Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.buat Teman2 dan Sahabatku, maafkanlah diriku andai aku tidak dapat mengembirakan hati kalian kerana aku kerdil dibumi Allah ini, terlalu banyak kekurangan yang kekadang tidakku sedari telah melakukan kesilapan.
Pertama Sahabat Kanti
Kawan semangkuk sepiring makan
Kawan sebantal seketiduran
Kawan sebaya seperminan
Bagai kuku dengan daging
Bagai aur dengan tebing
Bagai ikan dengan air
Ke hulu sama ke hulu
Ke hilir sama ke hilir
Satu sakit dua terasa
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah.
Luka tidak dipampas
Mati tidak diungkit
Sakit tidak disebut
Salah tidak ditimbang
(Ungkapan Tradisional Melayu Riau yang tersiar di akhbar Berita Harian bertarikh 15 September 2005)
No comments:
Post a Comment