Friday, September 11, 2009

salah letak


sebenarnya aku x de la amik port sangat pasal isu ni sbelum ni..sehinggalah aku perlu membacanya untuk keperluan interview aku tempoh hari...bimbang isu ini akan menjadi modal si interviewer utk tanye aku...isu pemindahan kuil di s.alam..aku sangkakan kuil itu memang dirancang untuk diletakkan di kawasan tersebut..sehinggalah aku terbaca satu artikel..rupanya kuil tersebut hanya ingin dipindahkan dari s.19 ke seksyen 23...penjelasan yang diberikan semasa PKNS ingin membangunkan seksyen 19 dia x tunjukkan existing kuil yang ada disitu sehingga pembeli masuk br perasan ade kuil sebenarnya disitu...aku heran macam mana dia buat plan x tunjuk pembangunan sekitar...tp let forget about that...penjelasan yang diberikan kerajaan sbelum ini mmg sudah beranji utk mengalihkan kuil itu ttp x pernah berlaku sehingga pemerintahan kerajaan sekarang...aku x tau sejauh mana kebenarannya..aku bukan mahu bercakap pasal siapa y apa...tp knapa? aku cuba mencari penyelesaian dan sbb terbaik mengapa PBT boleh meluluskan dan memberi kebenaran merancang pada kuil tersebut, sehinggalah aku terbaca artikel ini..


SEBENARNYA tidak sukar untuk memahami mengapa isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor mencetuskan bantahan banyak pihak.

Daripada sudut kesesuaian lokasi sudah jelas terbukti bahawa majoriti penduduk di kawasan itu merupakan orang Melayu dan penganut Islam.

Maka, apa kewajarannya sebuah kuil di bina di kawasan itu?

Malah pembinaan kuil itu juga menyalahi proses undang-undang kerana ia tidak termasuk dalam pelan pembangunan di kawasan berkenaan.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat.

Malah, beliau turut menekankan pembangunan di sesuatu kawasan mesti mengikut perancangan yang dipersetujui setelah melalui proses hebahan dan diwartakan oleh pihak berkuasa.

Justeru, apa sebenarnya alasan yang lebih munasabah yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor dalam membenarkan pembinaan kuil tersebut?

Kemelut pembinaan rumah ibadat ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia melibatkan sensitiviti agama dan kaum di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Ketetapan mengenainya perlu dibuat berdasarkan undang-undang yang tegas dengan mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi mengelak tercetusnya ketegangan.

Permasalahan mengenai pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia beberapa tahun lalu.

Ia rentetan beberapa aduan yang diterima oleh jabatan agama Islam di seluruh negara mengenai pembinaan rumah ibadat bukan Islam yang didirikan di tempat yang tidak sesuai.

Pembinaan rumah ibadat yang kebanyakannya adalah secara haram telah memberi tafsiran yang salah di kalangan majoriti umat Islam seolah-olah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Menerusi muzakarah itu juga, satu cadangan garis panduan berkenaan pembinaan rumah ibadat bukan Islam telah dikeluarkan.

Antara lain garis panduan itu mencadangkan semua permohonan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam hendaklah dirujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi mendapatkan pandangan serta apa-apa keputusan mengenainya.

Perkara ini pastinya mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang terkandung di dalam Perkara 3, Persekutuan Perlembagaan.

Namun perkara yang sama juga menjelaskan agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan aman damai di negara ini.

Ia bermaksud penganut agama lain juga mempunyai hak untuk memiliki rumah ibadat masing-masing.

Perkara yang sama turut menjadi perhatian muzakarah tersebut yang mencadangkan rumah ibadat bukan Islam boleh didirikan di atas tanah milik mereka.

Tetapi dengan syarat tapak itu terletak di dalam kawasan majoriti penduduk bukan Islam mengikut keperluan penganut agama mereka.

Syarat ini pastinya mengambil kira kemudahan kepada penganut agama itu untuk pergi ke rumah ibadat masing-masing.

Bagaimanapun, permohonan orang-orang bukan Islam untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan majoriti orang-orang Islam tidak boleh dibenarkan walaupun di atas tapak kepunyaan mereka.

Muzakarah itu juga mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bakal meluluskan pembinaan rumah ibadat bukan Islam mendapat persetujuan atau pandangan jawatankuasa kemajuan kampung di mana rumah ibadat tersebut hendak didirikan.

Di samping itu, PBT juga perlu memastikan jumlah bilangan penduduk bukan Islam di kawasan tersebut sebelum meluluskan sebarang permohonan rumah ibadat bukan Islam.

Ini bertujuan memastikan pembinaan rumah ibadat tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk di kawasan berkenaan.

Dalam masa yang sama, PBT perlu bertindak tegas terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang didirikan tanpa kebenaran.

Begitu juga ke atas rumah ibadat yang didirikan di atas tapak yang tidak diluluskan oleh kerajaan.

Selain itu, muzakarah yang sama mengesyorkan supaya jarak di antara dua buah rumah ibadat tidak kurang daripada satu kilometer.

Jarak minimum ini terpakai kepada semua rumah ibadat termasuk rumah ibadat penganut Islam atau penganut agama lain.

Tidak dapat dipastikan, sejauh mana peruntukan undang-undang mengenai pembinaan rumah ibadat yang diguna pakai oleh PBT ketika ini menepati apa yang dicadangkan oleh muzakarah itu.

Seandainya ada bahagian-bahagian dalam garis panduan itu tercicir di dalam undangundang tersebut, maka adalah wajar apa yang dicadangkan oleh muzakarah itu dipertimbangkan.

Ini kerana ia merupakan jawapan serta panduan yang lengkap dalam merungkai polemik mengenai isu pembinaan rumah ibadat tidak hanya ketika ini, malah pada masa depan.

Paling utama, ia dibuat bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Bagaimanapun seperti yang dijelaskan oleh pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali, undang-undang kerajaan tempatan yang diguna pakai ketika ini sebenarnya sudah memadai untuk menjelaskan mengenai kedudukan pembinaan rumah ibadat.

Beliau merujuk kepada peruntukan undang-undang Seksyen 21 (6), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976.

Menurutnya, akta itu mengkehendaki notis kepada lot yang berjiran bagi mengetahui pandangan mereka.

Permohonan itu juga kebiasaannya akan dirujuk kepada satu jawatankuasa di peringkat negeri iaitu Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam bagi mendapatkan pandangan dan perakuan.

Jawatankuasa ini akan menimbangkan permohonan kebenaran merancang dengan mengambil kira komposisi kaum di kawasan tersebut. Juga sama ada terdapat bantahan daripada lot-lot yang berjiran.

''Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, ia sudah cukup untuk difahami bahawa pembinaan rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi yang melibatkan kawasan majoriti penduduk Islam," ujar beliau.

Kerana itu juga, tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor tambah Che Hamdan, menimbulkan persoalan besar dalam konteks masyarakat majmuk.

Tuntutan bertolak ansur itu hanya dilihat daripada satu pihak sahaja iaitu di kalangan orang Melayu terutamanya penduduk di Seksyen 23, Shah Alam. Sedangkan dalam masa yang sama terutama sejak akhir-akhir ini, banyak isu yang menyentuh mengenai orang Melayu dan Islam sering dipermainkan.

Che Hamdan turut menegaskan, kerajaan Selangor seharusnya melihat isu pembinaan kuil itu daripada konteks yang lebih luas.

Bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan pihak yang cuba mengambil peluang atas kemelut penawaran kuasa di Selangor.

Sensitiviti masyarakat setempat yang menjadi penghuni tetap merupakan pihak utama yang perlu dipertimbangkan.

''Sekiranya sebelum ini parti-parti gabungan pembangkang sering cuba menjadi hero bagi orang Islam, adakah dengan ujian kuasa yang sedemikian telah menyebabkan mereka lupa asal usul negara bangsa di negara ini?" tegas beliau.



dr artikel ni, aku cuba merangka2 penyelesaian terbaik bagi isu ini utk bersedia sekiranya ditnye di interview kelak..dan aku hanya jwpannya hanya satu..keperluan perancangan-kebenaran merancang, notis berjiran, public participation, garispanduan perancangan dan sebagainya...semuanya telah digariskan...so, terjwb mengapa kuil itu boleh menjadi sedemikian rupa, kerana ianya tak melalui proses yang betul. sekiranya ia melalui proses dan langkah yang betul maka tidak akan berlaku 'terhantuk baru nk mengadah'...maka tidak la berlaku isu kepala lembu...kadang2 proses perancangan ini dipandang enteng..tp jika berlaku perkara sebegini, proses perancangan dilihat cara terbaik untuk menyelesaikan...planning bukan dibuat untuk menyusahkan kita tp untuk memudahkan kita..hmmm



2 comments:

muhammad said...

tahniah sarah, cadangan pnyelesaian yg tepat -kata kuncinya: perancangan-, mnurut kaca mata sorg yg bakal brjaya dlm temuduga planner plk tu. :)

nuna_sarah said...

bakal berjaya tu agak positif..hahahaha..tp semua org berharap akan berjaya...skrang ni kn berserah n berdoa je la..sya da buat yang terbaik

Click Me

Related Posts with Thumbnails