Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan


Suatu mase dulu aku pernah dijaja dengan cinta hebat yang pernah aku baca..crita yang membuatkan aku sanggup menunggu giliran meminjam buku ni dari perpustakaan bergerak-mase zaman skolah dulul..yang aku igt buku ini diterbitkan secara berperingkat-BUDAK SETAN 1,2,3 n sambungannya pada buku bertajuk Katerina..n the last book yang x pernah aku bace smpai skang Kasyah:lagenda berakhir

Sepanjang cerita cinta dari novel yang pernah aku baca-cinta Kasyah adalah cinta ter'sadis' yang pernah aku baca..aku pernah berhenti ditengah-tengah membaca sebab x puas hati ngan nasib Kasyah..tanda protes aku pada si pencerita..namun selepas seminggu-aku ambik baca balik buku tu..sehingga sekara jika ada yang bertanya pada aku-buku ape paling besh yang pernah ko baca-aku akan jwb tanpa ragu2..lagenda budak setan...Kasyah lelaki yang tulus mencintai satu hati-Ayu...

mungkin pada masa sekarang-zaman budak2 sekarang-membaca novel tu satu hobi yang 'skema', x mencabar dan membuang masa..tp suatu ketika dulu, masa internet adalah perkataan asing, semasa handset umpama 1 kilo emas n astro masih belum wujud-novel merupakan hiburan terbaik...siapa sangka smpai sekarang watak2 dalam cerita tersebut masih terlekat kemas lam minda aku ni..

Aku harap adaptasi crita ni ke filem akan menjadi adaptasi filem yang x akan membunuh angan2 berjuta yang pernah membaca novel...paling aku x nk miss miss part Kasyah kehilangan anak kesayangannya..Athirah..aku rasa part ni penting utk Katerina n Kasyah...apabila farid kamil dipilih untuk jadi kasyah aku agak terkejut-mungkin dalam bayangan aku Kasyah bukanlah seorang yang bermuka jambu seperti farid kamil-tp mamat ni pasti ada kelebihan yang membuatkan produksi bersetuju...yang lain aku x nk tau..kalau filem ni hebat---mungkin boleh dipertimbangkan utk Pilot Cafe plak....

No comments:

Click Me

Related Posts with Thumbnails