Tuesday, March 31, 2009

hijau daunan


suatu masa dulu aku punya sorang kawan satu kelas dengan aku....jadi klu time exam aku mesti ddk sebelah dia..sama2 tdo bila smpai kertas subjek add math dalam ujian..suatu masa aku pernah bergaduh besar dengan atas sebab yang sangat kecik dan budak2 walaupun masa tu aku dengan dia mmg bdk2..aku bukan saja hilang kawan malah hilang partner utk kertas seni dan group lab..sehingga satu hari dia berdiri disebelah aku menyanyikan lagu ni pada aku...


Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua



yang mana lagu itu memang aku tahu liriknya walaupun dia nyanyi dua rangkap je..aku pandang dia sambil tersenyum..spontan kuar dari mulut aku..

"kau tolong aku buat ni..t aku tolong ko plak"dan dia turut tersenyum...

terima kasih kawan kerana mengingatkan aku

merajuk dengan dunia part 2






merajuk dengan dunia





sedang cuba sedapkan hati sendiri...bahawa dunia tak pernah merajuk dengan aku...cuma aku yang terlebih meminta dari apa yang sepatutnya...meminta agar jalan aku sentiasa terang...aku tak mahu merajuk lagi...sebab dunia tak mahu memujuk...arghhhhh


Friday, March 27, 2009

6/10 perfect match


tittle : Bad Couple/Defective Couple
episod : 16 episod
Genre: Romance, comedy
Watch Episodes : mysoju
MV : opening clip
Cast:
Ryu Soo Young - Choi Gi Chan
Shin Eun Gyung - Kim Dang Ja
Byun Jung Soo - Na Dol Soon
Yoo Gun - Seo Jung Soo
Choi Jung Yoon - Han Young
Park Sang Min - Kim Yoon Seok

aku cuba untuk memupuk rasa 'suka' aku pada drama ni..sighh--x dapat..aku da beli akhir tahun lps..mlm td baeu aku dpt khatamkannya...hahaha...satu rekod bagi aku sbb bese aku leh habeskan lam mase 4 hari je...itu petandanya critanya agak memboringkan aku..mungkin pada org len crita ni ok..tak sedar aku sebenarnya kurang gemar konflik cinta 'org dewasa' berbanding konflik cinta budak yang lebih ringan..sebenarnya itu pemilihan utama utk crita yang aku nak beli..kali ini aku mungkin tertarik pada kulit DVDnya agak menarik hati...

crita de 3 view..seorang perempuan A yang nk anak tp x nak lelaki dlm hidup dia sbb dia mmg benci lelaki (a liberal woman and a conservative man-can u just imagine), seorang perempuan B yang hidupnya hanye berputar untuk suami dan anaknya yang tetiba suaminya nk bercerai coz ade pompuan len, dan seorang perempuan C, ibu dan isteri yang cuba berdikari untk anak serta suami...critanya berkisar pasal 3 perempuan ni..

at 1st aku kagum pada perempuan C kerana sanggup utk lupakan kesalahan laki dia walaupun laki dia da buat salah sbb dia x nak cerai..dan aku lagi suka bila part last crita bila laki dia ditinggalkan oleh perempuan simpanan dia-dia nk patah balik-x dpt sbb perempuan C masa tu da berdikari dan sedar yang ada lelaki lain yang hidup kt muka bumi ni selain laki dia...hahahaha

u go girllll

Thursday, March 26, 2009

exam


da boring aku mendengar serta menghadiri benda ni..tp kate org jgn putus asa-ade yang p exam smpai 5 kali baru dpt..yang ni aku baru 1st taim utk KPLI..rekod yang lain-sebelum ni berkali2 gak la aku masuk dewan utk exam len----harap2 kali ni aku mampu tersenyum--------amiiiin

p/s:hari ni aku meeting bersama bos2 kt opis aku dan aku umpama anak ikan disana-agenda utama meeting-pemilihan umno, corruption, politik wang, belanja makan, dato' tu, dato ni, KJ, muhyidin, azalina bla n bla n bla---dan aku terus menjadi pemerhati yang tidak bermulut, mencatat benda2 yang tak perlu---sighhhh

7/10 - The Reader


aku tgk crita 2 mgu lps bersama crita Slumdog Millionaire..filem ni diadaptasi dr sebuah buku dari tajuk yang sama...walaupun ade adegan yang membuat aku terkejut dan sepatutnya discreeningkn terlebih dahulu-besela crita omputeh..sib baik aku tgk DVD yang tgk kt panggung tu aku tak tau la sejauh mana tapisannya...kita lupakan pasal itu..benda tu bukanla intipati utama yang ingin disampaikan..sejauh mana seorang akan pergi untuk ttp satu rahsia..smpai sejauh tu? hmmmm..my most feveret scene-mase micheal bacekn buku utk hanna-sweet..hahaha

aku tersentuh bila hanna start belajar membaca just to send him letter to say 'thank you'...how she learn word by word berdasarkan kaset yang dihantar oleh micheal...masih memanggil micheal kid walaupun micheal tu bergelar seorang bapak..tp aku sedikit x puas hati melihat dia membunuh diri di akhir crita..y? after all she done-hidup dengan ok di penjara-tp bila time nk kluar dia bunuh diri..malah dia x de intention nk kuar pun..overall crita mmg besh...n aku x panah pun tgk crita yang macam ni n aku x percaya aku leh habiskan smpai ke ending...ending crita membuatkan aku nk patahkan cd tu..hahahaha

I'm not frightened. I'm not frightened of anything. The more I suffer, the more I love. Danger will only increase my love. It will sharpen it, forgive its vice. I will be the only angel you need. You will leave life even more beautiful than you ended it. Heaven will take you back and look at you and say: Only one thing can make a soul complete and that thing is love.

*p/s :aku suka pic yang aku upload ni..klasik..nk wat wallpaper kot org salah paham plak..haahahah

Wednesday, March 25, 2009

Ada Untukmu - Part V

maaf kerana lambat post ada untukmu yang seterusnya..sebenarnya telah lama siap..tapi ada yang sudah mula bertanya...rasa x elok org ternanti2..k la...klu ade yang canggung tu aku mintak maap...aku da reducekn senatural yang mungkin...dan aku sendiri sudah mula jatuh chenta ngan Rizki..hahahaha...HAPPY READING GUYS


Suri mencuba-cuba beberapa helai baju. Dirasakan semuanya tidak kena, padahal baju itulah yang dipakainya setiap hari. Dia merenung cermin, mukanya yang dicalit sedikit blusher dan lipstik dirasakan canggung. Macam nk pergi opera plak, bisiknya sendiri. Lantas dia ke tandas, mencuci bersih mukanya. Dicalit segaris lipstik agar bibirnya tidak kelihatan pucat. Ah, apa tak kena dengan aku ni, bisik Suri. Dikutuk dirinya sendiri kerana terlalu cemas. Dilihat penampilannya dihadapan cermin. Pass, bisiknya. Berulang-ulang kali dia mengingatkan dirinya sendiri, dia hanya keluar dengan Rizki, tiada niat lain-tiada perasaan lain, bisiknya.

Dia menguak pintu rumahnya. Kelihatan Rizki telah bersandar di hadapan rumah dengan volkswagen kuningnya. Rizki ringkas berkemeja putih dan berseluar jeans biru memandangnya sambil tersenyum. Seketika dia terpana dengan senyuman Rizki. Dia terpegun seketika. Dia cepat-cepat mematikan perasaannya. Dari jauh hidung Suri sudah disapa dengan haruman yang diigaunya saban malam.

“ehem-ehem...kenapa ni..saya hensem sangat ke hari ni?” ujarnya sambil tersenyum membuatkan Suri tersedar. Suri mencemikkan mukanya dan berjalan ke arah Rizki tanpa berkata apa-apa. Hati Rizki semakin berbunga-bunga. Dipandangnya Suri ke atas hingga ke bawah, hatinya begitu tertarik dengan penampilan Suri itu.

“hai pucatnya muka awak..kita nak g dating bukan nak pergi berperang...jangan la macam tu, saya bukan nak makan awak” kata Rizki sambil membuka pintu keretanya. Suri menarik muka. Pedih rasanya dia disindir Rizki sedemikian rupa. Memang nak pergi berperang pun, bisiknya sendiri.

Semalam dia menelefon Rizki, menyatakan dia bersetuju dengan tawaran Rizki. Dia terasa tercabar dengan kata-kata Firkan. Seolah-olah dia tidak berhak langsung untuk dicintai oleh sesiapa. Dia memandang Rizki di sebelahnya. Tidak mungkinkah orang seperti Rizki untuk mencintainya. Suri membuang pandangan ke luar tingkap.

Rizki disebelah sedari tadi menjeling Suri dengan ekor matanya. Jauh disudut hatinya terbit perasaan kurang senang bila melihat Suri termenung begitu. Seolah-olah menampakkan sisi sunyi Suri. Dia sedar, Suri bukan orang yang pandai menyorok perasaannya. Semakin dia berusaha menyembunyikan perasaannya, semakin jelas jelas tergambar diwajahnya. Rizki mengatur-ngatur ayat di fikirannya, tidak mahu Suri terus termenung.

“Awak diam ni cari modal nak mengata saya la tu? selalu awak yang cakap lebih-lebih”kata Suri memecah sunyi.

Rizki tersenyum. nampaknya aku tak payah susah-susah, bisiknya sendiri.

“apa senyum-senyum. Jangan ingat saya terima tawaran awak, awak menang. Saya tetap tak suka awak tau tak” ujar Suri geram

“ye..ye..i know, even i’m the last man on earth” ujar Rizki. Dia tersenyum. Dia tahu apa yang mengubah keputusan Suri. Namun dia lega Suri bersetuju. Dia sendiri masih bingung kenapa dia begitu bersungguh mahu menolong Suri. Dia hanya menurut kata hatinya, malah itulah yang selalu dilakukannya.

“Kita nak kemana Rizki?”Suri masih samar-samar arah tuju yang ingin dibawa Rizki. Yang pastinya kereta telah jauh meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur.

“kalau saya bawak awak kahwin lari, awak nak?” soal Rizki. Hati berbunga riang walaupun dia tahu jawapan yang bakal keluar dari mulut Suri. Sengaja diusiknya Suri kerana hatinya terhibur dengan berbuat demikian.

Berderau darah Suri. Sudahlah dia merasakan dirinya sudah cukup gila untuk keluar dengan Rizki. Dijelingnya Rizki. Malas mahu melayan usikan Rizki.

“jangan jeling saya macam tu Suri. Saya bawak awak betul2 kang” usiknya lagi. Dia tergelak kecil memandang Suri.

“awak tengok la bila sampai nanti”ujar Rizki, namun ia lebih menambah kerisauan Suri.

Setelah 45 minit memandu Rizki menghentikan kereta di bahu jalan. Suri melangkah keluar dari kereta. Dia tidak menyangka Rizki membawanya ke situ. Disangkanya Rizki akan membawanya ke pusat membeli belah, menonton wayang atau makan seperti yang sering dilakukannya dengan Firkan. Dia memandang Rizki meminta penjelasan. Di kiri dan kanannya hanya terdapat semak, beberapa buah kereta dan satu denai jalan. Tiada apa yang menarik di kawasan itu.

“Rizki, awak jangan nak mengarut. Kita nak ke mana ni?” ujarnya memandang Rizki. Rizki sedari tadi hanya tersenyum tanpa sebarang kata. Dia memandang gelagat Suri sejak sampai. Dia berjalan beberapa langkah melalui denai mendahului Suri.

“awak tak nak ikut ke? ke nak berdiri kat situ je”dia memandang Suri.

“kita nak kemana. Awak ni main-main la Rizki”Suri terasa ingin mengetuk kepala Rizki. Geram kerana masih berahsia arah tuju mereka. Dia masih tidak bergerak dari sisi kereta. Rasa geram, takut dan marah berbaur. Budak ni memang tak betul, bisiknya.

“kalau nak tahu ikutlah” Rizki mengangkat kening lantas berjalan meninggalkan Suri. Beberapa detik kemudian dia sedar Suri mengekori beberapa langkah di belakangnya. Dia tersenyum sendiri.

Suri bergerak beberapa langkah di belakang Rizki. Dia memandang ke kiri dan kanan. Hatinya masih bimbang dan takut. Dia memandang Rizki di hadapan. Dia kelihatan seolah-olah seperti sudah biasa dengan selok belok denai tersebut. Dalam hatinya tidak berhenti-henti memarahi dan mengutuk Rizki. Dia mula berkira-kira ini mungkin kali terakhir dia keluar dengan Rizki.

Namun setelah sepuluh minit berjalan mengharungi denai, telinga Suri mula dapat mendengar jelas bunyi aliran sungai yang membuatkan dia mempercepatkan langkahnya. Tidak lama kemudian dia dapat melihat dengan jelas air terjun di hujung denai yang dilaluinya dan Rizki. Terdapat beberapa keluarga yang sedang berkelah dan mandi manda di kaki air terjun. Suri terpegun dengan keindahan air terjun yang ditemuinya. Buat pertama kalinya dia melihat air terjun setinggi itu.

Rizki tersenyum melihat gelagat Suri. Hilang muka masamnya sejak dari tadi. Yang terbit hanya senyuman manis di ulas bibirnya. Itulah yang dicari Rizki. Dia mendaki beberapa langkah menyusuri air terjun yang agak berbukit itu.

“Suri, sini.” dia menguatkan suaranya melawan air terjun. Bimbang suaranya tenggelam disebalik deruan air terjun.

Suri menuruti langkah Rizki walaupun dia masih belum berpuas hati menikmati keindahan yang begitu memikat hatinya. Dipijaknya beberapa batu yang kelihatan licin dan laluan yang agak curam. Rizki menghulurkan tangan memberi bantuan. Namun dia hanya memandang sepi. Suri merasakan dia masih berupaya untuk mendaki batuan itu. Setelah beberapa minit mendaki mereka sampai di puncak.

Rizki memilih untuk duduk di atas sebiji batu besar. Suri berdiri membelakangi Rizki untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan yang terbentang dihadapan mata. Dari tempat mereka berdiri Suri dapat melihat dengan jelas aliran air terjun yang didakinya sebentar tadi. Setelah beberapa ketika, Suri memandang Rizki.

“kenapa awak bawak saya ke sini?”soal Suri kepada Rizki yang berada beberapa meter darinya.

“sebab ini langkah pertama untuk awak kalu nak jadi kekasih saya. Tinggalkan Firkan disini” ujar Rizki. Suri mengerutkan dahi. Tidak mengerti. Kadang-kadang dirasakan Rizki seorang yang penuh kejutan. Baik perbuatan atau tingkah lakunya. Itu yang membuatkan dia geram dengan Rizki.

“what do u mean by that?”Suri bertanya.

“hmmmm...dari saat ini hinggalah saat awak berjaya miliki Firkan, saya nak awak tinggalkan segala kenangan dengan Firkan disini. Bermula sebagai orang yang baru”Rizki bergerak menghampiri Suri.

Suri mengerutkan dahi. Mana mungkin dia boleh membunuh kenangannya bersama Firkan begitu mudah. Kalau ia sebegitu mudah, maka dia pasti sudah sudah berjaya melakukannya semenjak dulu lagi.

“kalau semudah itu. kalaulah semudah yang awak cakap.”Suri mengeluh. Membuang pandangannya kearah air terjun, cuba menyembunyikan riak mukanya.

“hmmm..awak tengok awak sekarang. Bila saya sebut pasal Firkan je, awak terus berubah. Selagi awak x buat macam tu, selagi tu u will be like this Suri. cry him a river. what did u get? nothing. Dia masih lagi macam tu. dan awak masih lagi macam ni. Awak puas hati ke macam tu je? kenapa awak tak luah marah awak tu. kenapa mesti awak pendam, menangis sorang diri” ujar Rizki. Suri diam memandang Rizki.

“Macam mana saya nak luah kalau saya marah pada diri saya sendiri Rizki?”Suri meninggikan suara pada Rizki. Dia tidak tahan dituduh begitu dengan Rizki.

“apa yang awak tahu pasal puas hati Rizki. What else can i do besides crying. Ya, memang saya marah, memang saya benci, tapi benci dengan silap saya, marah dengan diri saya sendiri. marah kerana terlalu percaya dengan diri saya sendiri. Marah kerana terlalu yakin yang satu hari nanti Firkan akan terima saya. Saya marah sebab saya masih sayangkan dia walaupun dia da buat saya macam ni. Marah sebab masih inginkan dia walaupun dia tak pernah sukakan saya. Marah sebab saya tak sesempurna yang diinginkannya. Saya marah sebab saya tak boleh cari sebab kenapa saya perlu marah Firkan. Saya marah dengan diri saya Rizki. Marah dengan diri saya” ketika itu, Suri sudah tidak dapat menahan esaknya. Dia sudah terduduk memeluk lutut. Tidak mempedulikan Rizki yang memandangnya.

Rizki seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Sangkanya, selama ini Suri membenci Firkan kerana tak dapat menerima cintanya. Walaupun dia tidak mengetahui sepenuhnya jalan cerita perhubungan Suri dan Firkan, namun itulah tekaannya selama ini. Ternyata sangkaannnya jauh meleset. Rupanya dia marahkan dirinya sendiri, bisik Rizki.

Rizki bergerak menghampiri Suri. Rizki melabuhkan punggungnya di tepi Suri. membiarkan Suri dengan esaknya untuk seketika. Dia melakar sesuatu di atas pasir di hujung kakinya. Dia menunggu sehingga tangis Suri reda dan kemudian dia bersuara.

“Awak ingat cerita bintang saya dulu. Selagi awak masih bermimpi awak tak akan dapat tengok bintang lain Suri. Perasaan awak tu akan bunuh awak Suri. Akan bunuh jiwa awak. Jiwa ada makanannya. If u stop feeding it, ia akan kurus Suri. We are what we eat rite?” Rizki tersenyum pada Suri. Mengintai wajah Suri.

Suri tersenyum menyerlahkan giginya yang tersusun rapi. Jiwa Rizki bergetar memandang senyuman itu. Mungkin selama ini dia tidak pernah melihat Suri sehampir itu. Di telitinya mata bundar Suri, hidungnya dan ulas bibirnya. Semuanya kelihatan sempurna dimatanya. Kemudian dia tersenyum memikirkan kebodohan Firkan menolak gadis seperti Suri. Di matanya, Suri tiada apa yang kurang, sempurna sifat dan perlakuannya. Dilarikan pandangannya, bimbang dengan mainan perasaannya sendiri. Dikuis-kuis kayu dihadapannya. Suri masih lagi membuang pandangan ke arah air terjun, tidak menyedari dirinya diperhati Rizki.

“Suri boleh awak janji sesuatu dengan saya.”Suri mengalihkan pandangannya ke arah Rizki. Direnungnya lelaki di sebelahnya itu. Apa lagi yang dimahunya.

“Tak kisah samaada awak menangis, suka, sedih, marah, ketawa, jangan sorokkan apa-apa dengan saya. Show me ur real feeling. Saya pun tak tahu kenapa saya suka tengok awak dalam apa-apa keadaan pun. “Ujar Rizki serius.

Suri terpana. Entah mengapa dirasakan tiba-tiba nada Rizki sungguh serius. Direnung wajah lelaki itu. Mencari keikhlasan disebalik wajahnya. Dia tidak menjawab, mendiamkan diri.

“tapi awak jangan menangis depan orang lain. Buruk rupanya”pecah ketawa Rizki. Suri mencemik, menjelirkan lidahnya ke arah Rizki. Semakin galak tawa Rizki. Dia menekan perutnya, tidak tertahan dengan lagak Suri.

“sampai bila kita perlu jadi macam ni. Maksud saya, saya perlu jadi errr er...” soal Suri. Lidahnya dirasakan kelu untuk menuturkan ayat seterusnya. Segan dengan Rizki.

“jadi apa?” soal Rizki sinis. Dia tahu maksud Suri. Sengaja dia ingin mengusik Suri. Suri mencemik, dia tahu Rizki mengusiknya.

“Da setuju lepas tu malu nak mengaku plak.”Rizki menggeleng-geleng kepalanya.

“Awak tak tanya pun syarat dan apa upah saya masa awak setuju tu kan. Kalau saya cakap sampai bila-bila macam mana? awak sanggup?” ujar Rizki mengangkat keningnya.

Berderau darah Suri. Dia memandang Rizki. Dia seakan-akan mahu mencekik Rizki ketika itu. Bongok mamat ni, bisiknya. Dia bingkas bangun. Malas untuk malayan usikan Rizki.

“Sampai masanya, bila awak dah tak perlukan saya, saya sendiri yang akan mengalah masa tu, we will know what to do when that time come Suri” Rizki bersuara, kali ini kedengan serius di telinga Suri. Kaki Suri bagai terkunci untuk bergerak. Dirasakan kata-kata Rizki megitu mengusik hatinya.

“Till then, let be a perfect couple. Ok?” katanya seraya bangun. Dia mengangkat keningnya ke arah Suri. Dan saat itu Suri terasa seperti permainan baru shaja bermula. Let it begin, bisiknya sendiri.

Suri mendail beberapa kali nombor yang tertera di telefonnya. Beberapa kali namun tiada jawapannya. Peluh mula merenik keluar dari dahinya. Disapunya dengan tisu. Dalam hatinya mula memarahi teksi yang berjanji untuk menjemputnya. Tidak mungkin dia sempat ke stesen putra jika menelefon teksi lain. Paling cepat teksi itu mungkin akan datang dalam masa 10 minit. Tu kalau cepat-kalau lambat, omelnya sendiri. Hatinya mula bimbang dengan kemungkinan dia ketinggalan bas. Jam ditangan menunjukkan pukul 9.30 malam. Tiket bas ditangan digenggamnya. Terngiang-ngiang pesanan maknya ditelinga.

“kak long balik tau. Semua orang balik. Tak elok tak balik kalau semua ada. Da la semua susah nak jumpa” pujuk ibunya di telefon semalam. Sebenarnya bukan dia tidak mahu pulang tapi kerja di pejabat membutuhkan dia untuk turut bekerja pada hari minggu. Minggu itu dicuba sedaya upayanya untuk menyiapkan semua kerja bagi mengelak untuk bekerja dihujung minggu. Kenduri arwah datuknya yang sudah dirancang semenjak bulan lepas oleh sanak saudaranya membuatkan diri sendiri terasa kurang sopan jika tidak menghadirkan diri. Sudah terbayang dikepalanya keriuhan rumah neneknya dengan sepupu-sepupunya seramai 30 orang tu. Dia tersenyum sendirian.

Seketika dia teringat dia masih belum punya jalan penyelesaian. Untuk berjalan ke jalan utama agak jauh dan mustahil dia dapat sampai tepat pada waktunya. Dia mengutuk sekali lagi teksi yang berjanji datang untuk menjemputnya. Kalau dia tahu perkara itu akan terjadi pasti dia menerima pelawaan Rizki untuk menghantarnya ke stesen Putra malam tadi. Rizki, bisiknya. Tiba-tiba di teringat pelawaan Rizki untuk menghantarnya malam tadi. Dia menolak lantaran tidak mahu menyusahkan Rizki serta tidak mahu terhutang budi lagi dengan Rizki. Kak ain pula tiada di rumah malam itu, kalau tidak pasti kak ain pasti menjadi drivernya malam itu.

Dengan langkah yang berat dia melangkah ke pintu rumah Rizki melaungkan salam dari luar. Beberapa kali dia memberi salam namun tiada sahutan dari dalam. Dia mendail nombor Rizki namun tidak mendapat jawapan. Dia membuka pintu pagar besi dan bergerak ke pintu. Diketuk-ketuk pintu rumah itu beberapa kali. Seberapa ketika Rizki keluar dengan rambut yang kusut. Kelihatan seperti baru bangkit dari tidur.

“waalaikummussalam. Suri, kenapa ni? Ada apa-apa ke?” ujar Rizki sambil menguap.

“awak tolong saya jab. Hantar saya ke stesen putra. Da lewat ni wak. Bas saya kol 10. Teksi yang nak amik saya tu x dtg. Awak kena tolong saya”rayunya pada Rizki.

“op-op..awak jangan kelam kabut. Jab saya tukar baju jab..saya hantar awak.”Rizki menghilang disebalik daun pintu sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan seluar khakis pendek paras lutut dan t-hirt hijau muda. Rambut sudah bersisir rapi. Suri sudah bersedia di tepi kereta Rizki.

“tak payah nek kete tu, jom nek kete ni” ujar Rizki membuka pintu kereta pokok. Suri bergegas menuju ke pintu kereta yang telah dibuka Rizki. Suri gelisah didalam kereta. Digenggam tiket bas di tangannya, dikerling jam ditangannya berkali-kali. Rizki menjeling, memahami kegelisahan Suri. Sebaik sahaja sampai Rizki menghentikan kereta di bahu jalan.

“Suri awak masuk dulu, saya cari parking nanti saya masuk dalam cari awak”ujarnya pada Suri. Suri bergegas masuk ke dalam stesen putra. Selesai memarkir kereta dia bergegas mendapatkan Suri. Matanya melilau mencari kelibat Suri. Diintainya ke dalam beberapa buah bas yang masih belum bergerak. Lupa pula untuk ditanya bas apa yang dinaiki Suri. Dia mengutuk kebodohannya sendiri. Mungkin sudah naik bas barangkali, bisiknya sendiri. Dia mengambil telefon, mendail nombor Suri. Namun tiba-tiba dia sedar deringan telefon Suri kedengaran di belakangnya. Dia menoleh kebelakang. Suri merenungnya.

“tak sempat awak” ujarnya lemah. Mukanya jelas sugul.

“kita try cari bas lain eh. Saya tanyakan”Rizki memujuk.

“tak payah la. Tiket ke Terengganu memang itu je yang ada. Saya da tanya td”ujarnya seraya duduk. Rizki tidak menghiraukan kata-kata Suri. Dia mengaturkan langkahnya ke beberapa kaunter jualan tiket. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan tangan kosong.

“x pe lah Rizki. Kita baliklah”Suri beredar mendahului Rizki. Jelas dari raut wajahnya, tergambar jelas kesedihannya. Suri mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Beberapa minit kemudian dia mendail seseorang di telefon bimbitnya.

“assalamualaikum. Mak, kakak ni. Kakak x dapat balik la mak. Maaf ye mak. Kirim salam pada semua ye mak. Assalamualaikum”dari kejauhan sayup-sayup Rizki mendengar sahutan salam dari telefon. Dia menjeling Suri di sebelah.

“pukul berapa kenduri tu esok?”ujar Rizki berbahasa basi.

“malam esok lepas isyak. Rizki, saya patut dengar kata awak semalam. Kesian mak saya harap saya balik”Suri bersuara menjawab soalan Rizki. Memarahi dirinya sendiri kerana tidak menerima pelawaan Rizki sebab kesombongannya. Rizki mendiamkan diri. Kepalanya sibuk memikirkan sesuatu. Sebaik sahaja sampai Rizki tidak mematikan enjin kereta. Dia menegah Suri daripada keluar dari kereta, memintanya menunggunya didalam kereta. Suri bingung, tidak mengerti permintaan Rizki namun dia menurut. Tidak lama kemudian Rizki masuk semula ke kereta bersama satu beg sandang.

“jom saya hantar awak balik”ujarnya memandang Suri. Suri bagaikan tidak percaya apa yang didengarnya.

“awak jangan main-main. Kampung saya bukan kat kuala Selangor ke, ipoh ke, Melaka ke. Kat Terengganu tau.”ketika itu kereta sudah bergerak menyuSuri jalan meninggalkan rumah mereka.

“pernah saya main-main dengan awak?”Rizki bersuara tegas.

“awak tak perlu buat macam tu.”ujarnya. nada suaranya mula kendur.

“yup. Ur face telling me that I have to do it. Do u think I can stand ur face rite now”

“mne ade sya buat muka. Rizki, esok hari jumaat, awak kerja kan. Mana sempat nak balik KL balik”ujar Suri bimbang. Rizki seperti biasa penuh dengan kejutan.

“let me worry about that”Rizki menyambut. Suri mengeluh. Dia tahu dia akan kalah dengan Rizki.

“kereta? Ni kereta pokok. Macam mana dia nak g kerja?”dia terus bertanya. Bimbang dengan tindakan Rizki.

“da. Saya da cakap kt dia. Lagipun dia outstation esok. Awak cuba duduk diam-diam, dengar cakap saya skali boleh tak” mata Rizki tidak mengalih pandangannya kearah Suri namun Suri tahu nadanya serius. Suri mendiamkan diri. Dirinya mula mencongak-congak apa yang bakal terjadi di rumahnya nanti melihat dia balik bersama Rizki. Matilah aku, bisiknya sendiri.

Suri mengecilkan mata, tidak tersedar bila dia terlelap. Dia melihat jam di tangan kemudian memandang Rizki ditepi tenang memandu. Sesekali dia menguap tanpa menyedari Suri sedang memandang. Suri tergelak kecil. Rizki mengalihkan pandangan tersedar dengan gelak Suri.

“kalau awak da ngantuk, berhentilah. Biar saya bawak plak. Awak tidur.”dia bersuara. Rizki tersenyum tanpa membalaskan kata-katanya. Dalam suasana kelam dengan hanya lampu jalan, Suri dapat melihat dengan jelas senyuman Rizki. Seketika hatinya bergetar. Dia menundukkan wajahnya. Bimbang Rizki terkesan dengan perubahan riak wajahnya.

“kenapa ni awak. Terharu ke?”Rizki mengusik.

“tak masa saya nak terharu. Awak jangan nak tuduh2. Awak yang nak hantar saya. Saya tak paksa, saya tak suruh. Nanti da sampai rumah, awak balik KL terus.”ujarnya masih tidak memandang Rizki.

Rizki tersenyum. Berkali-kali dia menguap menahan rasa mengantuk. Penat selepas seharian bekerja semalam masih belum hilang. Entah kenapa, dia tidak sampai hati untuk melihat wajah sedih Suri.

“awak tunjukkan jalan. Kita da sampai Terengganu ni. Nanti kita berhenti sembahyang subuh dulu.”Rizki seolah-olah memberi arahan pada Suri. Suri mencemikkan mukanya.

Tepat pukul 7.30 pagi Suri sampai di halaman rumahnya. Dari dalam kereta Suri nampak adiknya berlari-lari anak dihalaman rumah. Kelihatan beberapa orang sepupunya sedang membakar sampah. Disatu sudut dia nampak ayahnya serta beberapa orang pak ciknya sedang mengasah parang. Suri menelan air liur memandang Rizki di tepi. Dikepala berkisar alasan yang patut diberikan pada keluarganya nanti.

“awak ingat lepas ni awak balik terus tau.”ujarnya pada Rizki sebelum keluar dari kereta.

Apabila keluar dari kereta, adik bongsu perempuannya berlari-lari anak kearahnya. Suri merendahkan diri memeluk adiknya. Diusap rambut adiknya yang kemas bertocang.

“ica adik kak long da mandi belum ni”Suri bersuara bertanya pada adik bongsunya. Dipicit pipi tembam adiknya itu. Namun dia bergerak ke belakang beberapa langkah, memeluk kakaknya erat pabila melihat Rizki keluar dari kereta. Rizki bergerak menghampiri mereka.

“kak long. Sape tu?”dia mendongak memerhati Suri, memeluk kemas kakaknya. Rizki tersenyum memandang Suri yang serba salah. Rizki melabuhkan diri, duduk di sebelah Suri menghadap si comel yang bertocang dua itu.

“abang long ica la ni”Rizki bersuara memandang ica menghulurkan tangannya untuk bersalam. Suri membulatkan matanya memandang Rizki. Dia mengjegilkan matanya pada Rizki. Ica mengerutkan dahinya, berkerut-kerut keningnya memandang kak longnya. Belum sempat Suri menerangkan ica sudah berlari ke tangga rumah.

“maaak, kak long bawak balik abang long.” Saat itu Suri rasa mahu menyepak dirinya sendiri. Dia memandang Rizki. Dirasakan ingin ditarik-tarik rambut kerintingnya itu. Mukanya merah menahan marah. Rizki tersengih-sengih melihat wajah marah Suri. Rizkiiiiiii, jeritnya di dalam hati. Rizki hanya selamba mengangkat kening seraya melangkah ke arah ayahnya. Saat itu, Suri merasakan muka mula pucat, kalau ditoreh pun pasti tidak berdarah...


Tuesday, March 24, 2009

ulat yang macam udang-gulp


aku tak akan makan benda alah macam ni walaupun dia halal--gulp...the truth is : aku tak tau plak ulat ni haram :)

Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut
sedikit perkongsian. Mohon sebaran
Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3
minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd
Kitab "Sabilal Muhtadin" .

Ulat Mulong


Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum
makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah
sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau
buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan
bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan
sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan
ulatnya ikut termakan sekali".

Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut
kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah
hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh
mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132
serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal
Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat,
dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul
Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya
memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar
beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada
penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah
haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan
kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya
seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.
Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin Mohon sebaran

taken from an email from my fren : munie

Thursday, March 19, 2009

turtles, a boy n a girl


turtles, a boy n a girl
girl : Why do you raise turtles? You could have dogs, or cats.

boy : They’re quiet, and not bothersome. And they’ll live longer than me. If they try to run away, they walk slower than I do, so I’d never lose them. Even if they left, they’d go to the sea, and I’ll know where to look and wait.

girl :I want to be by your side, instead of your turtles. I’ll live longer than your turtles. I’m eleven years younger than you, so I can live longer. I won’t leave you to be alone.”

at the orphanage when they are looking on at the children playing soccer

girl : feel better because they don’t look lonely


boy : You don’t know, they could be chasing that soccer ball trying hard not to be lonely.


girl : Would you like me to be your soccer ball?


boy : Why, so I’d kick you away? I already did that. Do I need to do it some more? Fine, whenever I see you each day I’ll kick you away


girl : So you’ll meet me every day?


boy : What kind of woman has no pride like that


girl : I have a lot of pride but rather than protecting myself, isn’t real pride when I protect what’s valuable to me?


taken from : who are you-korean drama series-2008

sweet huh...open ur heart-allow the pain n u will taste the taste of love..that is the rules...eventhou u will suffer..dont hide ur feelings coz that will make much suffer in the end...there's sumthin to let go-------- :) n i wish the wisdom, spirit n possession like her

able to say yes when others say no
able to feel happy eventhou she's cryin inside
able to spread her wings n fly freely
able to wink at others eventhou they dont like her--hahahahahaha


Wednesday, March 18, 2009

that's when i love u


aslyn-that's when i love you

When you have to look away
When you dont have much to say
Thats when I love you
I love you, just that way
To hear you stumble when you speak
Or see you walk with two left feet
Thats when I love you
I love you, endlessly
And when your mad cuz you lost a game
Forget Im waiting in the rain
Baby i love you,
I love you anyway
Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
WhenI love you no matter what
So when you turn to hide your eyes
Cause the movie it made you cry
Thats when I love you
I love you a little more each time
And when you cant quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
Thats when I love you
I love you, more than youll know
And when you forget that we had a date
Or that look that you get when you show up late
Baby I love you, I love you anyway
Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
Thats when I love you
When nothing baby
Nothing you do could change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
No matter what


life could be much better if everyone like this..perhaps :(

Tuesday, March 17, 2009

rasa macam


huh....kalaula aku bley berhenti mengeluh
cuba untuk lebih meletakkan aku dlm kasut org lain dengan intensif lg...tapi seseorang meberi nasihat pd aku-kadang bimbang kasut itu tdak sesuai dengan kita...x sama saiz n brand-hahaha...big appetie

too lazy to move
rasa cam nk pijak2 nset aku-sbb da rosak
rasa cam nk online sepanjang masa di waktu bekerja
rasa macm nk p sopping cam jutawan
rasa macam nk blik kg
rasa mcm g jejalan-kt pulau maybe
rase mcm nk g curik kucing ej sekor-hahaha

sumtime these are a mind treatment 4 me----i like the word rasa macam
hahahah

sugar glider


sebenarnya da lama aku survey nk cari pet untuk jd companion aku..aku ske binatang terutamanya yang bermata bulat n suka melingkar kt kita...hehehe...suatu masa dulu aku pernah terpk utk bela kucing je tp sbb keadaan rumah menghalang aku batalkan saja niat aku tu..teringat aku 3 tahun lps aku pernah melawat zoo malam melaka..n aku ade tengok satu binatang tu...bermata besar dan sekecil tapak tangan je...klu lam kartun yang madagascar ade watak tu...tapi benda alah tu cutenye...baru2 ni mase bercerita ngan membe aku dia suggest kt aku soh aku try search pasal sugar glider..membe aku kucingnye nyer fan..kt umah dia je de 7 eko kucing skang...sugar glider cam menarik minat aku gak ni...paling penting dia suka bermain..plus dia extremely cute...lg satu dia comel sbb aku leh bawak dia kemana2-asalkan ade bonding pouch dia-comel..tp b4 that byk benda kena pk..cage dia+budget+space+makanan plus i must spend a lot of time playing with him...ade masa ke aku? tgk la..aku timbang2--nak jage dia sama mcm adopt anak-satu tanggungjawab..aku x nak akhirnya sugar glider ni sengsara plak ngan aku..ku timbang2 dulu la

really wish i can have one

Saturday, March 14, 2009

9/10 race to the witch mountain


aku da planning tgk cite ni mase tgk preview dia lg..nmpak best plus ade 'the rock'..hahaha..a big man with a big heart..x tau la dia kt luar camne..tapi dia nmpak cool habes lam citer tu..oleh sbab mlm mgu, aku tkut nak pergi serbu mcm tu je wayang, takut tiket habes..lg2 sebab utama membe aku ajak tengok kt mid valley...bese ktorg tgk kt times square je-x ramai n dekat ngan umah..da driver kata kt mid valley, aku pun kena follow la..korang bayang la klu park kt TS (times square)...kita kena bayar lam 9.00 parking-perghhhh...bza ngan MV yang kena singgit je--singgit je? 8.00 henggit tu beza...agak2 brape henggit la diorang dapat parking saja sebulan...x yah nk fenin2 nk pk org x sewa kedai...sbb aku tgk kt TS tu floor yang kt atas byk gila yang kosong lg--x tau la klu dia simpan space utk event ke ape ke..x pe la..jadi aku pun call la GSC booking tiket utk 3 org..utk dijadikan citer-budak2 nk p lepas OIM..ok la aku ckp..da tu punya bekejar2 kitaorg p kaunter tiket...sorang lg cari parking..aku bukak wallet de 25 henggit je...tiket 3 org mesti 30++..aku tanye kawan aku ko ade brape?------10 henggit katanya...mampus...tapi aku p jgk kaunter...x tau kena brape henggit...si mamat kaunter tekan2 kuar la satu nombor yang membuat muka kawan aku n aku skali pucat...37.00..aku cuma ada 35 henggit bulat--malu gila la time tu...dengan muka tebal aku n kawan aku pun belek wallet n poket mencari duit syiling...hahahahaha...da 4 inci muka aku time tu-salah sendiri..setelah dikira2 culup la lg 2 henggit..hahaha--alhamdulillah

da masuk wayang-ddk tempt tmpt letak tgn kt seat tu leh tercabut plak-bley angkat2 letak kt bwh..tergelak2 aku n kwn aku--bwk blik rumah kte aku-senang nk letak air sebab ade lubang..hahahaa

bila cte stat---awal2 lg aku da ske...sbb dia terus thrill..x de hangat2 enjin terus stat je...sara n seth-teenage alien yang smpai kt bumi and each of them hav a special ability...met with a taxi driver -'the rock'..they want to save their planet n the same time utk elakkan bumi diserang....n da journey begins...seth tu slalu gaduh ngan kakak dia sbb dia x percaya manusia...manusia mmg agak sukar untuk dipercaya kn? agreed

Friday, March 13, 2009

malam tolong aku


malam tolong aku
biar lelap tidurku
biar bintang menemaniku
biar hujan menyanyi padaku
biar bulan bulan menyuluhku
moga tenang malam ku

malam tolong aku
agar jalan itu terang
agar langkah aku tak pincang
agar alunan tariku tidak sumbang
agar hatiku cerah seperti bintang
dan aku terus melangkah menyinar seperti bulan yang terang

Thursday, March 12, 2009

white flag


setelah membaca posting aku..ade seorang kakak tanya pada aku..adakah aku takutdengan cinta? dia kata aku sakit..ermmm..sudahnya aku terdiam kejab..memikirkan apa yang kakak tu kata kat aku..aku takut ke tanye aku kt diri aku sendri..atau aku da kibar bendera putih sebelum mencuba..aku raser aku manusia kategori tu...takut dengan perkataan tidak..even bila tgk pertandingan apa-yang melibatkan keputusan menang atau kalah-aku rela x tgk n tanye org macam mne keputusan game tu...aku kalah dengan diri aku sendri mungkin..even sebab utama aku wt blog ni pun sbb aku marah dengan diri aku sendri..sebab kptusan yang aku rasa menyebabkan aku akan sesal benda tu seumur hidup..aku kibar bendera putih sebelum ia sepatutnya dikibarkan i guess

dido-white falg

i know you think that i shouldn't still love u
or tell u that
but i didnt say it
well i'd still have felt it
where's the sense in that?
i promise i'm not traying to make ur life harder
or return to where we r



timeline


minggu ni au terpaksa mengejar semua dateline bagi semua projek aku terutamanya kemaman ni ha..sejak salah sorang kakak yang handle kje ni berhenti kerja--beban kje da bertambah..lagi2 menambah beban bila bos aku stat mempersoalkan design2 yang dibuat..mula bertanya pasal falsafah design dgn kitaorg..mula bercakap pasal le corbusier yang dianggap membuat pembaharuan yang dipersoalkan ketika eranya..mula melakar timeline design diatas2 kertas...mendakwa kami meniru timeline 100 tahun lepas yang mana kata 'sape nk tiru kita bila timeline 100 thun hadapan klu masa skarang kita masih carry our tok nenek nyer design'...ada betulnya..kalau macam tu x payah la kuarkan design modern blend tradisonal tu...walaupun ade sesetengah design tu nampak canggung di mata si pemandang...motif yang tak kena tempatnya..tu klu motif...tak masuk budaya dan pertimbangan lain...welll---redesignnnnn

jodoh

seorang kawan yang baik hati menghantar doa ini pada aku...hmmm

Doa Mencari Jodoh

Ya Tuhanku,
Kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…
Tapi kalau dia bukan jodohku,
jodohkanlah…
Dan jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami berjodoh..

Ya Tuhanku,
Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia mendapatkan jodoh yang lain,
selain aku seorang…
Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
jangan sampai dia mendapatkan jodoh yang lain,
biarinkan dia tidak berjodoh sama seperti aku…
Dan pada saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali…

Ya Tuhanku,
Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku…
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biarkanlah orang itu bertemu jodoh dengan yang lain
dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku…

Ya Tuhanku,
kabulkanlah doa dan permohonan hambamu ini…

Amin…



tapi bunyinya pelik pada aku...seolah2 nak putuskan jodoh org len pun ada..pe pendapat korang

Click Me

Related Posts with Thumbnails