Wednesday, February 25, 2009

Ada Untukmu - Part IV

Sori sebab lambat..aku da upload ari tu pastu aku delete balik..sebab org komen e byk ejaan salah...thanks ya...pepepun...aku da buat yang terbaik..happy reading


Suri tak tahu kenapa dia menurut idea gila Rizki untuk berjumpanya malam itu. Dia tidak tahu hantu mana yang merasuk dirinya. Semalam semasa Rizki menyatakan niat gilanya pada suri, dia hampir menjerit. Dia tahu mamat tu gila, tapi tak sangka sejauh itu kegilaannya. Digigit-gigit straw minuman dihadapannya. Rizki masih tenang makan dihadapannya seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan dia tidak senang duduk semenjak sampai kesitu. Dirasakan semuanya serba tak kena. Sesekali Rizki menjelingnya. Seketika, dia terkejut apabila Rizki menarik lembut bekas minimum di tangannya.

“awak tak payahla gigit straw tu. Klu da habis, pergila order yang lain” katanya sambil tersenyum.

“Saya pun tak tahu kenapa saya setuju keluar dengan awak malam ni. Apa yang awak nak sebenarnya” ujarnya pada Rizki. Ditatapnya muka Rizki. Lelaki itu kelihatan begitu menarik dimatanya malam itu. Tshirt bewarna merah yang dipakainya malam itu kelihatan begitu sepadan dengan kulit cerahnya. Tiba-tiba semakin membuak rasa geramnya pada Rizki.

“it’s not about what i want here. Its about what i can offer you. Takkan saya tak cakap jelas lagi semalam. I want you to be my girfriend”

“saya tak faham apa yang awak cakap. Cukuplah sorang sahaja yang porak perandakan hidup saya. Saya tak perlu tambah awak sorang lagi”dia tidak memandang Rizki. Tidak berani

“that’s y i’m here. saya bley tolong awak. Trust me Suri. He will be urs”

“dengan jadi girfriend awak? saya tak faham macam mana itu boleh selesaikan masalah saya. Besides, you dont even know me..” fikirannya bingung. Adakah Rizki sedang mempermainkannnya. Dia tak faham bagaimana Rizki boleh terfikir idea gila tersebut. Tidak pernah pula dia mendengar orang bercinta untuk mendapatkan orang lain.

“kita boleh mula sekarang...lagipun apa kurangnya saya. I’m handsome, generous, smart and not to forget a superhero too” katanya sambil mengangkat kening. Sempat rizki mengusik suri. Dia tahu suri pasti sedang marahkannya. Dia dapat melihat dengan jelas suri mengetap giginya.

Bulat mata suri memandang Rizki. Tidak pernah dia mendengar orang memuji diri sendiri sedemikian rupa. Dijelingnya Rizki, tidak percaya apa yang didengarnya.

“apa? Jangan cakap awak tak rasa saya handsome..” katanya sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya.

“do you know what your real problem is..awak dont trust urself. Have faith on urself only then awak boleh miliki dia” dia merenung Suri. Kata-kata itu membuatkan Suri merenung Rizki tajam. Apa maksud lelaki ni, bisik suri.

“sapa awak nak adili saya macam tu. You just know me for a month. Awak tahu pendapat saya pada awak macam mana. You are the most sarscastic, hidung tinggi, unbelievable and...and unacceptable person i ever met. Jangan ingat awak handsome, awak bley wat macam-macam kat orang lain” katanya melepaskan geram. Tidak disangkanya lelaki dihadapannya menempelaknya begitu. Terasa sebal hatinya dituduh begitu oleh Rizki.

“well. Sekurang-kurangnya awak mengaku saya handsome” kata Rizki tersenyum. Kata-kata rizki itu membuatkan dia bingkas bangun dan mencapai tas tangannya. Dirasakan kata-kata Rizki itu begitu melampau. Sebelum sempat dia beredar Rizki mencapai lengannya.

“suri duduk dulu. Dengar apa yang saya nak cakap. Saya nak tolong awak..”kate Rizki lembut. Ditariknya tangan suri agar duduk di sisinya.

“ok. Saya tahu, saya baru kenal awak sebulan dan awak pun baru kenal saya. Tapi why not, saya tolong awak n awak bagi la upah saya” dia mengangkat kening sambil tersenyum sinis.

“upah awak?” suri mengerutkan dahinya. Tidak memahami apa yang ditutur Rizki.

“iya...saya tak cakap saya tolong awak free..” dia tersenyum lagi tapi kali ini penuh makna. Suri memandang rizki x percaya. Rizki kemudian menarik tangan suri ke genggamannya. Suri berusaha untuk melepaskan genggaman rizki namun tidak berjaya. Ingin dia menjerit namun dirasakan segan dengan pengunjung restoren tersebut. Dia merenung rizki tidak percaya. Berani betul mamat ni. Rizki tidak mengalihkan renungannya dari wajah suri. Suri mengerutkan dahi.

Rizki menjuihkan bibir ke kiri memberi isyarat agar Suri memandang ke arah kaunter bayaran. Ketika itu mata suri bulat memandang. Firkan berdiri tegak merenungnya tajam. Disisinya berdiri seorang gadis sedang membuat pesanan. Suri jadi tak keruan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia mula terasa genggaman tangan Rizki semakin longgar. Rizki tersenyum memandang Firkan. Sedari tadi dia terperasan kehadiran firkan disitu. Sengaja dia memberi umpan biarpun dia tahu suri pasti meradang dengannya.

Selesai membuat pesanan Firkan menarik Qistina ke arah meja suri. Suri makin tidak keruan. Dia memandang kebawah, tanggannya mula seram sejuk. Seketika Suri terkejut apabila Rizki berbisik lembut di telinganya.

“pandang kedepan, dont worry. I’m with you” dia menggenggam lembut tangan sejuk suri. Suri memandang wajah Rizki. Sebelum sempat Suri bersuara memarahi Rizki dia mendengar sapaan Firkan.

“well-well. Tak sangka jumpa suri kat sini. May i join u suri. If u dont mind?” Firkan memandang Rizki.

“why not. Sure. Have a sit. Lagipun mesti Chempaka suka.” Perlahan ditarik genggaman tangannya dan tangan Suri diletakkan di atas meja. Firkan menjeling tidak percaya apa yang dilihatnya.

Suri membulatkan mata memandang Rizki. Dia tidak percaya apa yang didengari oleh telinganya. Chempaka? Tidak pernah pula Rizki memanggilnya sedemikian.

“Suri, ni Qistina, awak ingat kan. You met her before”Qistina menghulurkan tangan bersalaman dengannya. Dia masih ingat gadis itu. Malah dia sendiri yang meminta nombor Qistina dari teman sepejabatnya. Namun Qistina mungkin tidak mengetahui perkara tersebut. Dia tersenyum tawar. Sekilas pandang dia tahu Qistina memang gadis yang akan membuatkan Firkan mengejarnya walau dengan apa cara pun. Penampilannya dengan dengan Qistina dirasakan begitu berbeza. Tiba-tiba dirasakan dirinya memang tidak layak untuk Firkan. Rizki yang sedari tadi terdiam terkesan dengan perubahan riak wajah Suri.

“dah dua kali kita terjumpa tapi tak pernah sempat kenal. Saya Rizki” Rizki menghulurkan tangan ke pada Firkan.

“Firkan”kata Firkan seraya menyambut huluran tangan Rizki. Rizki dapat merasakan genggaman dan renungan Firkan umpama amaran padanya namun dia hanya tersenyum. Suasana sepi sehinggalah Firkan dan Qistina menghabiskan hidangan mereka. Sesekali Firkan berbahasa basi dengan Rizki. Suri hanya bersuara apabila disoal Firkan. Selebihnya dia hanya mendiamkan diri. Dia tidak faham tujuan Rizki mempelawa Firkan makan semeja bersama mereka. Sesungguh ketika itu Suri hanya berharap dia lekas beredar dari situ. Dia tidak tahan dengan jelingan Firkan. Kadang-kadang dirasakan soalan Firkan seolah-olah menyindirnya dan Rizki. Tapi riak wajah Rizki masih selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Selesai makan mereka berempat berjalan seiringan ke kereta.

“Qistina, awak boleh tunggu kat sini sekejab. Saya ada benda nak cakap dengan Suri kejab. Rizki, may i borrow her for a while” Rizki tersenyum memandang Suri. Qistina kelihatan terkebil-kebil ditinggalkan Firkan sebelum sempat dia berkata apa-apa. Rizki menyorot pandangan ke arah Suri dan Firkan yang bergerak ke sudut agak jauh dari mereka. Tidak mengendahkan Qistina yang berdiri di sebelahnya.

“you like her. Do u?” Qistina menegur sinis Rizki.

“if yes, why?” Rizki memandang Qistina. Sejak dari tadi, dia terasa jengkel dengan gadis tersebut. Dia pelik macam Firkan boleh menyukai gadis sebegitu. Melihat penampilannya malan itu, seolah-olah menampakkan dia tidak terkesan langsung dengan dingin angin malam.

“unfortunately, she didnt like you. Dari dulu dia sukakan Firkan. kesian” Qistina bersuara. Dia memandang Firkan yang kelihatan rancak berbual dengan Suri. Rizki menjeling Qistina. Terasa ringan mulutnya ingin menempelak kata Qistina. Namun didiamkan kerana melihat Suri dan Firkan berjalan beriringan kearahnya.

“i tell you what. If u change your mind. Do not feel hesitate to contact me”kata Qistina sambil menyelitkan secebis kertas di jari Rizki. Qistina bergerak memeluk tangan Firkan sebaik sahaja Firkan mendekati mereka.

“so, nice to know you.See you again” kata Firkan sambil bersalam dengan Rizki.

“yeah, we will” kata Rizki penuh makna sambil merenung Suri. Suri semenjak dari tadi hanya membatukan diri. Diaturkan langkahnya ke kereta sebaik sahaja kereta Firkan hilang dari pandangan.

Suri mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. Rizki disebelah tenang memandu. Dia tahu saat itu bukan masa yang sesuai dengan berbincang dengan Suri. Dia tahu, Suri pasti masih marah tentang kelakuannya di restoren tadi. Sampai di hadapan rumah Suri, Firkan memberhentikan keretanya. Suri masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar dari kereta.

“Rizki. Terima kasih sebab sudi ajak saya makan malam ni. Juga terima kasih atas tawaran awak. tapi tu tak bermakna saya suka dengan apa yang awak buat kat saya malam ni. Stay away from me Rizki, lets not meet again. Biar cerita ni tamat kat sini je ok. And Rizki, i’m not part of ur jokes. Thanks for ur concern”kata suri dan kemudiannya keluar dari kereta dan bergerak menuju ke rumahnya. Dia kemudiannya menghentikan langkahnya apabila mendengar namanya dipanggil.

“Suri tell me, apa yang Firkan cakap kat awak tadi. Bukan dia tanya apa hubungan kita? Or he ask you to stay away from me? Or maybe, he ask you to not see me anymore? Bukan macam tu?” jerit Rizki. Suri memberhentikan langkahnya tapi tidak bersuara. Menangguk tidak, mengiyakan pun tidak.

“i guess i’m rite. Sebelum ni pernah ke Firkan buat macam tu Suri. Tell me...pernah ke dia marah awak sebab lelaki lain. Tak ada kan. You know why. Bukan sebab dia tak suka saya. Tapi sebab dia rasa terancam dengan kehadiran saya. Itu bukti awak penting pada dia Rizki”Rizki masih berdiri jauh dari Suri namun dia yakin suri dapat mendengar jelas suaranya.

“awak tak dapat miliki dia if you stood still like this suri. Dengar awak menangis tiap-tiap malam. You just hurting urself and i hate to see that. It just not right. think about this again suri. Jangan buat keputusan terburu-buru. And you are not a joke for me Suri.”Rizki mengakhiri kata-katanya. Dia masih memandang suri yang masih membatukan diri.

“selamat malam Rizki. Assalamualaikum”sayup suara Suri sebelum dia melangkah meninggalkan Rizki.

Petang itu, suri khusyuk mendengar cerita kak Ain tentang pengalamannya sewaktu berkursus. Suri mula mengenali kak Ain di tahun akhir pengajiannya. Semenjak dari itu, dia menjadi rapat dengan kak Ain yang sudah dianggapnya seperti kakaknya sendiri itu. Sewaktu pulang petang tadi kak Ain tidak berhenti-henti bercerita. Dia hanya mampu tersenyum. Dengan kehadiran kak ain, suri tahu ia akan mampu mengurangkan perasaan sedihnya. Sekurang-kurangnya dia ada teman bersembang. Tiba-tiba kak Ain mengalih tajuk, bercerita tentang jiran baru mereka. Suri tergelak bila kak Ain menggelarkan mereka bujang lapuk. Kata kak Ain yang kurus tinggi tu Sudin, yang sepet itu Aziz dan yang sorang lagi tu si Ramli. Sesuai dengan rambut kerintingnya, kata kak Ain. Dia tahu kak Ain merujuk pada Rizki.

“tapi Suri, Ramli tu hensem kan. Mesti ramai pompuan suke tu”kata kak Ain mengakhiri perbualannya. Suri tersenyum. dia teringat Rizki. Siapa akan menidakkan benda tu kak, cuma perangai je buruk sikit, bisik Suri sendiri. Entah kenapa dirasakan dia dan Rizki memang tidak sehaluan. Dia jadi tidak betah dan rasa canggung dengan lelaki itu. Berbanding dengan Ah cong dan Pokok yang pada awal baginya agak gemar menyakat namun dia akhirnya sedar Pokok dan Ah Cong tidaklah seburuk yang disangka.

Dia mengatur langkah ke biliknya selepas meminta diri dari kak Ain. Badannya terasa lekit dan penat. Hari ini dirasakan begitu panjang untuk dilaluinya. Seusai mandi, dia menghenyak badannya di katil. Ditarik patung katak ke pelukannya dan dirapatkan ke wajahnya. Ketika itu dia terperasan haruman yang dicarinya sudah tiada. Dia sedar haruman itu dari Rizki. Setiap kali bersama Rizki, hidungnya pasti disapa dengan haruman tersebut. Terasa seperti khayal dengan haruman itu. Buat seketika dia terlupa luka pedih dihatinya. Namun bau tersebut telah tiada. Tiba-tiba suri tersenyum, teringatkan dirinya yang berusaha mencari haruman perfume tersebut di sebuah kedai perfume minggu lepas. Dia sendiri tidak tahu jenama apa yang dicari sehingga hampir membuatkan promoter kedai memarahinya. Sudahnya dia keluar dengan tangan kosong. Dia tersenyum memikirkan keobsesan dia terhadap haruman itu. Lantas membawa ingatannya ke Rizki. Sudah seminggu semenjak kejadian minggu lepas dia tidak bersua muka dengan Rizki. Dia sendiri tidak pernah lagi terserempak dengan Rizki selepas itu. Dia teringat perbualannya bersama Firkan minggu lepas. Seolah tidak percaya apa yang ditutur Firkan.

“Suri, apa hubungan awak dengan dia?”Firkan menyoal Suri. Suri merenung Firkan. apa maksud Firkan.

“Suri apa awak buat ni. you dont know him.”Firkan menyambung sebelum sempat dia menjawab.

“habis tu awak nak suruh saya buat apa Firkan. Ikut semua cakap awak. Atau terus jadi barang mainan awak.”dia menyanggah kata-kata Firkan.

“Suri, dont bring that up. Saya cakap untuk kebaikan awak. you shouldnt be with him”Firkan meraih tangan Suri. Suri merentap tangannya.

“habis tu saya patut dengan sapa? Dengan awak? sudah lah Firkan” dia beredar mengakhiri perbualan mereka malam itu.

Dan sejak malam itu, dia sedar Firkan cemburukan Rizki. Sebelum ini Firkan tidak pernah mengendahkan mana-mana lelaki yang keluar dengannya. Tidak pernah pula Firkan melarang dia berkawan dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Mungkin kata Rizki betul, itu buktikan dia penting bagi Firkan.

Suri mengatur langkah ke balkoni. Menjenguk disebalik tingkap untuk mengintai bilik Rizki. Lampu biliknya tertutup tanda pemiliknya tidak berada di biliknya. Sudah seminggu juga Suri menjenguk melalui tingkapnya untuk melihat balkoni rumah Rizki namun hampa. Niatnya untuk melihat Rizki. Suri mengeluh dan mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. Tiba-tiba dia terasa kehilangan.

Rizki dapat melihat dengan jelas Suri dari biliknya. Dia tersenyum sendiri. Dua malam lepas dia terperasan kelibat Suri dari tingkap biliknya. Pada mulanya dia menganggap itu hanya perkara biasa namun begitu juga pada hari berikutnya menyebabkan dia terasa yang sebenarnya Suri mengintai kelibatnya. Rindu barangkali, telahnya sendiri. Sengaja dia menutup lampu biliknya untuk menguji Suri. Dia tersenyum lagi. Suri masih lagi tidak menyedari dirinya diperhatikan. Rizki menyalakan api rokok dan menghembusnya di dalam gelap. Dia masih belum berpeluang memohon maaf pada Suri. Rasa bersalah menujah hatinya, mungkin aku keterlaluan tempoh hari, bisiknya. Dia bangun menuju ke balkoni menunjukkan diri, menyandarkan badannya menghadap balkoni rumah Suri.

“seronok ke mengendap orang macam tu taip-tiap malam. Saya tak sedar plak bila saya jadi begitu popular sampai ada pengendap”

Tersentuk suri mendengar teguran Firkan. fikirannya melayang entah kemana. Entahlah semenjak dua tiga hari ni bukan Firkan dalam mindanya tetapi ade bayangan lain yang menyapa. Segera dia mematikan fikirannya. Suri mengundurkan badannya dua langkah ke belakang. Menyorok disebalik dinding.

“siapa yang intai awak” jeritnya disebalik langsir.

“ade orang rupanya”Rizki tersenyum. dia tahu, Suri pasti meradang dengannya lantaran dituduh begitu. Dia diam seketika menghabiskan sisa batang rokok yang dihisapnya.

Suri menunggu balasan Rizki namun dia hampa. Dia melabuhkan badannya disisi pintu duduk, sambil memeluk lutut. Masih menunggu balasan Rizki.

“katak awak sihat?” tanya Rizki tersenyum. Suri menjeling patung katak dia atas katil. Dia tersenyum. rupanya Rizki masih mengingati patung kataknya.

“sihat. Dia kirim salam kat awak”sambut Suri. Dia merasa terhibur dengan gurauan Rizki.

“katak je. Tuan dia x?”usik Rizki. Berderau darah Suri. Dia sedar Suri masih disitu walaupun tidak kelihatan di pandangannya. Suri terdiam. Tidak disangka Rizki masih seperti biasa. Seperti tidak terkesan langsung dengan kata-katanya tempoh hari. Rasa bersalah menghujani dirinya. Tidak adil rasanya dia mengadili Rizki terlalu awal, menghukum Rizki sepertimana yang disuruh Firkan. Selama ini dia tidak pernah pula membenci seseorang sedemikian rupa. Apatah lagi atas desakan orang lain.

“Suri, saya mintak maaf pasal hari tu. Kat restoren hari tu. Mungkin saya da lepasi garisan yang sepatutnya. I’m sory” kata-kata meluncur dari mulut Rizki. Suri dapat mendengarnya dengan jelas. Dia tersenyum. Rizki tidaklah sejahat yang disangka bisiknya. Dia mendiamkan diri. Berkira-kira untuk memaafkan Rizki.

“but i meant it Suri. You should think again. Tawaran saya masih terbuka. Bukan setiap hari ada lelaki hebat macam saya tawarkan diri untuk jadi boyfren awak”sambung Rizki.

Suri membulatkan matanya. Dia baru sahaja ingin merubahkan tanggapannya terhadap Rizki. Aku buang masa je, gumannya geram. Suri bangun berdiri tegak namun masih berdiri di belakang langsir.

“encik Rizki. Saya tak perlukan pertolongan awak. Even you the last man on earth. Terima kasih.” Lantas dia menutup sliding door biliknya dengan kuat agar didengari Rizki. Suri merengus marah dan menghenyakkan dirinya ke katil. Dia kemudian mengutuk dirinya sendiri kerana bersangka baik pada Rizki.

Rizki tersenyum. kali kelima bisiknya. Dia kemudian beredar masuk dan melabuhkan badan dikatilnya. Dia merenung syiling biliknya. Dia terbayang Suri yang pasti sedang memukul patung kataknya. Dengan ketawa yang masih bersisa dia terlena sehingga ke pagi.

Suri membetulkan laptop yang digalasnya. Kerja di pejabat yang masih bersisa menyebabkan dia terpaksa menyiapkannya dirumah walaupun sebolehnya dia tidak mahu mecampurkan waktu peribadi dengan kerja pejabat. Sewaktu berjalan ke kereta dia terkejut dengan kehadiran Firkan yang sedang bersandar di keretanya. Suri mengeluh. Apa lagi yang dimahunya, bisik Suri sendiri.

“hai sayang. Susahnya nak jumpa dengan awak sekarang” tegur Firkan. Suri hanya melewati Firkan. tidak mengendahkannya. Dia membuka pintu belakang, meletakkan beg laptop dan kemudian beredar ke pintu depan. Ketika itu Firkan menghalangnya.

“what happen to you Suri. Kenapa awak lari dari saya, tak endahkan saya” Firkan bersuara. Suri masih membatukan diri. Kalau boleh dia tidak mahu melayan Firkan. Melayannya hanya akan menjadikan dia nampak lebih lebih.

“or is this about that Rizki guy. Awak dah termakan dengan kata-kata dia. Think twice Suri”telah Firkan. Suri yang sedari tadi tidak berminat dengan tuturan Firkan mengangkat wajahnya. Merenung Firkan. Rizki? Dari mana datang idea gila ni, bisiknya.

“apa yang awak cakap ni Firkan”Suri bersuara.

“guy like that will never like girl like you. He maybe flirting with you Suri. Sebelum jadi apa-apa, you better stop Suri”Firkan menuturnya laju. Dia mengusap rambutnya. Dirasakan dia tidak sabar-sabar untuk menyuruh Suri menjauhi lelaki bernama Rizki itu. Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia begitu gelisah tentang itu.

“and what that supposed to mean? Girl like me?”Suri menahan marah. Firkan mula menyedari kesilapan kata-katanya. Suri merenung Firkan.

“Suri...Suri wait:”dia cuba menahan Suri. Namun ketika itu Suri sudah masuk ke dalam kerata dan meninggalkan Firkan terkebil-kebil. Firkan mengutuk dirinya sendiri. Niatnya ingin memujuk Suri tapi jelas dia memburukkan lagi keadaan.

Suri mengetap bibir menahan marah. A girl like me? Gumamnya sendiri. Buruk sangatkah dirinya. Begitukah nilainya di mata Firkan. Rasa sakit hati, marah dan kecewa berbaur di dalam hati Suri. Dia mengutuk dirinya sendiri kerana menyukai lelaki seperti Firkan. Terasa Firkan seolah-olah mencabarnya. Tiba-tiba suri memberikan isyarat dan memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia menyelongkar tas tangannya mencari telefon bimbitnya. Dia menekan-nekan butang telefon mendail seseorang. Seketika seseorang menyambut du hujung talian.

“Suri ni. You win. I agree with you. Saya setuju jadi girfren awak Rizki” kata Suri tegas. Rizki dihujung talian terdiam. Tidak percaya apa yang didengarnya. Sesungguhnya saat itu itu dia merasa pasti ada hantu yang merasuk Suri, bisiknya sendiri. Namun ada senyum dibibirnya.

motherhood..


dengan menempuh perjalanan hampir 12 jam, jam di hiway, makan x sedap di genting sempah--akhirnya 11.45 mlm td aku sampai di umah..huh...minggu yang sangat memenatkan..tapi klu da ddk ilek kt kg tu mmg x ingat la...

episod pertama : lewat ptg jumaat aku trima panggilan dr teman baik aku masa sekolah dulu...leha..kawan yang menjadi private tutor aku utk subjek matmod n addmath..haha...klu x kerna dia aku mmg fail subjek tu sbb aku mmg blur habis-entah kemana otak aku sepanjang 2 tahun stat tg. 4...byk main kot..haha...dia, aku kenal sbgai sorang yang suka buat sesuatu ngan sepenuh hati...even klu gotong royong pun dia yang bersemangat untuk wt sume aktiviti tu..haha..AJK Surau yang mana satu tugas yang berat zaman aku study dulu--tp tu la besar pahalanya...hehe...aku ngan dia mmg rapat dulu-sbb dia lasak n aku pun lasak..mana2 kerja yang budak pompuan x dpt buat kitaorg buat...dari perkara2 baik hingga la perkara yang mmg bdk2 pompuan x buat...de skali tu aku ngan dia leh p mancing kt kolam blakang asrama..hahaha-dia nyer idea la tu...men mercun-pastu kena tangkap ngan warden-kena marah..hahahah..sib baik tak kena pape..aku ngan dia gak yang bertanggungjawab membancuh air lada untuk nk simbah pada pengendap2 asrama pompuan...hahaha..leha-leha

tapi leha dulu bukan leha sekarang...dia da berevolusi...skang nurse di kedah sudah berkahwin n da ada ANAK...waaaaaa...aku betul2 x sangka yang dia yang da berkeluarga lagi awal dari aku...Aisha Batrisya-her baby...aku macam x sabar2 nk tengok tp x sempat..lama aku x berbual panjang ngan dia...rasa x sangka-dia da jadi mama..katanya dia akan bwk baby ke kedah sbb x leh nk berenggang nanti teringat katanya...lehaa

episod kedua-ptg jumaat aku tergerak hati untuk ke rumah kawan baik aku zaman kecik2 dulu sampai aku form 5...lepas dia kawen aku da jarang ke rumah dia sbb segan...aku dengan dia macam payung-dia payung n aku pemegangnya...sebab aku rasa dia lebih melindungi aku--bersikap protective atas apa yang telah diamanah untuk dia jaga-sbb dia kapten asrama...tegas n x pilih kasih...aku pun pernah kena cium tiang letrik dpn asrama lelaki sbb cadar katil x ditarik dgn tegang walaupun aku ketika tu adalah kawan baik dia...mmg x pilih kasih..merah padam muka aku taim tu...tapi aku ttp akan sokong dia sbb tu cara dia conduct anak buah dia...n kini aku leh lihat camne excited nye dia bercerita kt aku saat2 dia nk lahirkan baby..yang mana dia yang nk bedah sbb da tak rasa gerakan baby lam perut dia..siap gaduh2 ngan doc..hahahaha....dulu her 1st baby meningggal slps dilahirkan 2 thun lps n kali ini dia dapat anak lelaki-yang dia namakan adam..arwah dulu nama hawa katanya..katanya patutlah mak payah nk marah anak-coz they know how hard to deliver them safely

episod ketiga: sahabat, sedare n turut merangkap jiran aku-mekti da pun selamat lahirkan her 1st baby semalam kol 1.40...pompuan..sblum dia bercrita kat aku mcm yang dia sgt nk tau jantina baby tp laki dia x nk-sedangkan dia mmg meronta nk tau..dan persoklan telah terjawab..dia bercerita kat aku mcm mne baby tu bergerak dlm perut dia...n macam mana dia alami alahan yang teruk masa mengandung..macam mne dia hanya makan nasi dengan lada je sepanjang bulan 2-4 semasa mengandung...gulp-lada? jangan tanye aku..baby girl plak tu..hahaha

tetiba isu 'keibuan' is in the air...hahahaha...akhirnya tiba masa diorang...mencorak masa depan anak-anak..kata kawan aku 'x kisah aku sakit jangan aku'-aku tersentuh..dat's y si ibu menerima semua perbuatan anak-sbb dari mula dia da tanam yang anak tu sebahagian dari nyawa mereka..anak sakit diorang pun sakit-cubit peha kanan peha kiri terasa...hidup mereka da ada makna baru-anak mereka..

n macam mana perasan ibu2 kat palestin bila tgk anak mati depa mata..aku x bley bayangkan saat tu..kalau air mata pun si ibu x sanggup nk tengok mengalir oleh si anak apatah lagi darah?..dan pada si ibu yang sanggup redhakan anak mereka berjuang sebagai askar n pejuang berani mati...aku salute ngan mereka yang macam tu..dat's y org kata 'tangan yang menghayun buai boleh menggongcang dunia'...

tahniah untuk kawan-kawan aku..moga kalian akan jadi ibu, mak n mama yang baik..n to MAK aku...terima kasih mak..

Monday, February 23, 2009

Kembali Pulang

hari ni aku x sempat nk post ape2 sbb sibuk..aku pun kelam kabut kt sini..post ni khas untuk munie...aku da dapat...kembali pulang-kangen band

Kangen Band - Kembali Pulang

Bintang terlihat terang saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang kini kembali pulang
Lihatlah dia mulai bernyanyi coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi kini datang kembali
*) Wajahmu mengingatkanku pada kekasihku dulu

Wajahmu mengingatkanku dengan masa laluku
Kekasih yang dulu hilang kini dia tlah kembali pulang
Akanku bawa dia terbang damai bersama bintang
Kekasih yang dulu hilang kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang kudendangkan dan takkan kulepaskan

Monday, February 16, 2009

masih

tetiba aku teringat lagu ni...haha..aku ingat lagi abg paiz pkai lagu untuk on off pc dia..ingat2 balik time blaja du..masih-flop poppy. syikin soh aku cari lagu ni td..so aku upload le

Masih ku tak berdaya…
melupakan mu…
dihatiku berkata…
apakah sebenarnya cinta…
di hati ini…
hanya mainan semata…

namun kau tak mengerti…
apa sebenarnya yang telah terjadi…
di diri ini…

kau yang masih di hati…
tidak terdaya untuk mengundur diri…
dari mu…

Setelah engkau pergi…
tiada apa yang ada di diri ini…
kuharapkan kau berubah hati…
semoga kau akan kembali di diri ini…

Friday, February 13, 2009

hutang

tetiba aku raser aku terlupa hutang aku dgn korang..hahaha

sori eh pada penunggu 'Ada Untukmu'

aku try my best to post the entry next week..da lame sangat aku peram part IV..hahaha

sori bangat deh

cinta mati


sejak kebelakangan ini, aku terperasan kecenderungan baru aku-cinta mati..aku pun tak tau macam mana aku anggap cinta mati tu sesuatu yang menarik padahal sudah terang-terang benderang yang ia sesuatu yang menyedihkan..tp dari sudut yang lain-mungkin kehidupan baru saja bermula-kehidupan tak mati oleh hanya sebab org yang kita sayang mati-mungkin kadang2 dia hanya bunuh perasaan kita-but still life must go on..haha-mungkin aku terpengaruh dengan apa yang aku baca dan apa yang tengok dan tak sama dengan realiti atau mungkin tak berlaku dlm realiti..tapi pada aku-term 'till death do us part' sangat menarik minat aku..mungkin secara jasadnya da terpisah tapi it still there..bukan hanya pada kekasih-mungkin pada mak bapak kita..we still feel their presence eventhou they not here with us..they r always with us..pada aku itu merupakan cinta yang sempurna..sama seperti cinta tak semestinya memiliki..mungkin-we will be happy just to see they happy...they r just a part of chapter of out life..mesti ade chapter setrusnya..hehehe...just to share many intresting thing about chenta mati :


1.A walk to Remember-nicholas sparks
aku tau novel ni mase aku diploma dulu...masa tgk crita ni mmg nangis reramai-tapi masing2 cover..hahaha...lps tu aku tau yang sebenarnya A walk to remember tu dari sebuah novel sebenarnya...dan aku beli novel tu..jalan crita yang aku x leh tinggal satu pun...we can see how slowly landon change just because of jamie's cancer-still, he love her to the end n never removes his wedding ring walaupun dia hanya berkahwin ngan jamie untuk waktu yang singkat-just to fulfill jamie's wish-to see him as a doc n live in a happy life till the end

"Jamie saved my life. She taught me everything. About life, hope and the long journey ahead. I'll always miss her. But our love is like the wind. I can't see it, but I can feel it-landon"

2.Message in a Bottle-Nicholas Sparks
sebab aku baca novel A walk to remember to mcm bes..aku pun li la novel si encik sparks ni lagi..tanpa mengetahui cinta ni pun pasal mati sebenarnya..about garret who write a letter to his lost wife-to express his undying love towards her-each letter describe how he feels about her everyday---without knowing his letter was actually found by another woman n she becomes obsessed with finding the man who had written a tender love letter...n journey goes

Dear Catherine, I’m sorry I haven’t talked to you in so long. I feel I’ve been lost…no bearings, no compass. I kept crashing into things, a little crazy, I guess. I’ve never been lost before. You were my true North. I could always steer for home when you were my home. Forgive me for being so angry when you left. I still think some mistake’s been made… And I’m waiting for God to take it back. But I’m doing better now. The work helps. Most of all, you help me. You came into my dream last night with that smile… That always held me like a lover… rocked me like a child. All I remember from the dream…is a feeling of peace. I woke up with that feeling….and tried to keep it alive as long as I could. I’m writing to tell you that I’m on a journey toward that peace. And to tell you I’m sorry about so many things. I’m sorry I didn’t take better care of you… So you never spent a minute being cold or scared or sick. I’m sorry I didn’t try harder to find the words…to tell you what I was feeling. I’m sorry I never fixed the screen door. I fixed it now. I’m sorry I ever fought with you. I’m sorry I didn’t apologize more. I was too proud. I’m sorry I didn’t bring you more compliments…on everything you wore and every way you fixed your hair. I’m sorry I didn’t hold on to you with so much strength that even God couldn’t pull you away. All my love, G

3.P/S : I love you
aku tak habis lagi baca novel ni...tapi sebab nak tau aku baca terus endingnya...hahahaha...tak sabar..aku pun tak tau kenapa aku asyik beli novel pasal mati aje-sumpahan apa yang terkena kat aku..hahaha...about irish woman who just lost her husband-but one day she received a letter from her dead husband...there r 10 of them..n she is only allowed to read one letter a month and each one comes with instructions about what to do now that he's gone-n they call it 'the list'.. all the while she realizes that eventhou he's gone he's still with her in spirit n she must go on with her life..n every letter is sign with p/s i love you...argghhh-aku da mabuk ngan novel ni

Dear Holly, I don't have much time. I don't mean literally, I mean you're out buying ice cream and you'll be home soon. But I have a feeling this is the last letter, because there is only one thing left to tell you. It isn't to go down memory lane or make you buy a lamp, you can take care of yourself without any help from me. It's to tell you how much you move me, how you changed me. You made me a man, by loving me Holly. And for that, I am eternally grateful... literally. If you can promise me anything, promise me that whenever you're sad, or unsure, or you lose complete faith, that you'll try to see yourself through my eyes. Thank you for the honor of being my wife. I'm a man with no regrets. How lucky am I. You made my life, Holly. But I'm just one chapter in yours. There'll be more. I promise. So here it comes, the big one. Don't be afraid to fall in love again. Watch out for that signal, when life as you know it ends. P.S. I will always love you

4.Koizora
aku pernah review citer koizora ni sblum ni..samaada movie ataupun drama-both buat aku rasa nk bakar cd tu...haaaa...macam tak percaya kisah ni kisah benar...an average girl who changed a lot after met a boy-lelaki terakhir yang mungkin untuk dia jatuh cinta..tapi akhirnya Hiro menjadi makna baru hidup Mika-n the last word from Hiro's bfore he closed his eyes-

"Mika... smile."

5.Windstruck
mungkin prequel untuk 'my sassy girl' sbb permulaan crita yang sama..a girl who lost his bfren-i must say-this is the most sassy girl i ever saw.hahahaha...dalam movie tu dia tunjuk yang- she do anything untuk mati..tapi yang peliknya tak mati...sakit tul ati dia..hahaha...siap menangis2 lagi sbb tak mati...aku pun da lupa camne crita ni sbb lame sangat-but then she know he will always with her... he said that he will whisper, when she hear him whisper in the wind, she will meet someone with a soul like him-n last crita dia jumpa lelaki cam x kena ddk tu.hahahah

'if you miss me, come back anytime. Even as the wind, come back as the wind.'

semua ni sbhagian je..semua orang akan mati-jalan kita panjang lagi..aku pernah mati sekali dan aku harap aku x ulang kesilapan aku...kita yang corak perjalanan hidup kita-we r the manager, we r the bos n those poeple r just workers who play their roles...n the a new chapter just begin

Wednesday, February 11, 2009

them

i cant stop smiling----that happen on friday

aku x bley brenti senyum stat aku sampai kat umah aku..sampai2 je kat umah aku kena gelak sebab beg yang aku bwak sangat la besar.beg panjat gunung jerit adik aku..aku pun bl da ddk tu..mula memuntahkan la isi-isi yang ada dlm beg tu..adiah n buah tangan dari bandung..baru slim skit beg aku..klu tak satu tan..bila aku hulur batu cincin seperti mana yang dikirim oleh ayah aku mse p bandung ri tu-amanah..so aku beli la walaupun aku mmg cop aku fail nk pilih..bapak aku bangun n tiba2 kuar balik dengan satu kotak..rupanya koleksi batu-batu n cincin bapak aku..kata adik aku tuh bapak nk bagi satu sorang-pusaka..hahaha..katanya yang sulung amik yang paling besar-aku menjerit' tak nak'

tghri tu adik pompuan aku merengek-rengek mintak n potong rambut-haha..jangan tak tau, kerjaya sampingan aku masa study dulu-potong rambut org..hehe-x de la berbakat tapi boleh la untuk yang x pernah belajar kerat rambut..da settle ngan my sista-adik pompuan aku yang paling bongsu menjerit soh aku potong rambut dia skali...aku jeling mak aku-takut dia marah..mana taknya-rambut adik pompuan aku tu cantek+panjang+lurus semulajadi...mak aku senyap..aku pujuk adik aku ' x payah la dik'..pastu dia tarik muka...da tu terpaksa gak la aku potong..aku tarik rambut depan dia--potong ala-ala korean style..boley la..ngah2 potong tu adik lelaki aku datang kaco-dia kata aku potong panjang lagi-lagi atas mata dia kata baru cantek..aku pun ikut la cakap dia---bila da siap aku terdiam plus adik lelaki aku pun diam-memandang antara satu sama lain...aku terpotong tinggi sangat-hahahah...mati la aku...aku lelaki x leh tahan gelak...masa tu la adik pompuan aku tau yang kakak dia ni da salah potong..dia berlari masuk lam rumah--n aku dengar jeritan dia dari dalam rumah---'abangggggg'..pecah gelak adik lelaki aku...

da siap potong rambut aku pergi ke blakang umah-port biasa aku-cari betik muda..haha-aku memang suka sangat dan itulah yang selalu aku cari bila balik umah tapi x de yang sesuai untuk dimakan..hmmm-aku menonong berjalan ke halaman rumah-depan rumah aku tgk mak aku tanam pokok sawi, tomato, lada n laen-len..kata mak aku pokok lada tu jabatan pertanian yang bagi untuk dijaga-hmmm-ade la lam 20 pokok lam kebun kecil aku aku tu...sebahagian dr program jabatn pertanian untuk masyarakt felda--gud try anyway...bapak aku siap pagar ngan buluh lagi..takut ayam masuk kata mak aku...

petang tu aku bersembang n main playstation ngan adik-adik2 aku---sempat dia tanye aku brape gol yang aku nak untuk dia kalahkan aku-eksyen kata aku..sudah nya aku mengaku kalah selepas separuh masa pertama aku da kalah 7-0...dia ddk gelak sakan kat aku..mana la aku nk reti main bola...1st timer maaaa...petang tu sempat la aku bertegur sapa ngan jiran-jiran aku..jiran2 aku sume ada anak lelaki n x de anak pompuan..so aku x de kawan pompuan---aku jarang blik umah famili aku sbb aku x ramai kwn kt situ...kebetulan masa aku balik jiran aku 2 beradik lelaki tu br accdent ngan moto-sorang patah tangan n sorang kena sagat ngan jalan-memang ngilu aku tgk luka diorang--perghhh---kata abng diorang 'membesar ngan jatuh moto je la nko'-hahahaha...ptg tu baru aku perasan-suasana petang di felda aku x semeriah dulu...da x de bdk2 kecik men bola atas jalan..x macam dulu klu ptg lam pukul empat je da penuh jalan...felda aku da mencapai generasi ketiganya-da x ramai bdk kecik--kata mak aku kelas budak darjah satu pun x ramai-da tak ramai budak...hmmmm mcm aku n adik beradik aku-3 of us-kerja kt luar

malam tu adik aku memberi cadangan untuk kami 6 beradik wat BBQ--briliant idea...hahaha--sempat lagi adik aku kol adik lelaki yang tak dpt blk n menceritakan aktiviti BBQ kami-menjerit dia lam telefon..da lame da aku x tgk adik aku yang ni...bz je memanjang--selalu je selisih klu nk blik..esoknya sblum blik aku sempat p tolong mak aku siram kebun kecik dia-angkut 2-3 baldi air siram..sakit blkang aku, lame tu aku x wat kje2 kebun ni..sejak atuk aku meninggal la rasernye..berat aku nk tinggal rumah-x tau lg bl aku leh balik jmpa mak ayah n adik2 aku..nak tengok adik2 aku bergaduh n mak aku sibuk marah+leteran bapak aku+adik aku menangis sbb merajuk...bila lagi aku nk ade lam situasi tu

i miss them

Tuesday, February 10, 2009

s.o.s


this is an urgent call for my dearest fren munie:

with a note---yani need us
she said 'i'm lost'

Thursday, February 5, 2009

sebelum terlupa


sebelum terlupa..semalam sebelum tdo aku tertengok brita yakni brita yang aku x nak tgk..perletakan jawatan 2 exco kerajaan negeri perak...n komen najib-2 org manusia tu mahu letak jwtn dlm PKR sebab x nk tgk kacau bilau dalam kerajaan...cakap pakai otak bley x? huh-marah aku..mana-mana la..x kesah la najib ke atau 2 exco yang sangat bertanggungjawab tu

kalau ko x nak tgk kerajaan kacau bilau...kenapa ko mesti letak jwtn? bukan ni da jadi kacau bilau ke.. apa yang nak kalut sangat...aku tak tau sape yang kalut...kerajaan-media-2 exco tu? dan tahniah anda telah berjaya menampah rempah dan menempa nama sebagai salah satu nama yang memahat sejarah dalam politik malaysia? bukan tu yang angpa nak

x kesah la ko nk letak jwtn ke apa--sebelum terlupa yang berhormat, jangan lupa sape yang ko wakilkan sebenarnya..bukan PKR tapi ribuan orang biasa yang memangkah name ko mase nak mengundi dulu..yang ko war-warkan untuk berdiri dan duduk untuk mereka...jangan lupa----x kesah la ko nk tukar parti ke ape, tu pilihan ko...n lets pray yang orang pangkah ko tu sebab ko bukan sebab parti politik apa yang ko wakilkan...gud luck abaout that

lagi satu---dan ini telah menambah satu lagi sebab kenapa aku betul2 x suka politik

aku dengan laptop, handbag dan kasut tumit tinggi ku


aku tak tau apa dosa aku sehingga sedemikian rupa aku douji smalam..isk isk...

bangun sewawal 4 pagi sebab nk kn p KL sentral untuk nek KLIA express ke KLIA...4 pg tuh...huh...sampai2 aku menunggu bos aku datang PUKUL 6 pg..kalau aku tau aku dtg lambat lg...sampai kat klantan aku p SUK n bos aku sibuk nk baiki slide presentation yang mana da dia check kali ketiga...isk isk..x pe la...da la aku sakit perut ntah apa yang aku makan pun aku x tau..2-3 kali aku ketandas sblm sampai turn kitrg present..bos aku pun lam tandas nk jgk suruh aku cpat..sakit tul hati aku...

selesai presentation dia nk ke Pasar Siti Khatijah..ntah apa yang nk beli..katanya nk ronda-ronda..waktu dia ckp tu aku da pandang laptop yang aku sandang ke hulu ke hilir...da la laptop tu berat+report+slide presentation 5 copy lam tu...aku sumbat sume...rabak la bahu aku hari ni..sampai kat pasar dia nek tingkat 3 dia kater x besh r..turun balik? penat2..da tu nk cari teksi kena jalan kai lg...aku x kisah pun jalan kaki tp-laptop kat bahu aku tu mcm da 1 tan da aku rasa..dia hanya memandang sepi beg yang aku sandang tu

then ade la satu teksi yang baik hati brenti..walaupun teksi tu mmg buruk tapi aku x kesah asalkan dpt letak laptop yang berat tu...aku jeling bos aku yang ddk kat depan..haha..da merah padam muka dia sbb teksi tu x de aircond..aku mmg da bese nek teksi buruk cam tu kt kg...dia aku x tau r

sampai kt airport-makan+smayang+pusing2 airport (pusing lg)..aku mcm da nak pengsan da aku rasa..da la flight pukul 4.45...huh-tunggu lg..nek fligh aku nk membuta x leh sbb ddk tepi bos-x slesa..sampai kt KLIA aku amik KLIA Express n aku salah strategi-aku amik seat yang lawan arus..bertambah-tambah la penin kapla aku..

smapai KL sentral aku membulatkan tekad x nak nek monorel atau komuter sbb penat..aku p la tanya pak cik teksi...tapi dia gelakkan kan aku...&^%%$#&*&**(^&*%*$)&*%&^$%..itu je yang mampu kuar dari mulut aku taim tu..mungkin sbb destinasi yang aku nk pergi tu dekat sangat kot..huh..pastu de sorang pak cik tu kater--bley tapi 25 henggit? aku jeling pak cik tu n blah bodo mcm tu je..&*%&^%^$%^$&*&*....huh...biar duit opis pun--aku x nk bagi rezki org penipu mcm ko!!!!!!

ngah aku menapak ke monorel aku pusing2 la tali beg laptop aku tu..tiba-tiba nak dijadikan crita handbag aku tetiba jatuh....da la org ramai..aku kutip handbag aku-pelik..rupa-rupanya tali handbag aku putus!!! aku macam nk menjerit je taim tu...that is my new handbag..uwaaaaaa...x sampai sebulan lg...aku macam da nak nangis taim tu gak..sakit hati+sedih+penat+beg laptop yang 1 tan kat bahu aku...aku amik monorel ddk diam2 n aku dapat rasa mata aku da berair-air nak menangis..tabah sarah-tabah sarah..hehe

sampai kat stesen kt umah aku lps tukar monorel ke star hujan turun selebat-lebat alam...aku pandang laptop yang aku galas+handbag yang aku kelek n kasut TUMIT TINGGI aku...nasib aku hari ni..dalam hujan lebat tu..aku x pikir panjang...aku redah je rumput2 yang yang berlopak tu ngan kasut aku...mcm nk cabut kasut n berlari pun ade gak..tapi aku bimbang terpijak benda-benda yang sepatutnya pun de gak..apa yang nk jadi-jadila ...aku redah je...sampai ke pintu rumah...bila ddk kt sofa-aku hanya menghembus-ALHAMDULILLAHHHHHH

sukar untuk terus hidup ni

akhirnya sampai jugak aku kat rumah.................................................................

Tuesday, February 3, 2009

if


lagu ni betul2 wat aku jatuh hati...sampai pc aku ddk ulang lagu ni dari smalam..very beautifull song-'if'...lagu ni ost 'hong gil dong'-like i can feel the frustration of if thru that song...sume org berfikir pasal 'jika'

1.jika aku sabar sikit (macam pernah dengar je?)
2.jika aku ade peluang lagi
3.jika aku x pernah buat benda tu
4.jika-aku leh undur masa
5.jika aku itu
6.jika aku ini

n the end is still the same..jika? jika perkataan jika x de?

If I should go, should I go close to you
How would you think about it. so I am fallen-heartened.
If you should leave, should you leave me
How could I let you leave. continuously I am scared.

the reason that I, being a fool, am only but watching you from a distance
is because maybe I am worried about your heart probably turning my feeling away and so becoming more alienated between us
the reason that I, Being really a fool, cannot say ‘I love you’
is because maybe I am afraid of the pain and the saddening days expected after falling in with.

If you should come. should you come to me
How I should do, really I have no idea.

the reason that I, being a fool, am only but watching you from a distance
is because maybe I am worried about your heart probably turning my feeling away and so becoming more alienated between us
the reason that I, Being really a fool, cannot say ‘I love you’
is because maybe I am afraid of the pain and the saddening days expected after falling in with.

the reason that I, being fool, cannot say ‘I love you’
is because maybe I am afraid of the pain and the saddening days expected after falling in with.

credit:asterionlhs@soompi

Monday, February 2, 2009

yang dicuri dan yang dicari


minggu yang sangat memenatkan untuk aku--huh

smalam 1 Februari 2009 merupakan cuti umum bagi seluruh wilayah yang bermakna cuti bagi 3 wilayah-kuala lumpur, putrajaya n labuan...n opis aku yang terletak di sentul iaitu KL bermakna aku sepatutnya cuti n bersantai bersenang lenang kt umah...sounds great...tapi malangnya tak seperti yang diharapkan..aku terpaksa ke opis menyiapkan kerja-kerja sbb sok pg aku ade presentation kt klantan..uarggghh...da la ri sabtu aku ke opis jgk...n sok pg seawal 5 aku da kena bertolak...mlm ni plak berkemungkinan aku perlu menyetelkan kerja2 printing utk presentation sok hari..sesungguhnya--bos aku adalah orang yang agak sukar disayangi..isk isk isk

tapi....hahaha..
aku da mintak cuti untuk hari jmaat sebab aku nk balik kampung sehingga ri senin ni sebab thaipusam yang officially cuti di KL..aku da nk cabut awal2 sbb x nk kijer lg sabtu ni..hanya sementara tu-itu je sebab yang aku bley senyum skang-ngeh ngeh ngeh..x sabar nk jumpa adik2 aku yang berzaman x jumpa..dari hari raya bolan yakni bulan 9 thun lps...waa...lamenye...raya aji ri tu rayer asing-x leh jumpa..sedey.isk isk..

semoga semangat aku kembali pulih untuk datang minggu depan...amiiiin

Click Me

Related Posts with Thumbnails