Friday, June 5, 2009

aminn

"duduk tempat orang jangan lupa sembahyang"

"pergi jalan, balik sebelum maghrib"

"magrib kena tutup pintu cepat2 kang syaitan masuk"

"adik2 jangan panggil benda x elok, x baik"

"kalau suka tengok tv, gantung tv kt leher"

antara leteren nenek aku yang masih terngiang di telinga aku. dia mengjaga aku seumur yang aku ingat-dari tapak kaki sekecil 2 jari sehingga tapak kaki bersaiz tapak tangan. Bak kata LA aku adalah anak bongsu nenek aku. aku degil, aku manja n mostly mmg aku senak tp for real mmg aku sayang dia. aku da banyak buat dia bimbang sepanjang hidup aku. ampun maaf untuk arwah..al fatihah....semoga rohnya ditetapkan di tempat orang-orang beriman..aminn


Segala jenis kepujian itu bagi Tuhan pentadbir seluruh Alam, pujian yang melengkapi segala nikmatnya dan membalas segala limpah kurnianya.

YA Allah wahai Tuhan kami. Jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibubapa kami semuanya, dengan cucuran rahmat dan keredhaan. Masukanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya kedalam keluasan Syurga. Ya Allah Tuhan yang memberi berkat. Ya Allah Tuhan yang mengurniakan Rahmat. Ya Allah Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, Tuhan yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Pindahkanlah mereka itu semuanya daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahat Syurga yang kekal abadi, menuju keperlindungan naungan yang berpanjangan, menerima air yang telah sedia bertuang, mendapat buah-buahan yang tiada bersukat, lagi tidak pernah terhenti dan diputuskan. Mendapat tilam yang empuk bersama-sama dengan orang yang Engkau kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat. Iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang soleh, yang kereka itu adalah sebaik-baik teman.

Mohon limpah kurniamu jua ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. Cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Sesungguhnya, segala pujian itu adalah bagimu jua ya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Al Fatehah...


3 comments:

munie said...

aku ingat g..
tiap kali nk ajk mg kuor,
msti awk2 kte duk mkir mg..
sbb takut ke tok mg..
haha..
tp aku pcye..
arwah mmg org baek2..
ye kn tok mg..
aku pn turut sedih sbb aku knl jgk arwah..
moge arwah d tmpat kn d kalangan
org2 yg beriman + solehah..
amin..

takziah..
al-fatihah..

nuna_sarah said...

yes...klu da gelap tu aku da stat tujuk muka sedih nk balik...hahahaha

igt jang kena libas kain ngan tok aku
hahaha

munie said...

mmg klakor ms 2..
huhu..
ingt ms bke pose kt klulut..
lps buke mg xsnang duduk dh..
mmg pale ingt tok mg je..
padang kne ngaying di aku dgn awk2 ni..
hahaha..

Click Me

Related Posts with Thumbnails