Lie awake in bed at night And think about your life
To those of who has pushed me, thank you. Without you I wouldn’t have fallen. To those of you who laughed at me, thank you. Without you I wouldn’t have cried. To those of you, who couldn’t love me, thank you. Without you, I wouldn’t have known the real love. To those of you who left me lonely, thank you. Without you I wouldn’t discovered myself. But it is to those of you who thought I couldn’t do it that I want to thank the most, without you I wouldn’t have tried
Wednesday, September 16, 2009
lie
Lie awake in bed at night And think about your life
senyum
Monday, September 14, 2009
dari jauh
stat dr habis syawal thun lps sehingga tahun ni..ade perkara yang aku sesal aku buat..ade yang aku sempat mintak maap n ada yang x sempat mintak maap..samaada aku mmg x berpeluang atau aku mmg x jmpa da org tu..aku mintak maaf deh...seram sejuk aku kalau nk guna perkataan 'ini mungkin syawal terakhir kita'....amal ibadat x cukup lg maa
Friday, September 11, 2009
salah letak
sebenarnya aku x de la amik port sangat pasal isu ni sbelum ni..sehinggalah aku perlu membacanya untuk keperluan interview aku tempoh hari...bimbang isu ini akan menjadi modal si interviewer utk tanye aku...isu pemindahan kuil di s.alam..aku sangkakan kuil itu memang dirancang untuk diletakkan di kawasan tersebut..sehinggalah aku terbaca satu artikel..rupanya kuil tersebut hanya ingin dipindahkan dari s.19 ke seksyen 23...penjelasan yang diberikan semasa PKNS ingin membangunkan seksyen 19 dia x tunjukkan existing kuil yang ada disitu sehingga pembeli masuk br perasan ade kuil sebenarnya disitu...aku heran macam mana dia buat plan x tunjuk pembangunan sekitar...tp let forget about that...penjelasan yang diberikan kerajaan sbelum ini mmg sudah beranji utk mengalihkan kuil itu ttp x pernah berlaku sehingga pemerintahan kerajaan sekarang...aku x tau sejauh mana kebenarannya..aku bukan mahu bercakap pasal siapa y apa...tp knapa? aku cuba mencari penyelesaian dan sbb terbaik mengapa PBT boleh meluluskan dan memberi kebenaran merancang pada kuil tersebut, sehinggalah aku terbaca artikel ini..
SEBENARNYA tidak sukar untuk memahami mengapa isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor mencetuskan bantahan banyak pihak.
Daripada sudut kesesuaian lokasi sudah jelas terbukti bahawa majoriti penduduk di kawasan itu merupakan orang Melayu dan penganut Islam.
Maka, apa kewajarannya sebuah kuil di bina di kawasan itu?
Malah pembinaan kuil itu juga menyalahi proses undang-undang kerana ia tidak termasuk dalam pelan pembangunan di kawasan berkenaan.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat.
Malah, beliau turut menekankan pembangunan di sesuatu kawasan mesti mengikut perancangan yang dipersetujui setelah melalui proses hebahan dan diwartakan oleh pihak berkuasa.
Justeru, apa sebenarnya alasan yang lebih munasabah yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor dalam membenarkan pembinaan kuil tersebut?
Kemelut pembinaan rumah ibadat ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia melibatkan sensitiviti agama dan kaum di kalangan masyarakat berbilang bangsa.
Ketetapan mengenainya perlu dibuat berdasarkan undang-undang yang tegas dengan mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi mengelak tercetusnya ketegangan.
Permasalahan mengenai pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia beberapa tahun lalu.
Ia rentetan beberapa aduan yang diterima oleh jabatan agama Islam di seluruh negara mengenai pembinaan rumah ibadat bukan Islam yang didirikan di tempat yang tidak sesuai.
Pembinaan rumah ibadat yang kebanyakannya adalah secara haram telah memberi tafsiran yang salah di kalangan majoriti umat Islam seolah-olah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Menerusi muzakarah itu juga, satu cadangan garis panduan berkenaan pembinaan rumah ibadat bukan Islam telah dikeluarkan.
Antara lain garis panduan itu mencadangkan semua permohonan bagi pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam hendaklah dirujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi mendapatkan pandangan serta apa-apa keputusan mengenainya.
Perkara ini pastinya mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang terkandung di dalam Perkara 3, Persekutuan Perlembagaan.
Namun perkara yang sama juga menjelaskan agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan aman damai di negara ini.
Ia bermaksud penganut agama lain juga mempunyai hak untuk memiliki rumah ibadat masing-masing.
Perkara yang sama turut menjadi perhatian muzakarah tersebut yang mencadangkan rumah ibadat bukan Islam boleh didirikan di atas tanah milik mereka.
Tetapi dengan syarat tapak itu terletak di dalam kawasan majoriti penduduk bukan Islam mengikut keperluan penganut agama mereka.
Syarat ini pastinya mengambil kira kemudahan kepada penganut agama itu untuk pergi ke rumah ibadat masing-masing.
Bagaimanapun, permohonan orang-orang bukan Islam untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan majoriti orang-orang Islam tidak boleh dibenarkan walaupun di atas tapak kepunyaan mereka.
Muzakarah itu juga mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bakal meluluskan pembinaan rumah ibadat bukan Islam mendapat persetujuan atau pandangan jawatankuasa kemajuan kampung di mana rumah ibadat tersebut hendak didirikan.
Di samping itu, PBT juga perlu memastikan jumlah bilangan penduduk bukan Islam di kawasan tersebut sebelum meluluskan sebarang permohonan rumah ibadat bukan Islam.
Ini bertujuan memastikan pembinaan rumah ibadat tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk di kawasan berkenaan.
Dalam masa yang sama, PBT perlu bertindak tegas terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang didirikan tanpa kebenaran.
Begitu juga ke atas rumah ibadat yang didirikan di atas tapak yang tidak diluluskan oleh kerajaan.
Selain itu, muzakarah yang sama mengesyorkan supaya jarak di antara dua buah rumah ibadat tidak kurang daripada satu kilometer.
Jarak minimum ini terpakai kepada semua rumah ibadat termasuk rumah ibadat penganut Islam atau penganut agama lain.
Tidak dapat dipastikan, sejauh mana peruntukan undang-undang mengenai pembinaan rumah ibadat yang diguna pakai oleh PBT ketika ini menepati apa yang dicadangkan oleh muzakarah itu.
Seandainya ada bahagian-bahagian dalam garis panduan itu tercicir di dalam undangundang tersebut, maka adalah wajar apa yang dicadangkan oleh muzakarah itu dipertimbangkan.
Ini kerana ia merupakan jawapan serta panduan yang lengkap dalam merungkai polemik mengenai isu pembinaan rumah ibadat tidak hanya ketika ini, malah pada masa depan.
Paling utama, ia dibuat bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Bagaimanapun seperti yang dijelaskan oleh pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd Razali, undang-undang kerajaan tempatan yang diguna pakai ketika ini sebenarnya sudah memadai untuk menjelaskan mengenai kedudukan pembinaan rumah ibadat.
Beliau merujuk kepada peruntukan undang-undang Seksyen 21 (6), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976.
Menurutnya, akta itu mengkehendaki notis kepada lot yang berjiran bagi mengetahui pandangan mereka.
Permohonan itu juga kebiasaannya akan dirujuk kepada satu jawatankuasa di peringkat negeri iaitu Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam bagi mendapatkan pandangan dan perakuan.
Jawatankuasa ini akan menimbangkan permohonan kebenaran merancang dengan mengambil kira komposisi kaum di kawasan tersebut. Juga sama ada terdapat bantahan daripada lot-lot yang berjiran.
''Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, ia sudah cukup untuk difahami bahawa pembinaan rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi yang melibatkan kawasan majoriti penduduk Islam," ujar beliau.
Kerana itu juga, tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor tambah Che Hamdan, menimbulkan persoalan besar dalam konteks masyarakat majmuk.
Tuntutan bertolak ansur itu hanya dilihat daripada satu pihak sahaja iaitu di kalangan orang Melayu terutamanya penduduk di Seksyen 23, Shah Alam. Sedangkan dalam masa yang sama terutama sejak akhir-akhir ini, banyak isu yang menyentuh mengenai orang Melayu dan Islam sering dipermainkan.
Che Hamdan turut menegaskan, kerajaan Selangor seharusnya melihat isu pembinaan kuil itu daripada konteks yang lebih luas.
Bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan pihak yang cuba mengambil peluang atas kemelut penawaran kuasa di Selangor.
Sensitiviti masyarakat setempat yang menjadi penghuni tetap merupakan pihak utama yang perlu dipertimbangkan.
''Sekiranya sebelum ini parti-parti gabungan pembangkang sering cuba menjadi hero bagi orang Islam, adakah dengan ujian kuasa yang sedemikian telah menyebabkan mereka lupa asal usul negara bangsa di negara ini?" tegas beliau.
Thursday, September 10, 2009
katak a.k.a nuna's pet
Wednesday, September 2, 2009
jujur
"Ya ALLAH!!! Ya Tuhanku, Aku tidak berdaya lagi untuk menjaga agama-Mu di Kelantan ini."
"Ya Allah, kerna amat kuat serangan yang datang dari pelbagai cara, Oleh itu Aku meminta kepadamu Ya Allah, Kau pertahankan agama-Mu sebagaimana Engkau pertahankan rumah-Mu dari serangan tentera abrahah"
- Doa Tok Guru Nik Aziz kendengaran begitu sayu memecah kedinginan malam.
hujan hati
sebab hati tidak bahagia :
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut….walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, ….dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam
credit to : http://dupahang.wordpress.com