa yang awak cakap ni Firkan”Suri bersuara.

“guy like that will never like girl like you. He maybe flirting with you Suri. Sebelum jadi apa-apa, you better stop Suri”Firkan menuturnya laju. Dia mengusap rambutnya. Dirasakan dia tidak sabar-sabar untuk menyuruh Suri menjauhi lelaki bernama Rizki itu. Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia begitu gelisah tentang itu.

“and what that supposed to mean? Girl like me?”Suri menahan marah. Firkan mula menyedari kesilapan kata-katanya. Suri merenung Firkan.

“Suri...Suri wait:”dia cuba menahan Suri. Namun ketika itu Suri sudah masuk ke dalam kerata dan meninggalkan Firkan terkebil-kebil. Firkan mengutuk dirinya sendiri. Niatnya ingin memujuk Suri tapi jelas dia memburukkan lagi keadaan.

Suri mengetap bibir menahan marah. A girl like me? Gumamnya sendiri. Buruk sangatkah dirinya. Begitukah nilainya di mata Firkan. Rasa sakit hati, marah dan kecewa berbaur di dalam hati Suri. Dia mengutuk dirinya sendiri kerana menyukai lelaki seperti Firkan. Terasa Firkan seolah-olah mencabarnya. Tiba-tiba suri memberikan isyarat dan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia menyelongkar tas tangannya mencari telefon bimbitnya. Dia menekan-nekan butang telefon mendail seseorang. Seketika seseorang menyambut du hujung talian.

“Suri ni. You win. I agree with you. Saya setuju jadi girfren awak Rizki” kata Suri tegas. Rizki dihujung talian terdiam. Tidak percaya apa yang didengarnya. Sesungguhnya saat itu itu dia merasa pasti ada hantu yang merasuk Suri, bisiknya sendiri. Namun ada senyum dibibirnya.

7 comments:

Anonymous said...

ade tambahan pape ke..?

nuna_sarah said...

x dop menda pun..cuma aku tambah beberapa ayat n betulkan mana yanga ku perasan je..tu je

Unknown said...

agak² cerite ni smpai ke jingjang pelamin x..??
hekhek

nuna_sarah said...

errr---pe kate wat chinta mati?
haha

Baijat said...

awat la hang x try antar p publishing...

nuna_sarah said...

ko bace x ni? komen je? hahaha
klu aku anta ni leh pakai ke-maksud aku..kang kena reject..lagipun aku baru bertatih ni..lek2 dulu

Anonymous said...

emm, sy stuju dg baijat wlau sy tak kenal baijat. manalah tahu, pasni jd kaya raya mcm penulis LOTR ke.. :) plot2 pnceritaan wak makin best. terpulanglah ksudahannya cmne, wak yg tulis, wak bebas. :)

Click Me

Related Posts with Thumbnails